tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, August 24, 2017

Korean Food - Instant Paste Jjajangmyeon atau Mee Kacang Hitam

Yui memang suka tengok rancangan Korea terutama rancangan komedi atau mengenai masakan. Agak terpengaruh tengok menu Korea selepas kerap tonton Running Man. Nampak tak pengaruh tang mana? Menyelerakan tengok cara mereka makan.


Kadang dah boleh ingat nama menu. Teringin pun ada tapi susah nak jumpa area Ipoh. Dok mengintai FB, ternampak post tentang pes segera makanan Korea. Wahh, bagai mengantuk disorongkan bantal, Yui terus buka page dan komen cari agen area Ipoh.





Agen Ipoh : 013-4367072


Semasa Yui beli, ada promosi percuma mee. Ya ALLAH, sedap tau. Kena sangat dengan tekak Yui. Nanti Yui kongsi cara masak okay. Walau first time cuba, rasa memang terbaik. Harus cuba juga versi kedai sebab nak bandingkan rasa.


Puas hati dapat rasa.
Selalu kat seoul garden/sushi king versi biasa aje menunya. Lepas ini nak cuba chicken wing korea. Wowwwww!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 16, 2017

V-Soy Golden Grain Susu Kacang Soya

Siapa biasa minum susu kacang soya jenama V-Soy? Yui selalu beli yang kotak hijau sebab lebih pekat dan sedap. Satu lagi kotak warna putih. Masuk kedai, nampak pula keluaran baru gabungan soya+ oat + almond.



Laju tangan capai. Kalau tak salah, harga dia mahal beberapan sen sahaja. Yui beli dengan niat nak mencuba.


Pendapat Yui,
Untuk tekak Yui kurang suka. Sebab rasa dia macam something. Hehehe, mungkin sebab Yui jarang makan oat. Rasanya agak tawar sikit berbanding jenis lain. Jadi untuk kesihatan rasanya jenis ini lebih baik.


Korang dah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 08, 2017

Review Peribadi : Goodday Honey Flavoured Milk

Dah beberapa minggu rasanya perisa baru susu Goodday ni keluar. Ada perisa green tea & honey. Kedua-duanya Yui dah cuba.




Kita fokus perisa madu ya. Untuk tekak Yui, perisa ini macam rasa something but still boleh telan. Mungkin rasa madu tu buat tekak Yui rasa "pelik". Hahahaa. Pelik pun tetap habis ya sebab takmow membazir.


Untuk repeat,
mungkin fikir. Tapi kalau ada yang belanja yui terima seadanya. Kahkahkah. Tapi oklah wei. Rasa lain dari lain. Korang kena cuba sendiri. Mana tahu, jatuh cinta nanti.


Psssss :
Yui lama tak berblog. Ampun blog. Yui cuba dari sekarang untuk aktif seperti dulu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^