tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, May 08, 2017

Seminggu tidak sihat

Assalamualaikum & selamat tengahari semua
Sihat?
Yui harini baru nak merasa sihat & kuat
Hihihi


Dekat seminggu demam/batuk/selsema/sakit tekak
Pakej dah pergi klinik swasta & hospital kerajaan ambil darah
Alhamdulillah demam biasa sahaja
Risau denggi sebab adik Yui dimasukkan wad haritu
Dia pun dah selamat keluar wad


InshaaALLAH Yui akan kembali cuba untuk aktif berblog
Kerana dengan dunia blog Yui berceloteh macam-macam
Kenal korang


Apa pun jaga diri dan kesihatan ya
Banyakkan minum air masak





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 27, 2017

Layer Japanes Motcha Green Tea Tealive




Sekali sekala minum air macam ni takpelah
Hihihi
Sekarang tak berapa gemar sangat minuman terlalu manis
Mungkin sebab orangnya dah manis
Cia cia cia
Hahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 19, 2017

Sibuk kerana OKAYA FOUNDATION

Maaf sangat sebab Yui masih belum mampu fokus sepenuhnya terhadap blog tersayang. Tipu kalau kata tak rindu nak menulis, kadang blog kawan-kawan yang lain Yui jadi silent reader aje tanpa tinggalkan komen.


Sekarang Yui sibuk sikit dengan OKAYA FOUNDATION. Baru ku kenal kekentalan yang perlu dihadapi kalau menjadi ketua. Huaaaaa. Hehehee tapi takpe sebab Yui minat.




Pakat nak cantik jelita dengan OKAYA jadi Yui kena sibuk sikit tambahan stok baru masuk. Kalau berminat boleh hubungi nombor Yui tu okay.


Nanti Yui jejak balas blog korang ya. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 14, 2017

Ayam Goreng Pedas Mcd yang viral tu

Dah berminggu Yui beli, saja up harini memandangkan ada gambar dalam hp. Beli pun sebab kebetulan tak tahu nak dinner apa. Jadi, Yui dengan akak rumah cubalah ayam goreng pedas hat dok viral sangat.


Kau tengok iklan di televisyen, perghh teruja tau! Hebat sungguh marketing dia. Iklan macam tu buat hati rasa tak sabar pergi dan mencuba sendiri.



Ini rupa ayam pedas itu
Lokasi : Mcd Station 18, Ipoh


Sampai je mcd lebih kurang 8.40 malam, tu diaaaaa punya ramai manusia. Beratur panjang, yang dimeja pun penuh dengan orang. Lebih kurang 15 minit juga baru nak selesai pembelian.


Pendapat peribadi Yui,
Biasa aje sebab tepung dia. Kakak rumah bagitahu, di mcd lain tepung dia nampak berbeza. Pedas tu memanglah pedas tapi kalau dengan tekak Yui pedas ini masih boleh diterima. 


Lagi satu,
Ayam kakak rumah tu, ya ampunnnnn. seketul tu kecil. Jauh berbeza. Kalau betul nak letak 2 ketul, letak la saiz tu hat relevan sikit. Berbaloi dengan harga. Sepatutnya dah kena get ready tempat akan diserbu, jaga kualiti tu sama ya.


Repeat ayam pedas?
Tidak. 


Maaf kalau pendapat kita tak sama. Sebab tekak lain-lain. Ini pendapat peribadi. Oh ya, di mcd Station 18 ni, kalau malam korang nak order aiskrim/sundae dan seangkatan, jawapan sama saja dari dulu "tengah cuci mesin". Haihhhhh.


Setakat ni ayam KFC lebih hebat walau dah nampak kekurangan dia berbanding dulu.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^