tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Wednesday, March 09, 2016

Bukan semua mampu dikongsi

Kadang, ada benda kita mampu kongsi pada umum
Dengan niat untuk dijadikan panduan dan pedoman
Agar ada yang tidak "tersilap langkah"


Kadang, kita hanya mampu pendam dan laksanakan secara senyap-senyap
Bukan niat taknak berkongsi
Tapi lebih kepada menjaga "aib" agar tidak disalah erti


======================================


Masalah keluarga?
Ya, aku sedang alami. Dan aku sedang lalui dan aku masih berfikir untuk tangani walaupun bukan aku insan yang mengalami tapi tempiasnya tetap dapat dirasai.


Kalau korang nampak status aku masih seperti huhahuha, itu salah satu "ubat" aku untuk diri sendiri. Cuba ketepikan kesedihan hati.


Ya, aku insan yang mampu pendam perasaan sendiri!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 01, 2014

Luahan hati melalui penulisan

Kenapa anda wujudkan blog?
Atas dasar apa?
Tujuan utama?


Kalau tanya aku soalan macam itu, blog ini aku tubuhkan lebih kepada nak jadikan diari online. Walau tak menyeluruh cerita yang ingin disampaikan, tapi mana yang penting & perlu dititikberatkan aku sampaikan di blog.


Kadang blog juga dijadikan bicara untuk pendapat/perkongsian. Bercerita mengenai isu semasa yang berlaku. Mencari pendapatan sampingan & berkongsi rezeki.


DULU
Blog aku penuh dengan kisah artis termasuk berita yang ada di dada akhbar.


KINI
Blog aku lebih kepada cerita peribadi, pendapat sendiri, luahan perasaan hati sendiri. 


Banyak perubahan aku rasakan. Aku sangat berbesar hati untuk katakan aku "menulis" melalui luahan hati. Menyampaikan apa yang tersembunyi. Kerana dengan menulis aku lebih selesa dari bersuara. 


Banyak aku pendam tapi alhamdulillah kawalan diri masih ada. Syabas nurul!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^