tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 23, 2016

Pendapat Peribadi : Pati Delima Gulsan

Korang biasa tengok botol macam gambar ni? Selalu orang sebut gulsan. Kalau aku, produk ni top jugalah walau tak selalu nampak jual dalam online. Pergi je toko jamu, inshaaALLAH ada jual.


Buah Delima / Pati Delima
Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). 


Antara khasiatnya adalah :-


1.MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.


2.DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


3.MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


4.MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.


5.MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


6.MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".


7.MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


8.MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.


9.DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.


10.MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


11.MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


12.MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.


13.MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


14.MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.


15.DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL

·         Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'


·         Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )


·         Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)


·         Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik


·         Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur


16. MELINDUNGI OTAK BAYI

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.



PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-

·     Menegangkan payudara
·    Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
·         Mencerahkan kulit
·         Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
·         Membuang lemak berlebihan terutama di perut
·         Merapat dan mencegah kanser rahim
·         Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
·         Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
·         Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
·     Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
·         Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
·         Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
·         Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Sumber : Haanah Sytieh



Harga : RM 15/250 ml


Aku tak pernah amalkan sebelum ini, saja beli sebotol. Makan sebelum tidur, esok pagi cepat benar aku rasa kelaparan. Maybe aku tak berapa sesuai atau mungkin sebab kali pertama nak amalkan. Bukan apa, ada kawan kepada kawan aku bagitahu, dia amalkan dan selera makan dia bertambah. Heeee.


Rasa?
Masam-masam. Memang aku suka rasa sebegin. Kalau bancuh dengan air pun masih rasa sedap.


Takpe, kalau aku tak guna. memang bagi family je sebab deme biasa makan.


Korang amalkan pati delima?
Eloklah beli jenis ni, murah pun murah. Harga RM 12-RM 15.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Mrs Velentine said...

banyak khasiat...murah pulak tu

diaripink said...

pernah cuba jugak.. masa tu amalkan sekali dgn buah zuriat.. tp sama mcm Yui, tak brape nk tahan, cepat lapar.. lpas tu senang pedih perut...tp ramai yg rasi dengan jus ni.. cuma Eda maybe sbb sblm ni ada gastrik..jd tak berapa nk sesuai.

Invisible Me said...

Banyak manfaatnya ;)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Bagus nya. Banyak khasiat... harga pun murah. Tak pernah try delima. insyaallah next time. sbb aina tgh consume olive oil & habbatus sauda. =)

nadialadzim said...

saya amal kan masa mengandung dulu. pastu bila dah habis, asek lupa je nak beli..masa kat rumah dah ingat dah nak beli, bila sampai mydin, ehhh...tak ingat pulak..hihi...saya bancuh dengan air tambah gula sikit..sbb masam dia saya tak tahan.. :P

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah kak PC ada juga amalkan...tapi yang cepat rasa lapar tu akak pun rasa perkara yang sama...hihi.

eima said...

mmg murah selalu nampak kat kedai runcit dkt rumah .... ingatkan ape...pes delima utk buat air

AnneRaini said...

haritu akak ada beli tp jadi tragedi pulak. masa nak letak brg2 kt lantai, terlepas plastik brg yg ada gulsan ni. so pecahlah botol die..huhuhu. dpt selamat sikit je. jadilah..

Dunia Zumal said...

Yui, ada lagi satu jenis namanya Doganay, dari Turki juga tapi kandungan gulanya lebih rendah... Nanti boleh pergi survey...

Unknown said...

jijah suka minum pati delima masa pregnant! banyak khasiat

Azhafizah MN said...

Murah juga ni..boleh beli ni