tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, September 14, 2017

Jangan masuk SEPHORA kalau diri tak kuat

Tajuk macam minta kena kecam. Kahkahkah. Ini cerita berapa bulan lepas tapi saja dok up lagi. Biasalah, ketandusan idea. Selama Aeon Klebang, Ipoh tu wujud, Yui selalu laluuuuu sahaja depan Sephora.


Tapi entah kenapa satu hari "termasuk" tanpa sengaja dengan niat utama nak cari lipstik. Payahhh oooo bila beli dan pakai tak kena dengan jiwa. Jumpa lipsmate cream NYX kod 19. Aduhhh, tak menyesal beli.






Round plak arah lain. Alamak, terjebak dengan lotion dan mandian bauan Mango. Ya ampuuuunn, wangi sangat bau tu sampai rasa nak telan. Hahahaha.



Secara kesimpulan,
Jangan sesekali nak masuk andai takut terjebak. Sebab Yui sekarang terjebak sampai dok beli NYX kod lain. Hahahah. Kena dengan jiwa dan tahan!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 13, 2017

Resepi Mudah : Jjajangmyeon / Mee Kacang Hitam

Yui ada bagitahu yang Yui beli pes segera makanan korea Jjajangmyeon kan? Jadi dalam entry kali ini, saja nak tunjuk cara Yui masak. Ecececececeh, senang sangat. Ada resepi di sediakan tapi Yui tambah juga bahan lain mengikut menu lain yang ada di Google.



Hasilnya bila tambah "tepung jagung"


Jom tengok macam mana nak sediakan resepi mudah Jjajangmyeon. Ok, untuk pengetahuan kalian, bila beli pes ini, memang disertakan sekali resepi ( tak pasti samada seller ini atau semua seller letak resepi ). 


Bahan-bahan & cara sediakan :

Lobak, timun jepun. kentang, bawang besar ( Yui guna 1 batang/biji ) dipotong dadu. Daging ikut kuantiti yang kita nak dipotong kecil. Sedikit minyak untuk menumis, setelah agak lembut, baru masukkan pes & air. Biar sampai masak sepenuhnya.



Tumis semua bahan asas dulu



Dah masuk pes ( setengah botol ) + air tunggu hingga masak 


Okay,
Macam mana nak buat kuah lebih pekat? Selepas Yui masak, yui hanya ambil sedikit sahaja iaitu cukup untuk satu hidangan. Ketika menggelegak, terus masukkan bancuhan tepung jagung ( sikit saja ) dan terus kacau. Autotamatik kuah akan jadi pekat dan likat seperti gambar bawah.




Lebihan kuah yang belum dimasukkan bancuhan tepung jagung, Yui masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh lagi digunakan keesokan hari.


Campur bancuhan tepung jagung atau tidak, kedua-duanya sedap di tekak Yui.


Oh ya,
Mee tu pun dijual sekali. Boleh tanya seller okay.


Selamat mencuba dan menikmati makanan Korea. Puas buat sendiri sebab banyak weiiii.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^