Monday, December 31, 2012

YES 2012 : Felinna Inchloss Lotion + Vitamin C plus Pure Collagen

Ada lagi beberapa hari untuk promosi harga debabooommm untuk produk yang tengah hot di pasaran iaitu dari Felinna. Boleh terus order padaku dan last order haruslah pada 31/12/2012. Selepas itu, harga kembali seperti biasa.


- mesej terus untuk feedback segera -


Anda pernah mencuba produk ratusan ringgit tapi tak berjaya? Apa kata anda cuba produk yang tengah hot di pasaran iaitu Felinna! Sekarang tengah sale!! Memang jimat sangat. 2 produk hanya RM 130!! Normal price RM 160.


Yui sudah cuba, anda bila lagi? Hihihi. Jangan tersalah beli yang tiruan ya. PM yui atau mesej untuk detail. Selagi stok masih ada.


Boleh juga beli satu produk tapi normal price la ya =__=


Untuk belian satu produk :-

Felinna Inchloss Lotion : RM 75 (Semenanjung) RM 80 (S/S)
Vitamin C plus Pure Collagen : RM 85 (Semenanjung) RM 90 (S/S) ( 30 kapsul )

-------- Harga sama tertera seperti dilabel  & tidak termasuk poslaju --------


Khas untuk para blogger Corat Coret Nusha, harga RM 130 sahaja yang perlu anda bayar. Postage yui bagi FREE! Tapi sampai promosi tamat ya. Selepas ini postage kena tanggung sendiri. Hihihihi. 


Selagi stok masih ada kerana produk-produk ini sangat laris!!


# Nanti akan ku ceritakan kelebihan dan dari pengalaman aku sendiri okay


Update : Entry dari pengalaman daku sendiri menggunakannya


[3] Yui jawab apa anda tanya

Sebelum ada yang keliru, soalan-soalan ini berdasarkan entry [3] Anda tanya Yui jawab. Maka entry kali ini adalah bagi menjawab pertanyaan bloger-bloger berkenaaan.


Tihara : Boleh tak akak nak tau nama2 semua kucing yui?
Yui : Total sekarang ada 22 ekor. Yui bagitahu yang bernama jelah ya. Eton, Shinchan, Eton Junior, Oyen, Kelabu, Asap, Hitam, Pelik, Kika dan lain-lain panggil meow aje. Kih kih.

Nurfariza  : Yui tgh study ke sekarang? If ye, kat mane? If x, keje ape?
Yui : Dah habis study. Sekarang kerja di Ar- Rahnu X'Change di Ipoh.

Ayut : Ui study mane dulu?
Yui : Di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh.

Steffany Daph : Kak yui, asal dari mana yer ?
Yui : Akak dilahirkan di Parit Buntar, Perak =)

UPDATE :

CIk MudaApakah perancangan Yui untuk tahun 2013 akan datang besok?
Boleh senaraikan wishlist 2013 yui?
Yui : Rancang nak bercuti luar negara. Wishlist? Oh mak ai, nak tunang boleh? hahaha.

Sharina elyana : dr mana yui dpt idea craft?
Yui : Dari benda yang comel =__=

Okay, setakat itu sahaja soalan yang diajukan. Pada yang nak bertanya lagi, sila bertanya di entry berkenaan ya. Korang jangan marah sebab aku tak jejak balas lagi, insyaALLAH hari Rabu ku ganti puas-puas. 


Nak buka blog sangatlah slow sebab kuota dah habis. Adik gian main game, geram rasanya. Maka, sabar menanti kunjung balas dariku ya. Terima kasih memahami.

# AL hari ini. Selamat bekerja pada yang kerja =__=



Sunday, December 30, 2012

Percubaan pertama sediakan casing hp

Oleh kerana blogger Naniey bagi kepercayaan 100% untuk aku yang KALI PERTAMA sediakan casing hp, maka aku terima tempahannya.  Berdebar hati ini takut hasilnya entah apa-apa.


- Baru 70%, belum jahit -


- contoh yang diberi oleh Naniey -


Untuk harga, ukuran dan lain-lain akan diupdate setelah siap di blogshop Nurul Yui Collection. Moga cik manis sudi tunggu casing Iphone ini siap ya. 


# Cuti yang ada diguna sebaiknya. InsyaALLAH.





Saturday, December 29, 2012

[3] Anda tanya Yui jawab

Episod pertama dan episod kedua sesi pertanyaan sudah dijawab. Jom teruskan untuk sesi ketiga. Mana tahu ada lagi pertanyaan yang korang nak ajukan. Biar korang tanya sampai tak tahu nak tanya apa, aku tutup segmen ini. Kih kih.


Maka silakan tanya apa saja soalan di entry ini. Diingatkan sekali lagi ya, persoalan yang mempunyai "?" sahaja akan dijawab ya. Sekian terima kasih =__=


Contoh : 
Yui, apa hobi yui ya? [soalan
Yui suka buat craft buat masa ini [jawapan]



InsyaALLAH takde apa-apa akan dijawab Isnin sebab hari Isnin aku cuti. Takut ada hal lain perlu buat. Cadangnya nak ke Veterinar.





Friday, December 28, 2012

Keistimewaan Felinna Beauty Inch Loss Lotion

Jom aku nak share kebaikan atau kelebihan penggunaan Felinna Beauty Inch Loss Lotion. Maaf tulisan macam pelik sebab aku copy paste saja dari page aku. Hihihi.





Keistimewaan Felinna Beauty Inch Loss Lotion


♥ Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi. 

♥ Rumusan yang bagus untuk melembutkan kulit, masalah kulit kering, selulit, bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba.
♥ Menghilangkan lemak dan selulit
♥ Memperbaiki serta merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
♥ Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat untuk semua, termasuk wanita hamil (syaratnya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.
♥ Menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak bagi mereka yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan pengurusan badan.
♥ Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)


Khasiat Felinna Beauty Inch loss Lotion


♥ Aroma Wangian 

♥ Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif.
♥ Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. 
♥ Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. 
♥ Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti.


Cara menggunakan Felinna Beauty Inch loss Lotion 
Picit secukupnya dan sapu pada bahagian selulit serta kawasan yang sepatutnya sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam. 


Produk info
Tiada bahan kimia
100% herba semulajadi
Mudah digunakan
Tidak panas
Berbau wangi dan selesa
Mendapat kelulusan KKM – No. KKM : NOT121006160K
Sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan
Standard Pack : 180ml per botol


HARGA
 
1 BOTOL RM 75 ( Semenanjung ) RM 80 ( S/S )
POSLAJU SEMENANJUNG RM 6
SABAH/SARAWAK RM 8



Mesej segera 019-2331810 untuk order kerana stok adalah terhad. 



Kita mencuba dan berusaha, hasilnya dari-Nya. InsyaALLAH. Tak salah mencuba kan =__= Aku sendiri dah cuba sebab itu berani menjadi dealer. Nak tahu pengalaman aku sendiri? Boleh baca {entry}.



JJCM versi Yui : {2} Asian Blend Cafe

Kali kedua masuk ke cafe ini. Kali pertama aku cuba makanan {entry}. Ini menu untuk hari Jumaat lepas 21/12/2012 bersama rakan opis.


- set yang aku ambil -


- muka member yang suka dapat makanan, haha! -


Lokasi : Asian Blend Cafe, AEON Station 18, Ipoh
Harga/set : RM 7 & RM10++


Maaflah nama menu aku dah lupa tapi kami ambil set lunch. Harga lebih kurang RM 20++ ( sekali service charge ). Rasanya boleh tahan. Crunchy untuk menu aku. Tekak boleh terima. Kih kih.


# Bermula esok hingga selasa depan aku cuti =__=



Thursday, December 27, 2012

Charcoal Mask untuk mereka yang suka gunakannya

Aku ada baca beberapa blog dan ramai yang suka guna charcoal mask. Aku selalu nak beli tapi selalu HABIS STOK! Tension ai mak jemah.


Oleh kerana di tempat aku ni aku tengok banyak dah stok dia, kepada korang yang nak, bolehlah aku tolong belikan. Hanya RM7 untuk satu ( dah termasuk sampul, kos minyak ). Kos poslaju kena tambahlah ya sendiri.  




Sila kompemkan berapa pek korang nak di TELEFON SAHAJA 019-2331810 ( sebaiknya bayar terus ) sebab hari ini boleh terus beli dan aku akan pos hari Sabtu sahaja ya. Kalau lambat aku tak jamin sebab produk ini pon laris. Tahan lama okay.


Ini bukan termasuk bisnes aku ya. Kira tolong menolong. Nak tahu macam mana gunakannya, boleh rujuk entry Ayu. Beliau bisnes Charcoal Mask =__=


# Produk ni okay untuk remove segala mak nenek dimuka tu. Kih kih.



ST 63 # - Ikhtiar dan hasil

Ikhtiar itu dari kita
Hasilnya dari ALLAH


Berusaha selagi mampu
InsyaALLAH dengan izin-Nya

Wednesday, December 26, 2012

Pengalaman sendiri menggunakan produk Felinna

Seperti yang sedia maklum, aku turut serta jual produk Felinna { dealer } setelah mencuba sendiri. Alhamdulillah, ada perubahan ya. Okay, sebelum itu meh aku nak share pengalaman aku sendiri setelah lebih seminggu mencuba.


Masalah utama aku adalah MASALAH PERUT. Maka tujuan utama aku cuba produk Felinna adalah untuk mengurangkan apa-apa yang patut pada perut. Sebelum ini aku dah cuba produk popular yang 3 kotak RM 450 dan 2 tin RM320 tapi hasilnya menghampakan { tak perlu nak mention produk apa }


Tak salahkan produk-produk tersebut sebab niat aku untuk mencuba. Berjaya alhamdulillah, tak berjaya takde masalah. Dan bila sudah mencuba sendiri produk Felinna, alhamdulillah ada perubahan.


Felinna Inchloss Lotion

Oh ya, perut aku memang problem. Itulah tak jaga pemakanan dan senaman. Hihihi. Tak kahwen tapi dah macam mengandung. Kih kih. Malu ai. Oh ya, setelah hampir seminggu sapu lotion dah kurang 1.5 inci. Eh, itu dah cukup bermakna bagiku.


Sebab aku tahu jenis aku memang payah nak turun berat badan atau ada perubahan. Ini baru seminggu, insyaALLAH kalau kerap sapu maybe boleh kurang lagi kan.


Vitamin C plus Pure Collagen 

Ini pula untuk kulit. Muka aku alhamdulillah takde masalah jerawat tapi ada problem bintik hitam pada hidung. Lingkaran hitam bawah mata pun ada. Bila dah telan 7 kapsul vitamin c ini, kurang sikit lingkaran hitam. Yang bintik still ada lagi.


Aku suka mencuba dan bila berjaya baru aku war warkan pada orang. Kira ada keberkesanan baru aku ceritakan. Lepas ini akan ku update kelebihan untuk setiap satu jenis produk ya.


Kita mencuba tapi ALLAH yang tentukan. Ikhtiar dari diri kita kan. Ramai yang dah cuba, yang berkesan alhamdulillah. Kalau lambat berkesan, kiranya kes sama macam aku lah tu. Hihihi.


Sekarang tengah promosi 2 produk ya. Sila rujuk { sini } untuk detail dan khas untuk pembaca blog Corat Coret Nusha, FREE POSTAGE. Mesej yui dan maklumkan anda dapat tahu dari blog ini, baru akan dikira FREE POSTAGE ya.


Mesej 019-2331810 untuk feedback segera ya. Selagi stok masih ada sebab produk ini tengah hot sekarang =__=


# Ini bukan entry PROMOSI tapi lebih kepada PENGALAMAN PERIBADI


Tuesday, December 25, 2012

Happy krismas dan selamat bercuti

25/12/2012 adalah public holiday. Maka aku turut serta cuti. Alangkah besh kalau jatuh hari Isnin, lama terus cuti. Kih kih. Takdelah, bersyukur juga sebab masih boleh bercuti kan.


Happy krismas kepada rakan blogger yang menyambutnya. Selamat bercuti kepada rakan blogger yang lain. Entah-entah dah AL dari semalamkan. Lagi seronok gitu.


Kalau aku rajin, InsyaALLAH hari ini ikut family hantar adik perempuan ke UUM. Kalau malas, duduk rumah sahaja. Order semua dah settle. Tunggu order baru masuk pula.


# Esok jangan lupa datang kerja ya


Update : Thanx pada yang mengingatkan aku
dah betulkan =__=



Monday, December 24, 2012

[2] Yui jawab apa anda tanya

Jawapan dalam entry ini adalah berdasarkan soalan dalam entry [2] Anda tanya Yui jawab. Walau ada yang tiada tanda "?"  tapi takpe, kali ini aku jawab ya. Lepas ini, tak jawab tau sebab korang tak tanya namanya tu. Hihihi.


Siti Farhanayui bila nak blnje kita?
Yui : Bila awak datang Station 18, Ipoh yui belanja ya =__=

Tihara
yui study kat mana dulu?

di mana percutian impian yui?
apa kenangan paling manis bagi yui?

Yui : 
Di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh
Takde percutian impian lagi ni kak. Hihihi.
Paling manis bila satu keluarga berkumpul. Setiap kali berkumpul itulah kenangan manis bagi yui.

Teratak Hati : Yui umur berapa?
Yui : Tahun 2012 yui berusia 24 tahun

Nadia Johari : Tempat mana yui selalu pergi
Yui : Selalu pergi AEON Station 18, Ipoh sebab beli makanan situ. Kih kih kih

AzizahMacamner masa yui bekerja yui boleh luangkan masa berblog eh?
Yui : Suka soalan ini. Okay, untuk pengetahuan anda, yui bekerja menghadap pelanggan. Kira ada pelanggan baru ada keje. Maka bila yui boleh bw, balas komen, chat, tonton drama on9 kiranya time tu yui freelah ya.

Sharina : yui..kenapa cute ??
Yui : Itu tanya pasal yui ke tanya pasal blog? Lalalala.

Wanieysyui happy tak dengan kerja yui sekarang
Yui : Alhamdulillah yui happy kak. Suka sangat lagi tenang dari sebelum ini.

kenapa adress web yui ada no 1706 ye?
maksud akak yang www.nusha1706.blogspot.com tu?
apa maksud nombor tu?
Yui : Alahai malu nak jawab soalan ni. Okay, secara jujur mula-mula dulu bina blog pasal nak ceritakan kisah aku dan Shapit. nusha1706 maksudnya Nurul+ Shafiq dan kami mula kenal pada 17/06/2008 melalui myspace. Kira link blog ini macam tanda ingatan lah. Wink wink.

AyutYui buat craft idea dtg dr mane ek?
Yui : Dari benda yang cute dan comel pada pandangan mata. Kadang-kadang dari google image juga.

Che Roslizabila nak kawen?
Yui : Kalau boleh kejap lagi =p

Nurul Husna kalau akak tunang yui datang tak?
Yui : Kalau area sini insyaALLAH mai je kak. Hihihi. Kalau tak bersangkut hal lain-lain.


InsyaALLAH segmen macam ini akan diteruskan lagi. Selagi ada persoalan dari anda, aku jawab sebaiknya ya. InsyaALLAH. Moga jawapan ku menepati soalan kalian.








ORDER : 2 bantal felt bentuk love saiz A4

Alhamdulillah selamat dah pos Sabtu lepas. Inilah hasilnya ya. Biasa saja. Idea nan hado tau. Otak dah beku nak deco apa. Maka terhasilnya 2 bantal berikut.


- gambar setiap satu di blogshop -


Untuk harga setiap bantal, bolehlah rujuk di Nurul Yui Collection. If ada apa-apa pertanyaan boleh saja PM di page okay.


Untuk jawapan segmen Anda tanya Yui jawab insyaALLAH entry selepas ini ya. Itupun kalau tak bz.


# Harini maybe bz sebab esok kan cuti.



Sunday, December 23, 2012

Aksi gedik Eton Junior

Kenal Eton Junior? Tak kenal boleh tengok { sini }. Eton Junior dan Eton adalah insan berlainan ya. Jangan keliru. Jangan silap. Ececeh.




Tergoda tak tengok aksi gedik dia? Hahahaha. Dara lagi ni tau. Lalala.



Saturday, December 22, 2012

[2] Anda tanya Yui jawab

Episod pertama sudah berlalu. Dengar cerita ada yang tak sabar nak tanya aku untuk bahagian kedua kan. Hihihi. Okay, silakan tanya sebab entry ini khas untuk sesi bertanya. Tiada halangan dan had.


Contoh : 
Yui, unk suka makan apa ya? [soalan
Yui suka makan kek [jawapan]


Ok, fahamkan? Maka, tanyalah selagi boleh dan aku jawab selagi mampu. Persoalan yang mempunyai "?" sahaja akan dijawab ya. Sekian terima kasih =__=


Kalau tanya pasal bila nak kahwin, jawapan dah sedia ada ya. Kui kui. Komen persoalan dalam entry ini sahaja dijawab hari Isnin nanti.

Friday, December 21, 2012

Pemandangan bendang di kampungku

Apa itu bendang? Atau makna lain ialah sawah padi. Kampung belah mak di Parit Buntar. Kira belah sana dah cakap Utara. Hang nak che' cakap utaqha, habaq mai ja. Hihihihi.




Suka sangat tengok pemandangan macam ini. Ada juga angan-angan bersama si dia, nak bina rumah kampung di tengah-tengah bendang dan nikmati waktu petang tengok matahari terbenam bersama. Woowww! Tinggi angan-angan kami kan. 


Moga tercapai, mana tahu menjadi kenyataan. Amiiiinn.




JJCM versi Yui : Kerabu Mangga di Restoran Johny

Kerabu mangga ni ku order time makan steamboat. Time ni kuar makan dengan Shapit. Pebret ni walau si shapit dah banyak kali larang aku makan benda masam macam ini. Sebab dia tau kompem aku sakit perut lepas itu.




Lokasi : Restoran Johny JJ Ipoh
Harga : RM 7 ++
Rasa : Memang memikat hati!


Banyak pon banyak. Kacang gajus melimpah. Eh, macam tak betul bahasa aku ini. Hahaha. Okay, korang patut try untuk merasai kenikmatannya yang umpppphhh!




Thursday, December 20, 2012

Ole-ole dari Universal Studios

Baru-baru ini Shapit bercuti ke Singapore bersama kakaknya. Teman kakaknya. Tak sampai hati biarkan kakaknya seorang diri. Jumpa baru ini, dia berikan ole-ole yang telah dia belikan semasa berada di sana. Untuk aku dan 3 orang adik aku.


- 3 kanan untuk adik-adik -


Tak dapat nak ke sana, dapat cenderahati dari sana pun dah bersyukur. Terima kasih Shapit. Tengok keychain macam murah aje tapi harganya, mak ai. Makan kek SC lagi besh. Lalalala. Takdelah. Orang bagi kita terima. Suka suka.


Nanti aku pulak bagi ole-ole kat unk ya Shapit. Tahun depan. InsyaALLAH. Untuk mak dan abah takde sebab bukan depa nak guna pon keychain kan =__=





ST 62 # - Pengorbanan menjadi kemusnahan

Tidak salah korbankan kebahagiaan diri
demi insan disayangi

TAPI

Andai pengorbanan itu disia-siakan
tiada lagi erti pengorbanan
malah
ia dinamakan kemusnahan


- Mendalam untuk pengertiannya -

Wednesday, December 19, 2012

Telur masin Kuala Kurau

Siapa suka telur masin angkat tangan. Eh, yang angkat mouse buat apa. Hihihi. Gurau ya. Telur masin ini aku beli time pergi kenduri kahwen di Kuala Kurau bersama keluarga. Alang-alang dah sampai, beli terus. Sedap!


- fresh lagi time beli, baru beberapa hari -


Dalam sekotak ada 20 biji. Harga RM 13 sahaja. Oh ya, bukan setakat telur masin je pemes tapi ikan masin pelbagai jenis pon ada. Jangan lupa singgah ya kalau ke Kuala Kurau.


# Kuala Kurau dan Batu Kurau adalah tempat yang berlainan ya




WW 72 # - Perkahwinan blogger Maria Elena yang ohsem bagiku





Moga kekal bahagia ke akhir hayat
Gambar dari page : Maria Elena
Sangat banyak gambar yang cun!


Tuesday, December 18, 2012

Pertemuan kelima kami untuk tahun 2012

Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan tak jumpa, pada 12/12/12 yang lepas, kami berjumpa akhirnya. Sebenarnya nak jumpa hari rabu sebelum itu tapi aku tak apply cuti. Mana boleh men cuti aje kan. Huhu.


Gambar? Sekadar di Restoran Johny baru ambil gambar. Aku ambil gambar kau, kau ambil gambar aku. Takde gambar berdua bagai.






Aktiviti kami?

1) Tengok Twilight
2) Restoran Johny
3) Masuk JJ
4) Belikan Secret Recipe dan KFC untuk dinner


Simple sahaja pertemuan kami kali ini. Katanya nak jumpa lagi dalam hujung bulan atau awal bulan 1 nanti. InsyaALLAH.






Jangan pelik sebab gambar kami hanya di tempat makan sebab kami suka makan. Eh, aku sorang je suka makan macam-macam ni. Dia layankan aje. Hahaha.




Dan aku sangat berterima kasih kepadanya atas jawapan diberikan kepadaku. Sangat hargainya Mohd Shafiq Hasbullah. 




Anak sendiri dan anak susuan Eton

Lama tak dengar khabar berita Eton kan. Oh ya, Eton dah selamat melahirkan 5 ekor anaknya. Untuk kali ketiga beranak dan kali ini pecah rekod sebab sebelum ini had anak yang dilahirkan hanya 3 ekor. Tahniah Eton!


- seekor lagi tak nampak, ditindih -


Hari Sabtu lepas, datang sorang uncle india bawa satu kotak. Rupa-rupanya ada 3 ekor anak kucing dalam itu. Katanya ibu kucing tersebut taknak menyusukan anaknya dan lari bila ternampak orang * tak tahulah cerita dia betul ke tak


- inilah 3 ekor tersebut -


Kami yang kesian, pegang kotak itu dan uncle tu terus pergi. Aik, tak kata nak pon lagi. Takpelah, kira anak-anak ini tumpang menyusu dengan Eton. Alhamdulillah Eton bagi. Kesian tengok Eton bila kesemuanya berebut nak menyusu.


Lebih 20 ekor kucing. Semua dalam sangkar. Jenuh jaga tapi minat itu atasi segalanya kan.



Monday, December 17, 2012

Gula telur puyuh yang bakal dipos

Masih ingat lagikah entry mengenai ada yang bertanya pasal gula telur puyuh? Alhamdulillah, aku dah selamat belikan apa yang diperlukan. InsyaALLAH Sabtu ini akan aku pos pada orang yang inginkan.




Ada lagi yang nak bertanya. Komen sahaja di entry ini atau emel fashanusha@gmail.com. InsyaALLAH aku bantu mana yang mampu. Gembira bila berjaya buat orang gembira =__=


SELEPAS INI TIADA URUSAN PENGHANTARAN
UNTUK GULA TELUR PUYUH
JIKA LEBIH DARI 2 PAKET


Ada masalah untuk pengeposan
jika banyak packing
Jika nak, yui boleh order
dan anda datang sendiri ambil
Terima kasih




[1] Yui jawab apa anda tanya

Sebelum orang lain keliru, boleh rujuk entry Anda tanya Yui jawab untuk lebih memahami ya. Seperti dijanjikan hari Isnin yui menjawab segala soalan yang diajukan. Soalan yang lebih kurang sama dari blogger berlainan, aku jawab sekali jelah ya.


Cinta Siswi, Eca & Nur Farahiza : Yui bila nak kawen?
Yui : Kalau boleh harini juga nak nikah. Ahakz! Dia tak masuk minang yui, camne yui nak kawen? Pinangan orang lain ditolak walau hanya merisik khabar demi dia =__=


Jijah : Apa azam tahun 2013?
Yui : Cerita pasal azam, yui ni jarang nak berazam bagai sebab takut tak tercapai. Tapi tekad nak simpan duit ni. Bayar hutang. Hahaha!


Cik Nur : Apa hobi yui?
Yui : Buat masa sekarang hobi yui adalah bercraft.


Azhafizah : Yui ada resepi baru?
Yui : Ada tu ada tapi belum buat. Dah buat, yui up entry ya.


Lizza Licha & Nur Anis : Sekarang yui keje apa ?
Yui : Yui bekerja di Ar-rahnu X'Change, francais Bank Rakyat di Ipoh.


Aimi : Umur sis berapa?
Yui : Kalau ikut tahun 1988 umurku 24 =__=


Adyna : Bila nak bertunang?
Yui : Bila perancangan itu ada, insyaALLAH majlis akan berlangsung.


Tihara : Yui suka colour apa?
Yui : Paling suka pink, Tengok blog pon dah tahu =)


Myra Jay : Macam mana dapat idea untuk bercraft?
Yui : Wujud setelah sukakan benda yang comel. Kadang-kadang dari google image. Tengok gambar kartun. Tengok benda yang cute.


Ayut : Agak-agak nak jemput ayut tak?
Yui : Jangankan ayut, insyaALLAH semua reader blog ini bakal dijemput.


Itu sahaja soalan untuk episod pertama. Pertanyaan bagi episod kedua hari Sabtu ini. Soalan yang sama jika diajukan lagi, aku bagi link entry jawapan jelah ya. Hihihihi.


# Yang ku tahu, ku jawab. Aku merancang dan ALLAH menentukan.


Update : InsyaALLAH segmen macam ini setiap minggu
bergantung juga kepada masa dan mood =p




2 bantal hiasan berbentuk love dalam proses



Walau hari minggu ada saja kenduri kawin yang harus dihadiri tapi tak halang aku untuk siapkan segera order customer. Ececeehhh! Nampak poyo aje. Hahaha. Okay, gambar atas adalah 2 design yang baru ku siapkan.


Semalam dah siap jahit sebiji bantal, Jumaat nanti jahit lagi dan Sabtu insyaALLAH dah boleh pos. Oh ya, Anda tanya Yui jawab akan ku jawab dalam entry selepas ini. Harap sabar menunggu jawapanku.



Saturday, December 15, 2012

PREORDER : Shawl Halfmoon Plain

Entry kali ini lebih kepada promosi untuk blogshop aku Nurul Yui Collection ya. Kali ini nak jual shawl halfmoon yang menjadi fesyen terkini gadis, mak gadis dan seangkatan dengannya. Kih kih.







Ada 11 warna semuanya. Cantik-cantik belaka. Aku sendiri dah cuba. Tak jarang dan mudah untuk dikendalikan. Bagi yang bermuka bulat, pakai shawl ni takde nampak bulat. Siyes! Aku kan muka bulat.


Macam mana nak beli? Ok ikut step berikut ya :

1) Order boleh buat melalui mesej 019-2331810,PM di FB atau emel nurulyuicollection@gmail.com
2) Buat bayaran penuh termasuk kos poslaju ke CIMB ( nombor akaun akan diberikan )
3) Perlu tunggu paling lama seminggu untuk tempoh preorder
4) Perorder bermakna, tempah dan kena tunggu stok sampai


Berapakah harganya? Jual murah-murah saja. RM 34 ( semenanjung ), RM 37 ( sabah sarawak ) termasuk  kos poslaju. Boleh tengok ada yang jual RM 39 belum masuk poslaju tau. Sangat berbaloi bagi yang malas nak kuar dan berjalan sana sini, tunggu kat rumah dan abang posmen hantar.








Sila abaikan model tak bertauliah bershawl halfmoon kuning di atas. Kih kih. Suka pakai dan senang dibentuk. So, apa lagi, berminat sila segera hubungi aku dan senang aku kumpul order. Lagi cepat lagi bagus senang kerja.



- pink belacan dan hitam -


# InsyaALLAH tahun depan masuk stok kain pasang. Moga semua dipermudahkan. Amiiin.


BERMULA 2013, TIDAK ADA LAGI
ORDER UNTUK SHAWL HALFMOON PLAIN
HANYA SHAWL HALFMOON BERMANIK { ENTRY }
YANG ADA STOK
HARAP MAAF