tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Wednesday, March 01, 2017

WW 4 [2017] - MC pertama di tahun 2017


Keracunan makanan, masuk angin & demam
InshaaALLAH harini dah rasa okay 
=___=


Sakit itu penghapus dosa kecil







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 28, 2017

Tak berapa nak sihat

Ni pun masa taip dok rasa loya atau berombak je perut. Heeeee. Pagi tadi udah muntah air je banyak. Pakej makan malam tadi yang keluar. Hahaha.


Aduhhh,
Pehal entah. Takkan sebab makan dimsum tu. Beli kat pasar malam sebab baru pertama kali nampak dia menjual. Ke saja diri Yui je nak bermanja lebih.


Aihhhh,
Takde masa nak manjakan badan sangat. Satg lagi lemau badan ni.


Sama-samalah kita jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 30, 2016

Sakit di tahun 2016

Sakit sakit pening biasa tu, aku takkan pergi klinik. Tapi semalam, menjadi-jadi tekak aku rasa lain macam. Nak telan air liur rasa perit, nak makan rasa sakit, kira tak selesa.


Jadi pagi tadi, memang aku niat nak pergi klinik panel kat Silibin. Jauh pun jauhlah asalkan free. Huaaaa. Selama ada klinik panel ni, ini kali pertama aku pergi tau. Sebelum ini aku sanggup keluar duit sendiri, tapi bila fikir paling koman tentu kena bayar RM 50, baik pergi tempat dah tentu tak payah bayar.




6 jenis ubat RM 85


Doktor terkejut sebab katanya tekak aku terlalu merah. Tambah plak aku demam. Walau demam, aku masih larat menaip. Doktor nak bagi mc tapi sayang aku takleh terima sebab tak cukup staff, sorang lagi dari semalam mc.


Harap esok lebih lega. InshaaALLAH. Korang pun jaga diri baik-baik ok. Air minum secukupnya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 14, 2016

Penangan lauk kenduri yang sedap

Semalam pergi kenduri kahwin. Lauk, perghhh memang sedap belaka.
Tambah-tambah ada ayam golek, kulat masak lemak, pajeri nenas, daging masak kurma, sambal, tempoyak, macam-macam kan?


Aku ambil sikit-sikit. Memang habis!
Tapiiiiiii, bila malam menjelma, tu dia nyut nyut ajeee kepala ni.


Penangan wei, penangan!
Terus aku "pengsan" awal. Hahahahaa.


Pagi ni p kerja, nasib baik dah rasa kurang.
Aku tak telan ubat apa, mandi & terus tidur.


Harap harini baik sepenuhnya. Hmmmm, memang peel aku gini. Kalau pak aji berlebihan, haaaa penangan pening memang ada.
Nasib badan. Huuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 18, 2016

Kejap pening kejap tidak

Heee, aku rasa dalam minggu ni saja dah beberapa kali aku rasa pening & mual. Kadang muntah. Macam semalam, tengah sembahyang, nak bangun dari sujud, rasa kepala melayang.


Nak berdiri, rasa berat ke kiri.
Melayang kejaplah tapi lepas itu ok. Cerita pada dia, dia pun perasan aku asyik jadi macam tu. Disuruhnya check tekanan darah takut darah rendah.


Bila aku google, simptom tu ada pada aku tapi aku harap takdelah sampai macam tu. Mungkin sebab biasa-biasa aje.


Heee, sebenarnya malas nak check. Sebab bulan 11 lepas aku ada derma darah, tekanan darah ok. Tapi untuk tahun 2016 ni, tak pastilah.


Pening yang datang, aku biarkan. Aku tak telan sebarang ubat. Saja nak tengok ketahanan badan. Jangan sampai aku tetiba pengsan sudahlah.


Moga dijauhkan perkara itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 15, 2016

Kepala tintong muntah muntah

Memang aku tingtong dari pagi tadi. Entry-entry sebelum memang aku dah draft awal-awal.


Bangun Subuh,
Siap apa yang patut. Selesai 7.13 pagi. Tengok jam awal, dah siap semua boleh lagi sambung baring semata-mata nak pejamkan mata sekejap.


Entah kenapa kepala rasa berdenyut. Sebenarnya sebelum tidur lagi dah rasa. Tapi bangun pagi tadi, terasa bebenor-benor pening. Tu yang hati nak baring je manjang.


Sampai pejabat, masih lagi rasa.
Akhirnya, muntah. Muntah air saja berulang kali. Nak kata semalam tak makan, tidak juga. Entahlah.
Harap oklah, esok kerja. Malaslah nak ambil cuti bagai.


Jadi juadah tadi lalu makan buah jelah. Jadilah, janji perut tak kosong. Tapi kan, tak sampai 5 minit makan buah, keluar balik semua tu. Huuu, sakit penghapus dosa kecil.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 01, 2016

Tak tidur lena

Malam tadi boleh dikatakan awal tidur, seawal 11.45 malam
Pastu ada sekor kucing ni, Eton Jr namanya
Tak pernah-pernah nak tidur dalam bilik sama-sama
Entah gedik apa mai kat dia nak tidur sebilik


Udahnya, setiap sejam dia berbunyi
Nak kita belai-belai dia gamaknya
Paling pelik, aku boleh pula tersedar dengar dia mengiau
Aiyoooo, selalu tidur mati !!


Penangannya, aku tidur tak lena
Dengan selsema melanda, tingtong aje rasa
Tak telan panadol, kita manfaatkan CMD


Rasanya malam ini, mau juga tidur awal
Heeeeeee ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 17, 2015

Buah delima untuk yang tak sihat

Bangun Subuh tadi dah rasa tingtong. Dah sampai pejabat, boleh layan lagi. Tak lama dekat jam 10.00 pagi, aduh memang tak menahan rasa kepala ni berdenyut.


Akhirnya, 10.30 pagi - 12.15 tengahari aku baring dalam surau. Niat nak bagi lena tapi tak mampu. Mata saja pejam tapi telinga mendengar segalanya. Sebelum baring, sempat minum air lemon suam dicampur CMD.




Nampak buah delima, potong dan ngap. Ini jelah yang ku lalu telan untuk sarapan & makan petang. Balik rumah nanti, tak tahu lagi macam mana.


Kepala pening
Badan suam panas
Tangan masih lebam teruk


Harap oklah sebab aku memang sedaya taknak telan panadol. 


Ambil air semburan CMD, sembur muka bagi taknak lelap. Hahahah. 
Gitu gunanya CMD! Guna sebaiknya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 08, 2015

Sakit kepala

Semalam beli sup ayam, beli di pasar malam. Makan waktu berbuka.
Lebih kurang jam 9.00 malam, badan dah rasa letik. Kepala rasa tingtong sikit.


Terus terlelap padahal mata nak tengok running man sebenarnya.
Siap kunci jam lagi.
Akhirnya lena dibuai mimpi seawal 9 malam.


Bangun subuh, kepala rasa berat.


Aku memang macam ini, kalau masakan terlebih pak aji, sakit kepala menjadi-jadi.
Rupanya bukan aku seorang je rasa, rakan sepejabat pun sama.


Sekarang pun rasa sakit berdenyut, tetap tahan taknak telan panadol. Ubat sebaiknya adalah tidur.


Aku satu keluarga sama peelnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 27, 2015

Kurang sihat

Jumaat lepas, badan dah mula suam kuku. Suam panas.


Bangun pagi, minum air mineral + panadol.
Risau, risau sebab tak boleh nak mc ( sebab tak cukup staf ).
Walau apa pun kena juga datang pejabat, jadi pilihan awal telan ubat.


Masuk kerja, kepala dah mula pening walau boleh lagi menghadap pc.
Rehat pagi, tak makan, terus masuk surau dan lelapkan mata lebih kurang 40 minit.
Habis kerja, sampai rumah terus terlantar atas tilam.
Tak kisah dah hal lain.


Bangun hari Sabtu, dah rasa lega sikit.
Dah boleh beraya, hohooo.


Hari ini masuk kerja, badan dah mula panas.
Harap oklah semuanya, malas nak ke klinik.


Korang pun jaga diri baik-baik ya.
Musim demam, sebab dah mula hujan.


Demam luaran boleh nampak tapi
Deman dalaman, diri sendiri saja yang tahu...





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 02, 2015

Angkara tembikai

Apa yang angkara tembikai?
Sebelum ini abah ada bagitahu, kalau dia makan atau minum tembikai mesti esoknya perut rasa lain macam. Gejala cerry berry terjadi.


So, apa kaitan dengan aku?
Adalah kaitannya sebab dia abah aku. Eh! Bukan bukan.
Aku pun perasan bila aku minum air tembikai, gejala yang sama jadi pada aku.


Kelmarin berbuka minum air tembikai.
Pagi semalam terus cerry berry. Tak cukup dengan itu, perut rasa berombak.
Asyik keluar angin je. Hahahaha. Angin takde bau ok!


Agaknya aku ni lebih kepada abah.
Dia macam itu, aku pun macam itu.
Dia macam ini, aku pun macam ini.


Anak abah sungguh!


Tembikai! Aku kena berwaspada dengan kau selepas ini. Hohoho. Sebelum ini tak macam ni pun. Sobsobsob.


Ini bukan entry kotor tapi lebih kepada pengalaman sendiri. 
Baca dengan nada bersahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 11, 2015

CUTI SAKIT SEHARI

Hari Sabtu malam, tekak rasa mual. Perut rasa semacam. Asyik muntah² sahaja. Apa yang dimakan dari kenduri sampai malam, semua keluar balik.


Hari Ahad, asyik baring saja. Kepala kejap panas, kejap sejuk. Petang baru ambik keputusan pergi klinik.




Dapat sehari mc. Yelah, kepala aku kadang pening, nanti naik motor gelong pula bawa. Jadi hari ini aku cuti sehari. 


Nak rilekskan diri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 09, 2015

Perubatan buasir di Grik, Perak

Ada seseorang yang bertanya mengenai perubatan buasir yang pernah aku buat pada tahun 2011. Ya, dulu aku mengalami buasir tahap serius. Doktor siap bagitahu aku dah di tahap 3 di mana perlu melakukan operation untuk buang.



Antara perkara yang aku alami ketika buasir :

1) "Benda" itu terkeluar dan buat rasa tak selesa ketika duduk
2) Setiap kali buang air besar, akan ada darah pekat keluar


Tapi mak dan abah suruh cuba berubat secara tradisional terlebih dahulu. Aku pun taknak operation sebolehnya. Alhamdulillah abah dapat info dari kawannya mengenai perubatan di Grik. 


Kisah lanjut boleh baca entry lama.


Berbalik pada soalan anon/akak yang bertanya, maaf sangat sebab saya dah kehilangan nombor orang tersebut. Ada ura-ura juga bagitahu orang itu tidak mengubati orang lagi, dah digantikan dengan orang baru memandangkan dia sudah berusia.


Alhamdulillah, kesannya memang ada. 
Dalam tempoh sebulan, buasir tersebut tidak keluar dan aku hanya perlu pantang untuk tidak makan makanan terlalu pedas.


Dah 5 tahun
Sekarang aku dah baik dari buasir. Alhamdulillah.


Maaf kakak, saya tak dapat bantu. 
Moga ada tempat lain yang boleh cuba untuk merawat buasir ini. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 12, 2015

Koleksi sepanjang sakit pinggang

Kemain tajuk koleksi!
Maaf sakit bukan ku pinta tapi sakit disebabkan kelalaian diri sendiri.




Dah beberapa hari ku tampal benda-benda ini semua.
Ada yang tak rasa apa-apa ( terutama yang ada gambar cili )
Tambah lagi beli jenis tiger balm.
Sekurangnya rasa berangin sikit.


Rasanya dah beransur pulih.
Lepas ini take time nak ber sit up balik.
Jangan cari nahas Yui!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 09, 2015

Gara-gara sit up

Malang tak berbau
Sebelum ini buat alhamdulillah takde masalah
Tapi semalam saja buat 5x
5x sahaja!!


Tak lama lepas itu dah rasa lain pinggang ini
Sudah!
Lenguh pulak
Urat simpul ke angin masuk lebih ke itu tak pasti
Yang pasti semalam "kerja berat" ialah sit up


Mungkin badan terlampau berat
Perut terlampau kembung
Hahahaha


Penyudahnya letak balm panas
Letak koyok
Nak rukuk terasa
Nak tidur pun kena elok-elok


Pagi ini pun terasa lagi
Dugaan sungguh
ALLAH sayang



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 06, 2015

Demam, batuk & selsema

Akhirnya semalam aku mc juga.
Bangun subuh, badan dah suam panas.
Malas tu ya ampun, hanya ALLAH yang tahu.
Kadang rasa lenguh kaki tangan.


Dah pukul 3 petang baru pergi klinik.
Suhu 38.8' buat aku antara yang tertinggi demam buat masa itu ( dalam senarai doktor )


Ada lebih kurang 5 jenis ubat dengan nilai RM 38. Mc dapat sehari.


Hari ini pergi kerja, badan suam kuku tapi inshaaALLAH boleh gagah lagi.
Jaga diri kalian baik-baik.
Memang tengah musim sekarang ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 04, 2015

MC atau tidak?

Ikutkan badan, hari ini dah aku mc tapi sebab ada member yang mc 2 hari, terpaksa juga ku kena gagahkan diri.


Bila di layan, memang ngada badan ni. Minta dimanja kononnya. Ubat masih tidak telan. Ku harap sakit ini berkurangan dengan sendiri.


Petang ini balik SS. Kalau esok pagi rasa "memerap" saja, terpaksa mohon mc pada doktor. Harap tidaklah.


Selsema, pening & demam.


Cuaca tak menentu. Jaga diri baik-baik!


Tak sihat tapi masih boleh update, kira ok lagi lah kan?
Hehehe.
Luaran nampak ok, dalaman diri sendiri mengerti.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

Tidak berapa sihat

Dah 2-3 hari aku rasa
Lenguh badan, sakit kepala


Dah tampal koyok
Dah letak minyak cap kapak
Panadol saja tidak ku telan buat masa ini
Selagi boleh tahan, kena tahan


Kadang denyut itu terasa kuat
Kadang perlahan
Air memang aku minum cukup


Ada masa rasa nak ketuk-ketuk kepala
Apakan daya, nanti orang tengok pelik pula
Hahaha!


Sakit ini penghapus dosa kecil
Moga baik-baik hendaknya
Korang pun jaga kesihatan sama.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 17, 2014

Tak berapa sihat

Siapa yang suka sakit? Tapi bila jadi, kena ingat sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Mula rasa tak sihat sejak kenduri di Kajang. Baru nak suap nasi dalam mulut, mulut tak boleh nak buka "luas". Bayangkan, nasi boleh jatuh semula dalam pinggan ( tak semua masuk mulut ). Dah macam bocor pula.


Picit tang gigi, tak sakit. Picit tang pipi tak sakit juga. Tekan bahagian hujung rahang pipi, rasa sakit sikit. Nak kata bengkak tidak. Nak kata sakit gigi pun tidak. Bengkak cantik? Bukan juga.


Sekarang, kalau nak bagi lalu makan, kena pakai sudu dan garpu. Jadi orang barat sekejap. Kalau guna tangan, memang "tak nikmat" apa yang di telan.


Dah 2 hari setiap malam badan akan rasa seram sejuk. Nak kata demam tidak. Bangun pagi alhamdulillah ok.


Hari ini, kepala berdenyut-denyut. Salah makan pun tidak. Adalah tu tak kena. Mungkin kena hujan sikit-sikit. Aih, manja benar badan ini sekarang.


Jadi, sekarang aku buat kerja mana yang larat. Jari masih boleh menaip tapi kalau dapat baring itu dah kira bonus untuk diri sendiri.


Korang jaga kesihatan baik-baik. Musim sekarang ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 20, 2014

Kejap sejuk kejap panas

Dah 2-3 hari aku alami benda ini. Bila malam saja mula rasa sejuk, rasa panas. Tak menentu. Kadang selimut yang memang tak pernah "lekat" pun sentiasa ada tutup dari kepala hingga kaki.


Nak kata demam tidak juga. Angin kus kus ka? Huhu. 


Kadang tangan terasa sejuk, tapi leher panas. Dahi suam. Simptom nak demamke? Aku kalau demam selalunya akan mc dan berlarutan 2 hari. Jarang demam tapi sekali datang macam itulah.


Harap oklah hendaknya. InshaALLAH.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^