tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label jualan amal untuk kucing. Show all posts
Showing posts with label jualan amal untuk kucing. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Bila ada kucing dibuang lagi di rumah

Maaflah sebab siapa yang friend dengan Yui di FB pasti nampak Yui bertungkus lumus buat jualan terdesak sebab nak cari #danauntukmeow.


Kisahnya sebegini,
Minggu lepas mak bagitahu Yui ada kucing yang tiba-tiba masuk dalam pagar rumah. Umur rasanya lebih 5 bulan. Kucing tu manja sangat. Nak dibelai. Bila diperhatikan, rupanya dia ada masalah cirit birit tanpa dia sedar. Kadang sedang kita pegang dia pun boleh terkeluar tahinya. Mungkin sebab itu "tuan mangkuk" dia buang dia di rumah mak abah Yui di SS.


Yui bukan apa,
Kucing tu kucing dibuang tambah pula dia betina. Risiko dia akan bunting sangat tinggi. Yui dah fikir, kalau sampai hari Ahad dia masih di dalam pagar rumah, memang kena mandulkan dia & ubati dia untuk masalah cirit.


Maka,
Sabtu dan Ahad Yui pakat upload jualan peribadi Yui termasuk subang emas 916. Dan hasil jualan memang Yui salurkan untuk kegunaan anak-anak bulus. Sayangnya hanya 1 saja terjual untuk amaun bernilai RM 25 walhal Yui memerlukan sekurangnya RM 160. Untuk mandulkan kucing jalanan itu dan seekor lagi kucing Yui, Dedek.


Ada individu-individu yang menderma RM 40. Maka terkumpul RM 65. Tiba-tiba ada seseoarang yang Yui kenali ( dia pelanggan Yui ), tanya pasal kucing dan tanya berapa yang terkumpul. Yui bercerita padanya. ALLAH, tak sangka dia topup lagi sampai RM 100 untuk cukupkan walhal dia juga jaga banyak kucing.


Bukan mudah nak jumpa individu macam ini kan?
Yui hargai kepercayaan mereka terhadap Yui dan mereka ikhlas untuk anak-anak bulus.


Alhamdulillah.
Ada juga individu di kalangan blogger yang pernah tolong Yui untuk anak-anak bulus. Terima kasih korang, terima kasih tak terhingga.


Kadangkala Yui ada masalah-masalah tertentu. Contohnya masalah kewangan, masalah perlukan cuti untuk bawa mereka ke Veterinar. Alhamdulillah, hari ini kawan Yui akan tolong bawakan. Nasib dia perasan post Yui.


Doakan ya.


Kucing itu datang pada hari kelahiran Yui 18/10/2016. Mungkin ada hikmah semua ini.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, April 30, 2016

Jualan Dana Untuk Meow

Tak pernah aku berhenti berusaha untuk anak-anak bulus di rumah mahupun jalanan. InshaaALLAH aku cuba yang terdaya & terbaik untuk mereka.


MISI UNTUK MAC & APRIL 2016
Mengumpul sekurangnya RM 400 - RM 500 
bagi menampung kos untuk proses pemandulan kucing di rumah. 
Lebih kurang 7 ekor betina & 3 ekor jantan. 


Kos seekor kucing betina RM 80
RM 80 x 7 = RM 560

Kos seekor kucing jantan RM 40
RM 40 x 3 = RM 120


========================

Jumlah berjaya dikumpul hasil jualan setakat ini :

UPDATE 4/4/2016 : RM 200


Proses pemandulan akan dilakukan di Veterinar kerajaan Sg Siput ( U)


Kalau dapat buat separuh dahulu pun takpe, itupun jika jualan dapat berjalan lancar. Bukan mudah untuk berniaga, ALLAH uji pasti ada sebabnya.


Kalau ada yang berminat nak beli, boleh tengok album-album yang ada. Sambil anda membeli, sambil anda menderma. Terima kasih kepada yang sudi war-warkan projek aku ini.


Oh ya, jualan ini merupakan jualan untuk menampung perbelanjaan yang ada selain menggunakan duit sendiri.





Akan statik , entry baru scroll bawah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 31, 2015

Misi menjual khas #danauntukmeow

Aku akan teruskan lagi misi jualan khas #danauntukmeow.


Sebab apa?
Sebab aku memerlukannya. Bila perlu, aku akan cari inisiatif/usaha untuk kumpul duit dengan harapan secepatnya.


Caranya?
Aku akan jual apa yang perlu terutama barang peribadi aku tak kisah new/prelove. 


Jadi, mohon pada yang sudi sebarkan, sebarkan.
Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa kalian.
Boleh tengok album di FB aku.


#danauntukmeow hasil jualan akan ku gunakan untuk kos pembedahan, keperluan & bantuan kepada kucing terbiar di luar sana.


Ada juga barang lama yang masih belum terjual.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

ENTRY STATIK BUAT SEMENTARA WAKTU





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 10, 2015

Cara mudah nak lukis kucing

Haaa, suka melukis? Tapi takde kemahiran asas. Takpe, kita cuba cara "asas" ini pula. Mana tau, hasilnya superb!



Heeee, amacam? Sanggup nak melukis kucing dengan cara ini? Kihkihkih.


Gurauan semata ya.

Apa itu jualan #danauntukmeow

Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 09, 2015

Rakan blogger yang sudi war-warkan #danauntukmeow

Kalau dah biasa singgah blog atau follow FB aku, pastinya korang akan perasan aku ada tubuhkan jualan dana untuk meow.


Entry kali ini khas buat mereka yang sudi tulis entry mengenai jualan/war-warkan perihal kucing. Terima kasih sangat-sangat, sangat daku hargai!


Jom terjah mereka.


1) http://mrsyatie.blogspot.my/2015/11/jualan-dana-untuk-meow.html

2) http://anakdenesor.blogspot.my/2015/11/misi-menjual-khas-danauntukmeow.html

3) http://www.nurfuzie.com/2015/11/blogger-ini-pencinta-kucing.html


Kalau ada yang daku terlepas pandang, maklumkan lah ya. Jualan masih diteruskan macam biasa. Dana sentiasa dicari untuk anak-anak bulus. Moga dipermudahkan. InshaaALLAH.



Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 12, 2015

Jualan khas #danauntukmeow : Prelove Blouse & Dress by Poplook

Aku akan cuba up satu persatu jualan kumpul duit khas #danauntukmeow




Dari kiri 

Abie saiz L : RM 46
Suraya saiz L dark purple : RM 46 [SOLD]
Suraya saiz L : RM 46
Blouse saiz L : RM 25

Harga termasuk poslaju SM

Dress dah alter dah sesuai untuk tinggi 159 cm ke bawah




Penny saiz S : RM 36 [SOLD]

Tak pernah alter
Harga termasuk poslaju SM


Condition tiptop
Boleh PM di FB : Nurul Yui
SMS : 019 233 1810


Tak beli takpe, tolong share pun dah sangat memadai. Mengharap sangat dapat terjual dengan segera. Aamiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 10, 2015

CICIT-CICIT YUI

Cicit? Kemain kelass belum nikah udah ada cicit. Taklahh! Ini bukan cicit manusia tapi cicit "keluarga" aku sendiri. Geram tengok time baby ini.



Ini anak Kiut ( pernah hilang/dibuang oleh manusia tak bertanggungjawab & pulang selepas seminggu ). Mengenangkan kisah Kiut, buat aku rasa sedih, Tak tahulah apa puncanya sampai ada yang mungkin dengki walhal kucing-kucing aku bukan dibiarkan bebas berkeliaran,


Berbalik pada cicit aku ini.
Kata mak, dia beranak 3 ekor tapi seekor hayatnya tak panjang. Jadi tinggallah sepasang.


Secara rasmi telah ku namakan mereka.
Che' Ta & Zen.
Mak aku pun setuju dengan nama itu. Hahahaha!


Moga cicit-cicit aku ini membesar dengan sihat. InshaaALLAH akan aku mandulkan Kiut untuk kebajikan bersama.


Onyang Yui sayang semua =)


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 27, 2015

Keadaan terkini Kika



Melihat secara mata kasar, nampak Kika seekor kucing yang sihat. Hakikatnya dia telah disahkan menghidap kanser payu dara.


Perkembangan terkini Kika :

1) Lubang yang terbuka masih sama
2) Mula nampak sedikit cecair keluar dari lubang itu
3) Hanya mahu makan wetfood atau makanan lembut
4) Masih menjawab apabila dipanggil




Ini keadaan putingnya. Warna gelap itu adalah disebabkan semburan ubat yang akan kami lakukan hari-hari untuk mengelakkan ulat.


InshaaALLAH Khamis depan akan buat pembedahan. Walau ku tak pasti berapa % risikonya. Apa pun, usaha itu yang lebih penting. Yang lain terserah pada kekuasaan ALLAH.


Kenapa Khamis?
Sebab aku kena hadiri seminar di KL dari Isnin - Rabu
Hari Khamis aku sudah apply AL


Doakan semua dipermudahkan.


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perkembangan terkini jualan amal untuk kucing

Sedia maklum dalam [entry], kucing aku Kika disahkan menghidap kanser payudara. InshaaALLAH tiada apa-apa minggu depan akan operation.


Apa yang menjadi kegusaran hati adalah mengenai kos pembedahan. Aku tak tanya anggaran RM yang akan dikenakan. Yang ada dalam kepala aku, nak tengok Kika sihat. Kesian tengok lubang yang membesar ada pada putingnya [gambar].


Memandangkan aku adalah insan bertaraf sederhana, kemampuan aku ada batasnya. Jadi. aku buat album jualan khas barang personal aku untuk dijual sebagai TAMPUNGAN KOS PEMBEDAHAN. Hasil 100% untuk Kika dan andai ada lebihan, digunakan kepada anak bulu yang lain.


Yang menjadi masalah,
Jualan amal itu tidak mendapat sambutan. Mungkin aku tak pandai nak war-warkan atau item yang dijual tidak mendapat tempat di hati.




Apakan daya,
Takpe, sekurangnya aku dah berusaha. Mungkin sekarang ia hambar, inshaaALLAH satu hari nanti. Yang penting tak berhenti usahakan?


Hakikatnya urgent nak kumpul RM buat anak bulu.
Doakan aku.


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan.


Anggaplah ini entry luahan hatiku, insan kerdil.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^