tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebelum Yui lagi sibuk dan terus sibuk
Yui ambil kesempatan ini untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Mohon maaf andai ada salah silap selama kita kenal
Halalkan segala ilmu yang ada
Halalkan makan minum andai pernah bersua/berniaga


Moga selamat pergi & balik ke halaman kampung tercinta
Jaga diri dan sentiasa berhati-hati


Macam biasa Yui masih beraya dengan keluarga tercinta sebelum ada keluarga sendiri
InshaaALLAH



SELAMAT HARI RAYA KORANG 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 14, 2017

RAMADHAN 1438H SALE OKAYA FOUNDATION



Harga asal RM 89 SM RM 99 SS


Promosi Ramadhan 1438H
RM 70 SM RM 80 SS
FREE POS/COD BERDEKATAN/SELF PICKUP


Promosi sah hingga hari terakhir Ramadhan 1438H


Okaya,
Lagi sapu lagi lawa =)


Yui : 019.233.1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 13, 2017

Iklan OKAYA FOUNDATION di Televisyen

Alhamdulillah, satu persatu penambahbaikan dibuat oleh pihak HQ OKAYA. Terkini dah ada iklan di televisyen oleh MUA terkenal Bellaz. Yui yang bermula sebagai agen dan "berani" menjadi stokis, memang tak menyesal dengan pilihan yang dibuat.




Adat berniaga ada naik turunnya dan Yui memang dah bersedia dari awal. Tambahan kita tahu apa yang kita jual, kita boleh jangkakan sendiri.




Stok OKAYA terbaru didatangkan dengan paper bag ekslusif yang sangat-sangat terhad. Khas untuk mereka yang cod/self pickup dengan Yui.


Banyak feedback positif yang Yui terima buatkan Yui lebih yakin dengan apa yang Yui jual. Korang dah cuba? InshaaALLAH tak rugi beli sebab memang best. Yang suka makeup simple macam Yui, cukup sekadar guna manniqueen argan oil sebagai pelembap dan gunakan OKAYA.


Selesai.


Berikut ialah waktu iklan OKAYA akan muncul di kaca televisyen.


OKAYA FOUNDATION
RM 79 SM
RM 89 SS

Harga Asal 
RM 89 SS
RM 99 SS


- ENTRY TERKINI SCROLL BAWAH -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 09, 2017

Menu Korea Topokki (Kek Beras)

Adalah satu hari tu, tekak tak tahu nak berbuka apa. Masuk AEON nampak Topokki segera, cuma kita panaskan/rendam. Rembat 1 untuk merasa.




Oh,
Begini rupanya rasa TOPOKKI. Begini rasanya kek beras yang selalu Yui tengok ahli running man makan sampai rasa terliur. Hahaha.


Untuk Yui,
Rasanya ok. Cuma mungkin sebab ini jenis segera dan bukan homemade, bahan tak berapa nak meriah. Tapi dari segi rasa, tekak yui boleh terima.


Kalau bagi pilihan antara ramen dan topokki, Yui pilih RAMEN Samyang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438H Nurul Yui 2017 - BAZAR

Dah hari ke-13 kita berpuasa,
Macam mana lalui Ramadhan korang? Kalau okay alhamdulillah. Tapi kalau ada berita menyedihkan. moga lebih kuat dan tabah.


Ramadhan Yui macam biasa. Kalau nak bercerita pasal makan minum ketika berbuka, dah tentu yang dicari ialah air. Heeee, makanan tu jadi kedua.


Entry kali ini nak berceloteh pasal PARAM/BAZAR

Bazar?
Yui dah beberapa tahun kawal diri untuk tidak setiap hari ke bazar. Pergi bila perlu atau disuruh sahaja. Bukan apa, kebanyakan yang terjadi di tahun 2017 ini sangat mengecewakan. Bayangkan, air tak manis, caroi je tengok.


Paling sedih bila peniaga itu adalah peniaga yang dah berpuluh tahun berniaga. Takkan ketika ramadhan terus "resepi" jadi lain? Kot ya pun disebabkan kenaikan harga, semua faham. Jenis Yui, biar harga naik dari dapat kualiti yang berkurangan serta mengecewakan.


Tak dinafikan harga lauk naik. Kalau kita beli barang basah pun dah mahal, untuk orang bujang macam Yui, Yui lebih selesa masak menu apa yang nak ditelan saja. Balik kg baru nak "meriah" memasak.


Apa pun,
Kita yang kena pandai kawal diri. Kalau rasa rajin, balik rumah dan masak. Tapi kalau malas dan tiada masa, tunjuk tunjuk bayar pun senang. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 05, 2017

Review Peribadi : [delivery] Susu Kurma Minah Latte di Ipoh

Okay, Yui pantang nampak jualan terutama makanan/minuman di fb. Lagi teruja bila ada buat penghantaran terus ke rumah. Memberontak nak order! Hahahaha.


Yang terbaru,
Yui dah cuba susu kurma Minah Latte, wowww kerlasss nama kan? Terus order 4 botol tanpa rasa was-was. Yelaahhh pertama kali nak cuba tapi berani beli 4 botol terus. Tak risau langsung rasa tu kena dengan tekak ke tak. Konsep Yui, redha. Hehe.




500 ml RM 7.50
280 ml RM 3.80


Dapat je malam tu,
terus buka 1 botol dan minum. Teguk punya teguk tak sedar nak habis. Penangan sedap weiiii! Pekat dan tak manis. Dah manis rasa kurma. Memang kenalah dengan selera tekak ni.


Korang orang Ipoh,
WAJIB cuba susu kurma minah latte ni. Kenapa? Orang Islam kita yang buat, tiada delivery charge, harga berpatutan & rasa yang sangat berbaloi. Memang tak rugi okay.


HP : 019-6668754





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 02, 2017

Review Peribadi : Ayaq Mangga by Bonda

Dalam bulan puasa, ternampak plak di FB pasal ayaq mangga ni, amboiii kemain tekak ni meronta je nak. Hahaha. Padahal air buah mangga yang pastinya kita sendiri boleh buat. Malas atau rajin je sebenarnya.



500 ml RM 8


Ayaq Mangga by Bonda ini Yui beli ketika berkunjung ke bazar ramadhan di Sg Siput. Rupanya ada pelbagai brand/keluaran. Ini pun beli secara tak sengaja sebab rasa menarik. Hahaha.


Untuk tekak Yui,
air ni memang rasa original manis buah. Maksud Yui, takde pemanis tambahan. Tidak terlalu pekat tapi kalau sekali telan habis je. Kahkah.


Jadi,
Bolehlah sekadar mencuba. Kalau rajin buat sendiri, lagi banyak air mangga yang korang boleh dapat. Kalau malas, beli. Senang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 01, 2017

Review Peribadi : Nestle Greek Style Yogurt Caramel Banana & Raisin

Selalu dok makan yogurt biasa/perisa yang tak sampai RM 2 nilainya. Kali ini, saja plak nak mencuba sesuatu yang "agak mahal" untuk ditelan dan lebih kepada nak review.




Harga RM 3+


Dengan berani memilih perisa Pisang Karamel & Kismis untuk dicuba. Buat yang tak suka benda pelik, jangan beli perisa ini okay. Kalau Yui takpe, Yui boleh je telan. Hahaha.


Untuk dari segi rasa,
Macam tak berapa kena. Mungkin sebab ada pisang tu kot.


Tapi macam Yui pernah habaq, bila dah cuba baru kita tahu macam mana. Sesuai atau tak dengan selera tekak kita.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^