tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, February 19, 2018

Merasa juga Koko Krunch Bar

Terpengaruh tengok banner iklan di Speedmart. Hampanya berkali tanya, katanya habis. Rosak mood! Adalah satu hari tu ke Mydin, eh eh ehhh terjumpa plak. Tapi tak jual satu, jual satu kotak terus dengan harga belasan ringgit. Nak taknak, beli jugalah sebab teringin nak rasa. Haha.



Ada 6 pcs = RM 14.++


Teruja sangat nak cuba, bila rasa "Oh camni jeee". Hahaha, aduh. Rasa dia macam tambah madu dan susu je gitu. Takdelah terlalu manis. 





Apa pun PUAS HATI sebab dapat merasa sendiri. Korang pun kalau nak cuba sesuatu, kena cuba sendiri jangan cepat sangat terpengaruh dengan orang atau iklan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 13, 2018

Suzy Honey Herbs Produk 100% Bahan Semulajadi Sebagai Rawatan Herba Terkini

Kalau sebut tentang bahan semulajadi dah tentu yang terlintas di fikiran kita adalah hasil dari tumbuhan-tumbuhan semulajadi, kadang ada yang sukar untuk dijumpai, perlu bersusah payah redah hutan untuk dapatkannya. Yang paling menarik, bahan semulajadi pastinya buat kita rasa tenang dan selesa.


Alhamdulillah, Yui menerima satu set penjagaan rambut dan juga sabun sireh untuk digunakan dan dikongsi bersama korang. Haruslah Yui kena pakai dulu supaya dapat merasai pengalaman peribadi dan bercerita pada orang ramai.





Jom kita mulakan berkongsi dengan produk pertama iaitu  SET SYAMPU & PERAPI BUNGA KAMPUNG  250ML (RM 77)






Set ini mengandungi minyak kelapa dara, rosehip oil dan peppermint oil, kaffirlime juga rosemary eseential oil.


Mula-mula Yui buka, ALLAH wanginya bau. Bila Yui apply syampu, gosok sapu manja rambut dan biar sekejap. Yui dapat rasakan seperti berangin ( peppermint oil ) je kepala ini. Uihhh, tenang tau layan rambut macam ni. Bilas rambut dan guna conditioner pula. Biarkan dalam 5 minit. Guna conditioner jangan sampai akar rambut tau. Conditioner ada bau yang buat diri rasa nyaman sangat.


Bila dah bilas bersih,
Korang akan dapat rasakan rambut lebih lembut dan wangi sangat. Jom Yui kongsikan apa kelebihan Set Bunga Kampung.


1) Beri rawatan untuk rambut yang gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru
2) Jadikan rambut kelihatan lebih "volume" dan bersinar
3) Sesuai untuk rawatan rambut yang nipis dan yang berkelemumur/kulit kepala gatal
4) Sesuai untuk wanita bertudung dan mengelakkan berbau hapak
5) Beri keharuman bauan aroma yang sangat menyegarkan rambut dan kulit kepala



Kita cerita pula tentang SABUN SIREH (RM 18)

Sebut pasal sireh, dah terbayang dan terbau bauannya yang semerbak sehebat khasiatnya. Nak tahu apa khasiatnya? Hanya dengan RM 18, banyak manfaat boleh didapati. Yang penting 100% homemade dan dari daun sireh asli





Khasiat & Kelebihan Sabun Sireh
1) Menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita
2) Menegangkan otot vagina
3) Merawat keputihan
4) Merawat masalah jerawat badan
5) Menegang dan melicinkan kulit badan
6) Bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman
7) Menghilangkan gatal-gatal kulit


Yui nak bagi tips penjimatan. Sebelum guna, korang potong kecil sabun tersebut. Dah habis, barulah ambil bahagian lain. Kan jimat banyak. Boleh juga share dengan orang lain.




Macam mana?
Bestkan produk keluaran Suzy Honey Herbs. Membantu orang ramai dengan cara mudah. Oh ya, Yui nak bagitahu juga, kalau ada di antara korang yang berminat nak sertai menjadi Agen/Dropship, amat dialukan. Terus contact untuk info lanjut. Produk hebat pastinya mendapat permintaan. InshaaALLAH.



Untuk info lebih lanjut :

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 08, 2018

Terjebak dengan Inner Hantu yang semakin viral

Kalau ada yang follow Yui di FB, dah tentu nampak Yui tak pernah miss update kat sana. Hanya blog dianaktirikan. Kihkih.


Sebenarnya,
Sebelum decide nak jual Inner Hantu, Yui sendiri memang pengguna. Koleksi sendiri pun hampir 10 helai dengan warna yang berbeza. Pergh, setiap hari bertukar warna. Kan rasa diri comel. Hahaha.





Disebabkan kelmarin Yui mimpi pasal Inner Hantu ini, Yui rasa macam petanda suruh jual juga. Semalam juga cari Agen dan semalam juga deal dan ambil stok. Haaa, ambil puas hati dapat tengok pelbagai warna depan mata.


Korang dah pakai?
Kena cuba okay sebab sekali beli pasti nak repeat lagi. Silalah kumpul order ramai-ramai untuk penjimatan kos postage. Wahhhh gitu.


Sehelai RM 10 jee, takkan kata mahal lagi kan. Keselesaan bukan pada harga tapi kepuasan yang akan korang alami sendiri. PASTI!


Nak beli sila cari Yui ya. Yui berniaga sebab nak support anak-anak bulus sama =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^