tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label imbasan. Show all posts
Showing posts with label imbasan. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Lesen kereta tidak digunapakai?

Mak abah aku jenis bila cukup umur, yang mana boleh ambil lesen kena cepat-cepat ambil. Kita tak tahu kos untuk masa akan datang dan ditambahkan lebih senang dah ada dari tergesa-gesa nak dapatkan. Ewah mukadimah kemain!


Aku belajar bawa motor dari sepupu. Cukup saja umur 17 ( rasanya time dulu 16 tahun dah boleh ambil, lupa! ) aku terus ambil lesen. Habis belajar PUO, ketika itu aku baru saja lepas operation kaki, aku ambil pula lesen kereta.


Kekdah sekarang nak kabor, lesen motor & lesen kereta disekalikan tapi aku "aktif" bawa motor sahaja. Kereta? Itu kereta bapak aku, jadi aku jarang drive dan aku "gugup" sikit nak bawa. Kenapa gugup? Jarang bawa jadi macam inilah. Confident level rendah. Hati nak bawa tapi nak orang yang mahir ada sebelah. Baru jalan. Kalau seorang? Takpayah pun takpe. Ekekeke.


Aku pun takde beli kereta sendiri jadi aku tak hairan sangat. Kiranya lesen kereta aku gunapakai bila terdesak. Mungkin satu hari nanti berguna tapi buat masa sekarang, letak ke tepi.


Lesen aku dah FULL tapi sayangnya jarang digunapakai =)


Aku boleh bawa kereta manual & auto. InshaaALLAH dengan keyakinan yang tinggi. Mehmehmeh.


Sekarang harga nak ambil lesen dah naikkan? Untung juga aku dulu ambil awal-awal. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^