tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, December 31, 2015

PROMOSI 3 BOTOL CMD HANYA RM 178 TAMAT 31/12/2015



Lekaih-lekaih tinggal beberapa hari sahaja promosi 3 botol cmd akan tamat!
Kenapa kena ambil yang ini?
Untung
Jimat ( boleh guna hingga 4 bulan )
Terus jadi ahli

Boleh buat side income



Tu semua yui sebagai agen sah akan guide. Tinggal anda kena rajin sahaja ya!

Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna


Jom tengok testimoni CMD yang lain


ENTRY STATIK HINGGA 31/12/2015



019 233 1810

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Misi menjual khas #danauntukmeow

Aku akan teruskan lagi misi jualan khas #danauntukmeow.


Sebab apa?
Sebab aku memerlukannya. Bila perlu, aku akan cari inisiatif/usaha untuk kumpul duit dengan harapan secepatnya.


Caranya?
Aku akan jual apa yang perlu terutama barang peribadi aku tak kisah new/prelove. 


Jadi, mohon pada yang sudi sebarkan, sebarkan.
Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa kalian.
Boleh tengok album di FB aku.


#danauntukmeow hasil jualan akan ku gunakan untuk kos pembedahan, keperluan & bantuan kepada kucing terbiar di luar sana.


Ada juga barang lama yang masih belum terjual.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

ENTRY STATIK BUAT SEMENTARA WAKTU





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tanya 1 soalan sebelum 2015 berakhir

Kalau ramai tanya, aku akan kumpulkan dalam satu entry nanti
Kalau ya, hahahaha!
Goodbye 2015!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Isu 3 kerja untuk seorang

Mesti korang dah baca viral yang tengah hot sekarang kan? Ala yang 3 kerja dalam satu masa atau erti kata buat lebih dari 1 kerja!


Tapi kan tapi tauuuu.
Kerja yang dinyatakan tak rasa macam kerja pun. Macam lebih kepada pegang jawatan semata. Haaaaa, padahal orang bawah yang tungkus lumus buat kerjakan? Lalalala. Aih kang cakap lebih ada pula yang bangkang.


Malas celoteh lebih, cuma nak habaq meh kita buat lebih dari satu kerja. Tingkatkan ekonomi hidup yang semakin parah!


Apa pun, surirumah adalah kerja terbaik. Banyak kerja dalam satu masa!
Tengok mak aku saja dah cukup. Kesian dia. Gigih sebagai seorang isteri & ibu terbaik buat kami.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 30, 2015

Makan Best : Restoran Kapitan, Ipoh, Perak | review

Sebenarnya aku lama gila teringin nak nan cheese. Tapi bila baca review dari FB suruh cuba nasi beriani, aku abaikan tekak aku yang nak nan. Biar budak rumah yang order set nan cheese tandori.


Memandangkan deme kabor set ini cheese juga, tengok gambar pun terliur! Maklumkan, aku peminat cheese. Miahahahaha.



Ini menu aku
Beriani Milani Chicken
RM 13.00



Kuah yang creamy & bercheese
Sedap juga!



Ini pula set Nan Cheese Tandori


Bagi aku nasi beriani dia agak banyak. Ayam lembut, didatangkan dengan kuah yang manis & juga pudina. Sangat mengenyangkan! Memang puas dan boleh repeat makan lagi.


Kalau yang berada di Ipoh, boleh cuba. Lepas makan boleh shopping dekat Aeon Big Falim. Tak jauh pun, seberang jalan. Heeeeeee.


RESTORAN KAPITAN SDN BHD
No 37, 39 & 41
Persiaran Menglembu Suria
Pusat Perniagaan Menglembu Suria
30200 Ipoh, Perak
05-2862 811




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 21 [2015] - Nasi kongsi untuk manusia & haiwan jalanan




Beli nasi penuh & selalunya akan dibahagi dua
Gaulkan dengan lauk yang ada
Untuk dikongsi bersama
Korang pun boleh buat
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 29, 2015

Kasihan kau kucing!



Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 28, 2015

Setelah 4 hari bercuti

Pejam celik pejam celik dah berlalu 4 hari cuti. Tu diaaa, rasa kejap sangat. Betul sungguh masa mencemburui kita. Lagipun kita sendiri yang tak reti "kejar" masa. Heeeee.


Ramai lagi ka bercuti?
Cuti memang kome minta takpelah, jangan sampai sengaja mengelat ok! Hakak memang tak suka peel orang gitu. Menyusahkan orang lain!


Sebenarnya banyak benda nak cerita.
Kena perlahan-lahan untuk ambil mood & sampaikan apa patut.


Mengalami kehilangan & pengganti dalam masa yang sama. Itu merupakan satu perasaan yang bercampur aduk!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 24, 2015

BIODATA RASULULLAH S.A.W

KAWAN2 MARI AMBIK 5 MINIT BACA SIKIT BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

(Pada sesuatu masa Rasulullah hanya mengahwini 4 orang wanita sahaja)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


Salam Maulidur Rasul semua.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 23, 2015

Hipster Coffee terbaik di Sg Siput (U), Perak

Kalau di Ipoh, dah merata ada air cawan besar ni. Kira dah pelbagai jenama, yang bezakan adalah sedap atau tidak ajeee.


Eh melalut ni.
Kalau di Sg Siput aku sangat cadangkan korang cuba Hipster Coffee. Pasaipa? Pasai aku dah cuba dan memang terbaik pekat kaw likau sedap! Takde kedekut-kedekut letak susu tuuu.




Ada 7 jenis perisa untuk anda pilih. Dan pada hari itu aku cuba cappucino. Memang terbaik habaq hangpa!


Semua dengan 1 harga iaitu RM 5.


Oh ya, buat masa ini, hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad di sebabkan owner hanya partime. Kalau nak cuba, silakan ya.


Aku siap pesan pada owner,
Kalau bancuhan ok, sedap, pekat, tak kedekut, inshaaALLAH orang akan repeat lagi!



Lokasi : Kg Tersusun Sg Siput (U), Perak
FB :  Ayda Jamal



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 20 [2015] - Koleksi Lego peribadi & untuk dijual dari Shell




Antara koleksi lego peribadi & untuk dijual
019 233 1810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 22, 2015

Kenapa asal Perak tapi tiada loghat Perak?

Bila org tnya, asal mna?
"Perak.."
"Tp knpa takde loghat perak pun.. ate kome mcm cte hantu kak limah tu"..
Haish..😂.. meh nk ajaq sikit..

*Perak ni ada 5 loghat..ataupun dialek..
Yg mna dduk belah utara tu, cth parit buntar & bagan serai ataupun senang cerita daerah kerian ni, lebih kpd loghat utara mcm penang or kedah..
* Bahagian Hulu Perak plak, cth Kroh, Grik dan Lenggong, depa banyak guna dialek Patani, seakan-akan dialek Kelantan sikit..
* Daerah Kinta plak, dialek dia berbeza ikut masyarakat jugak. Majoriti penduduk kt sini datang dari kepulauan Indonesia..
* Bahagian Perak Tengah mcm kt Kuala Kangsar, Bota, Parit, dialek dia la yg ada 'ate kome' mcm dlm cta hantu kak limah tu ha😂.. ni la dialek asli Negeri Perak.
* Bahagian perak selatan plak iaitu daerah Batang Padang smpai Bagan Datoh, dialek dia lebih kurang mcm dialek selatan Semenanjung mcm Selangor dan Johor..
So, harap lepas ni takdak la yg expect semua org perak akan ckp 'ate kome' ye



C&P : Facebook
===============================
Kesimpulan :
Che' lahir di Parit Buntar. Jadi takyah pelik kalau che' loghat utara takde ate kome mike wink emoticon

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jom main tag [kenal lebih lagi]

Tu dia tuu diaaaa. Rajin plak aku nak main tag. Giler lama tak main. Heeee. Jadi sebab ada masa, ku gagahkan juga ya. Tambah idea nak update dah kureennng.


Che' di tag oleh  Anak Denesor


1) Kenalkan diri awak
Lebih dikenali dalam alam maya, YUI
2) Apakah kenangan yang masih belum luput dari ingatan awak?
Peristiwa "perit" yang takkan pernah dilupakan

3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
Selesai hutang kenderaan. Pekerja cemerlang. Dapat kumpul emas sedikit demi sedikit

4) Antara beruang pandakucinghamster dan arnabmana satu pilihan awak? Kenapa?
Haruslah kucing sebab i love cat! Kucing buat che' rasa lebih tenang saat kita belai mereka.

5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
Ringkas & menarik. Eh, jurnal apa ea? Hahahaha.

6) Warna kegemaran awak
Dulu tegar pink, sekarang dah suka warna pastel.

7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
Genre romantik. Bolehlah che' berangan. Mana tau nanti dapat pasangan romantik. Wekk!

8) Siapakah idola awak dalam kehidupan?
Haruslah mak abah che'. 

9) Siapakah blogger yang paling awak suka dan kenapa?
Siapa ea? Banyak. Yang pasti salah satu sebabnya mereka friendly. Macam awak-awak juga.

10) Tempat percutian idaman awak?
Krabi atau Bali. Nak tengok keindahan alam.

Dengan menggunakan soalan yang sama che' mahu tag:

- Eintan
- Jijah
- Azhafizah
- dan sesiapa saja yang sudi


Wahhh gituuuu!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 21, 2015

Nivea whitening happy shave

Ada orang selesa pakai "ubat ketiak" jenis cecair, stick & ada juga jenis spray. Dulu aku pakai dove. Lepas itu bertukar pada nivea jenis roll.


Kadang aku selesa tak guna apa-apa. Bukan wajibkan? Haaaaa. Yang penting tak berbau cukuplah. Hahahah.




Jalan-jalan Guardian tengok harga. Bandingkan dengan kedai sebelah, Watson. Harga beza sen-sen. Memandangkan aku pemegang kad Watson, manfaatkan point yang ada, setelah ditolak, aku kena tambah dalam RM 5 sahaja.


Harga asal lebih kurang RM 12.


Best juga guna jenis ini. Tapi kadang time nak spray, tak keluar apa. Keluar angin jee. Sampai rasa nak naik angin jugala. Wakakakaka!


Apa pun, aku suka produk Nivea. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Jadikan CMD sebagai penyegar/toner untuk kulit anda!

Dari mula aku beli CMD, memang aku manfaatkan sebaiknya. Yelah, kita nak tengok keberkesanan pada diri sendiri supaya senang nak share pada orang lain.


2 bulan aku jadikan CMD sebagai pencuci wajah aku. Aku tolak ketepi Safi. Memang guna campuran air dan CMD. Lepas itu, jadikan CMD sebagai penyegar/toner.


Alhamdulillah, result yang baik. Kiranya aku sesuai untuk masalah sebegini. Masalah aku adalah untuk kecilkan pori.



"rakan karib" aku


Botol dalam gambar adalah botol percuma dengan setiap pembelian pakej ahli
Percuma ya BUKAN UNTUK DIJUAL


Korang akan dapat 2 botol 65 ml percuma 30 ml macam gambar di atas
Hanya RM 178 bagi free pos
Penggunaan untuk 3-4 bulan
Jimatkan?


Yang penting satu keluarga boleh guna. InshaaALLAH. 
Aku akan guide mereka yang beli dari aku.


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna



Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 19, 2015

Bila tiada entry untuk hari minggu

Aku rasa dah beberapa minggu masuk je Sabtu & Ahad, blog ini sepi tanpa sebarang entry. So sad!


Entry autopublish pun aku tak buat. Giler pemalas sungguh sekarang ini. Apalah hang punya peel Yui oi. Padahal bukan takde masa langsung. Ko faham tak kalau penyakit M dah datang??


Heeeee, takpe pelan-pelan kayuh.
Maaf naaa kepada yang singgah, kome nampak entry lama ajeee. Aku usahakan!


Eh, ini pun entry kan?
Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pes Char Kuey Teow yang terbaik di Ipoh [buat gerenti jadi]

Aku beli, aku buat & hasilnya taraaaaaaaaa.


Sedap sedap. Kalah kat kedai yang kadang hambar je rasa. Krik krik krik. Nasib baik aku jumpa pes char kuey teow ini, memang mudah nak masak!





Aku pernah beli pes di Mydin tapi tak sedap. Macam sos tiram aje. Buat masa ini tak boleh kalahkan pes di atas. Lain dari yang lain.


Botolnya nampak kecil tapi boleh buat lebih 10 pinggan juga!


Mudahnya sediakan char kuey teow. Semudah ABC.


Kalau ada nak, boleh roger che'. Harga che' dapat RM 10, che' jual RM 12 aje sebotol ( ambil kira kos-kos lain sama naaa). Harga tak masuk pos ya. Jadi sesiapa mencari, meh lekaih roger.


Sila SMS 019 233 1810.


Nak lagi sedap, ada tambahan bahan lain yang aku letak. Cara itu akan aku bagitahu pada yang membeli dariku. Hehehe.


Sedap repeat lagi! Gituuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 17, 2015

Terjemahkan tulisan jawi ke rumi di bahagian komen

Allah, memang lama aku tak menulis jawi. Dulu ada juga baca surat khabar jawi tapi rasanya sekarang dah takde ( edisi Utusan ).




Haritu saja tangan gatal menulis di atas kertas kosong. Rasa macam budak baru belajar menulis pula. Huaaaaaa. Dulu pandai khat tapi bila dah lama tak praktikkan, terus jadi hambar.


Jadi sekarang nak asah balik.


Oh ye, korang yang boleh baca apa aku tulis di atas, sila terjemahkan dalam bahasa rumi di bahagian komen. Kalau rajin. Hahahah! Hadiah? Jeng jeng jeng. Terjemahkan dulu naaaa.


Maaf sebab macam tunggang langgang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengalaman itu amat berharga

Suka duka hidup, pasti ada pelbagai pengalaman yang dilalui.


Tak kisah samada pengalaman pahit ataupun manis, kedua-duanya membuatkan kita lebih berfikir & berhati-hati walau kadang turut terleka. Lumrah manusia.


Paling penting,
Apa yang dilalui dijadikan pengajaran. Yang buruk dijauhkan & yang baik dijadikan rujukan.


Sebab itu pengalaman amat berharga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 16, 2015

Koleksi kereta lama dari Shell

Abah aku pengisi minyak tegar Shell. Dulu, time Shell selalu buat promosi isi minyak boleh beli mainan lain, abah aku rajinlah beli.




Ini antara koleksi yang dia sempat tunjuk. Takdelah koleksi sangat sebenarnya sebab abah simpan semua ini dalam satu plastik. Lepas itu masuk kotak. Hahahah.


Tapi untuk lego Shell terbaru 2015, abah takde kumpul. Kali ini yang gila kumpul lego atau hot wheels ialah Shafiq. Tak memasal aku terjebak sekali sebab kadang dia minta aku tolong belikan dulu. Heeeee.


Itu aje nak cerita. Bye!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 19 [2015] - Cara masak telur rebus dalam periuk nasi



sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 15, 2015

Peach Extract Moisture Lotion & Apple Extract Facial Cleanser dari Revell

Ini antara ready stock yang ada pada tangan aku. Ada yang dah bertuan dan ada yang masih available.


Tahu pasal Revell?
Takpe tak tahu sekarang boleh tahu. Sebab produk ni antara legend pada mak-mak kita dulu. Heeeee.





Peach Extract Moisture Lotion & Apple Extract Facial Cleanser 


RM 15 & RM 20 

Harga tidak termasuk pos
Kongsi ramai-ramai boleh jimat pos
Harga pun mampu milik sebab banyak 180 ml ( tahan 2 bulan )


Nak tengok gambar lotion [entry]


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kemaskini BR1M 2016 sehingga 31 Disember 2015

Yang mana layak & sepatutnya dapat BR1M, bolehlah kemaskini segera sebelum 31 Disember 2015. Ada perubahan atau tidak memang kena kemaskini.




Aku sendiri sebagai penerima bagi golongan bujang, dah buat & selesaikan apa yang patut. Apa yang aku nampak, agak "leceh" sedikit untuk update. Jadi, nak tolong orang lain, kena bersedia dengan lebih untuk maklumat penerima BR1M.


Contoh :
Dah kena letak nama pewaris.
Bagi golongan bujang, boleh letak nama mak/abah sahaja.
Tidak dibenarkan nama adik beradik.


Jadi, buatlah sebelum terlambat. Ini sebahagian hak anda!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 14, 2015

PENGGUNA CMD : Rawat Masalah Kulit





Lama che' tak share pasal pengguna cmd kan? Alaaa, kalau kat FB memang keraplah. Heeeee. Ini testimoni pengguna cmd bagi merawat masalah kulit.


Macam mana cara guna?
Apa yang perlu?
Berapa kuantiti?


Jika anda beli dari agen sah, pastinya anda akan mendapat guide yang betul. Bukan beli dan terus biarkan. Berhati-hati jika anda beli harga jauh lebih murah kerana berisiko "klon cmd".


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
��Nurul Yui
��019 233 1810

#cmd #cmdperak #revell #penggunacmd#cmdpelbagaiguna



Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 11, 2015

Pecah rekod tidur sejam sahaja!

Aku tak tahu apa masalah aku semalam. Bila pejam mata, tak boleh lena. Macam ada sesuatu yang halang mata aku ni terpejam.


Al-kisah sebelumnya,
Semalam aku pening kepala. Jadi balik kerja aku ambil keputusan beli air Tiramisu RM 5 ( cawan besar banyak ais tu ). Nasib baik sedap!


Lepas makan malam, makan sayur,
Aku minum 1 tin kopi. Sejarah aku selama ini, walau aku minum apa kopi pun sebelum tidur, takde yang dapat halang aku nak lelap!


Nak dijadikan cerita lagi,
Badan aku macam tak selesa. Rasa miang. Terus aku mandi malam walaupun sebelum magrib dah mandi ( sila jangan amalkan ) sebab aku nak tidur lebih lena.


Hakikat,
Aku tak boleh lena. Sehingga 5.30 pagi, baru dapat lelapkan mata. 6.30 pagi bangun semula. Hmmm, pelik sungguh. Memang pecah rekod tidur sejam ja ni!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Maafkan kami yang hina ini

Jangan terlalu leka saat kita bergembira
Andai ketika duka sahaja kita ingat pada-NYA
Kadang kita tak sedar kita sangat alpa


ALLAH,
Maafkan kelekaan insan hina seperti kami
Berikan kesedaran segera
Agar kami sentiasa bersedia
Menerima apa saja dari mu Ya ALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 10, 2015

Cara mudah nak lukis kucing

Haaa, suka melukis? Tapi takde kemahiran asas. Takpe, kita cuba cara "asas" ini pula. Mana tau, hasilnya superb!



Heeee, amacam? Sanggup nak melukis kucing dengan cara ini? Kihkihkih.


Gurauan semata ya.

Apa itu jualan #danauntukmeow

Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengalaman pertama kali ke GM Klang

Hari Jumaat lepas aku AL, teman adik aku interview di Shah Alam ( praktikal ). Mengikut juga sebab mak kata kalau aku tak p, dia taknak p. Ehhh, saja tau mak ni, takleh berenggang dengan anak sulung dia. Hahahah!


Adik interview dengan kawan dia jam 2 petang. Dalam sejam settle. Terus buka waze nak cari jalan ke GM Klang sebab tak pernah pergi sana.


Pandangan pertama terhadap GM Klang bila di depan mata :

1) Dari luar nampak macam menarik. Tapi part jalan ya ampun, sempit semput senak!
2) Masuk bab parking, fuhh benar bak kata kawan abah, parking memang agak payah. Tak banyak ruang. Lebih selesa parking Tesco Extra Ipoh. Hahaha.
3) Setiap tingkat bercampur aduk jenis barang. Kalau tak salah aku, di Kenanga, kalau tingkat 2 jual baju, kedai-kedai lain juga semuanya baju ( contoh ).


Akhirnya, aku pun takde beli apa. Jalan-jalan cuci mata sebab aku rasa "semak" dan susah mencari apa yang nak.


Jadi, aku tak syorkanla kalau nak membeli belah situ. Aku lebih selesa di GM satu lagi ( lupa nama ). Senang & selesa. Ini pendapat peribadi aku.


Aku tak berapa ingat nama mall di KL apa semua tapi aku pergi sebagai tambah pengalaman. Heeeeee.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 09, 2015

WW 18 [2015] - Istilah KULI




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Rakan blogger yang sudi war-warkan #danauntukmeow

Kalau dah biasa singgah blog atau follow FB aku, pastinya korang akan perasan aku ada tubuhkan jualan dana untuk meow.


Entry kali ini khas buat mereka yang sudi tulis entry mengenai jualan/war-warkan perihal kucing. Terima kasih sangat-sangat, sangat daku hargai!


Jom terjah mereka.


1) http://mrsyatie.blogspot.my/2015/11/jualan-dana-untuk-meow.html

2) http://anakdenesor.blogspot.my/2015/11/misi-menjual-khas-danauntukmeow.html

3) http://www.nurfuzie.com/2015/11/blogger-ini-pencinta-kucing.html


Kalau ada yang daku terlepas pandang, maklumkan lah ya. Jualan masih diteruskan macam biasa. Dana sentiasa dicari untuk anak-anak bulus. Moga dipermudahkan. InshaaALLAH.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 08, 2015

Lipstick Sophie Paris : Paparazi Pink

Ada peminat barang Sophie Paris? Ala-ala macam Avon tuu. Aku bukan ahli jauh sekali peminat tegar. Tapi kakak rumah aku memang aktif dengan Sophie Paris.


Tiap bulan mesti dia bagi tengok majalah yang ada pelbagai jenis sale.
Jenis aku, aku pilih mana aku nak guna ( walau kadang beli tapi tak guna, bazir! ). Tiba-tiba mata terkenan pada lipstik. Lagipun RM 5 ajee aku rasa memang cukup berbaloi!




Inilah saiz lipstik tersebut. Besar dan bukan saiz mini. 
Kira berbaloi benor RM 5 ajeee. 



Pilihan aku Paparazi Pink



Sebelum & selepas guna


Kata aku sebagai pengguna kali pertama :
- Lipstick tak mudah hilang
- Tahan lama
- Mudah dicuci
- Tidak melekit


Jujur aku suka lipstick ini! Sebab best, bulan ini aku repeat lagi order. Heeeeee.
Aku biasa pakai untuk pergi kerja atau kenduri sahaja. Setakat pasar malam atau dekat-dekat, tak payah!


Kalau ada yang berminat, kaborlah ea. Aku sampaikan pada kakak rumah aku tuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nutrigen Natural Taste Cultured Milk

Tiap kali p mall beli barang dapur dengan family, bila tengok part yoghurt, dadih & sewaktu, pasti aku nampak benda alah ni.


Kelebek botol, tengok berapa ml, tengok harga.
Dalam hati buat perbandingan dengan 5 botol kecil dalam 1 pack tu.
Fikir punya fikir ambil juga, nak rasa namanya. Kang teringat-ingat sape pula gigih nak beli kan??




Buka penutup, terus masuk mulut. Masuk sikit-sikit.
Tak lama, buka lagi.
Ehh, buka lagi.
Tak sampai 10 minit habis! Hahahaha.


Jadi itu maknanya?
Bolehlaaa beli lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 07, 2015

PROMOSI BELIAN 2 BOTOL CMD PERCUMA 1 BOTOL LAGI!




Beli 1 botol 120 ml percuma 1 botol 30 ml
Percuma keahlian
Akan dimasukkan dalam group melebih 23k ahli
Paling penting akan guide cara guna
Bukan beli pastu biar terkontang kanting naaaa


Berapa?
Macam biasa
Bagi RM 178 free postage
Normal price RM 185
Boleh guna 3-4 bulan tauu
Paling penting CMD ORIGINAL!


Apa tunggu lagi, meh roger-roger
Jangan risau, che' agen sah CMD

1 keluarga boleh guna!

SMS/Whatsapp 
019 233 1810


Jom tengok testimoni CMD yang lain


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Apesal tak boleh view blog orang lain?

Ehhh, korang ada alami masalah macam ini tak sekarang?


Atau aku saja yang alami. Tak boleh buka/tengok blog korang. Nak komen apatah lagi. Keluar "makhluk" opssss tulis tak boleh buat sementara ini. Kejap lagi clear dulu apa patut.


"Whoops, that's an error"


Dahlah 2-3 hari ini alami masalah dengan internet Yes & DiGi.
Haruuu sungguh bila kita memerlukan, ada pula masalah lain yang datang. Memang menguji kesabaran namanya.


Nanti dah ok, aku jejak balas ok.
Mood terus kureeeeeng! Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pagi yang agak meletihkan

Haaaa, benar pagi ini aku agak meletihkan.


Semalam ada kenduri sikit di kampung. Balik SS, rasa penat ya ampun walau kerja takdelah banyak mana. Ko nampak apa aku nak sampaikan? Hahahaha.


Tambah penat bila "penyakit perempuan" datang. Haaaiii, lagi bertambah-tambah kemalasan!


Jadi, sekarang aku nak cari semangat yang hilang. Muahahahah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 04, 2015

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.


Khasiat Dried Roselle Tea

Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.

Baik untuk kecantikkan kulit.

Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.

Meredakan panas badan.

Memutihkan kulit

Mengurangkan kolestrol

Mengekalkan badan yang sihat


Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine







Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
Like Fanpage Blog Azhafizah






Follow Blog

www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my


Follow  Google +
 Nadine Jamal


Follow Instagram
 azhafizahmdnor | nadines.hut | ndrajamal



2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine




Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm


Hadiah


1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang


Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 03, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Ketiga

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).



HARI KETIGA ( 2/12/2015 )
- Sarapan "nasi" goreng Atkins & telur mata
- Tengahari beli meatball ( sesuai fasa 3 & 4 sahaja )
- Malam makan salmon grill, 1 sosej lembu Ramly, kulit ayam & salad
- 2 potongan kecil lemon di minum dengan air suam 30 minit sebelum sarapan
- 1 botol air teh hijau tanpa gula ( 1 cawan pun boleh )
- Air masak secukupnya


Ingin che' tegaskan, sila baca nota-nota penting yang telah dibuat oleh para admin group sebelum anda nak cuba diet atkins atau melalui fasa-fasanya.Fahami terlebih dahulu untuk elakkan "kerugian waktu" jika salah cara.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).

Hingga hari ketiga - Berat turun 1.5 kg
[ menu hari pertama ]

[ menu hari kedua ]


Tak reti nak masak apa?

Meh kelebek banyak resepi aku telah share sepanjang aku Diet Atkins
[ resepi mudah Diet Atkins ]



Perkara penting adalah RAJIN!


Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Peach Extract Moisture Lotion dari Revell

Dulu-dulu meletop popular moisture lotion dari Revell. Bila aku buat post pada FB, ramai yang komen & PM agak sukar nak jumpa sekarang.


Haaa, sekarang tak sukar lagi sebab che' ada jual! Order, bayar, pos, settle!




Kebanyakan feedback aku terima positif. Antara terbanyak kata mereka, kalau biasa digigit nyamuk, sebelum tidur sapukan lotion ini, inshaaALLAH nyamuk tak dekat. Yeke? Yelaaa, udah deme pernah cuba. Takkan nak propa sajakan?


Okay, kalau kita dah jual, haruslah kita cuba juga. Baru senang nak cerita pasal produk =)


Jujur dariku & rakan office yang turut cuba,
Lotion wangi
Tidak melekit
Kulit lebih lembut macam baby
Boleh dipakai seluruh badan termasuk muka ( kalau nak )


Haaaa, macam best macam nak kan?
Alaaa, murah-murah aje aku jual
Belas-belas, postage juga disediakan.


Yang berminat boleh roger ya. Apple Extract Facial Cleanser pun aku ada jual. Nanti entry lain.


Agen sah Revell ( CMD & Klenz ),
🙋Nurul Yui
📱019 233 1810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makanan & minuman yang dibenarkan serta dilarang ketika fasa 1 Diet Atkins

Ada yang teringin nak cuba Diet Atkins?
Oklah, aku share serba sedikit info yang ada dalam group FB.




Ini antara benda asas. Oh ya, bukan selamanya anda perlu ada di Fasa 1 ( sebab itu kena baca & faham betul-betul ). Kalau anda benar-benar ikut apa yang disarankan, tak perlu lama untuk anda diet.


Sila percaya ok!
Maklumat lanjut. request group Kelab Diet Atkins Malaysia & baca sampai "muntah"!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 02, 2015

Diet Atkins Nurul Yui : Hari Kedua

Tak faham cerita?
Khatam ---> [entry]


Motif diet?
Nak kurangkan sedikit berat & kurangkan ukuran ( inchi ).



HARI KEDUA ( 1/12/2015 )
- Sarapan pagi salmon grill, 2 sosej ramly & 1 biji telur goreng ( cicah sos & mayonis )
- Tengahari makan 3 ketul ayam goreng kecil ( ayam goreng RM 1 )
- Malam makan 2 keping roti disapu inti kacang free sugar
- Pagi 30 minit sebelum sarapan, minum segelas air suam berserta 2 potongan kecil lemon
- Air teh hijau ( tanpa gula )
- Air masak secukupnya



Ingin che' tegaskan, sila baca nota-nota penting yang telah dibuat oleh para admin group sebelum anda nak cuba diet atkins atau melalui fasa-fasanya. Fahami terlebih dahulu untuk elakkan "kerugian waktu" jika salah cara.


Che' Fasa 3 tapi akan makan & minum ikut cara fasa 1 ( ikut kerajinan ).

Hingga hari kedua - Berat turun 1.5 kg
[ menu hari pertama ]



Nak tahu lebih lanjut tentang Diet Atkins?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^