tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label nestle. Show all posts
Showing posts with label nestle. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Merasa juga Koko Krunch Bar

Terpengaruh tengok banner iklan di Speedmart. Hampanya berkali tanya, katanya habis. Rosak mood! Adalah satu hari tu ke Mydin, eh eh ehhh terjumpa plak. Tapi tak jual satu, jual satu kotak terus dengan harga belasan ringgit. Nak taknak, beli jugalah sebab teringin nak rasa. Haha.



Ada 6 pcs = RM 14.++


Teruja sangat nak cuba, bila rasa "Oh camni jeee". Hahaha, aduh. Rasa dia macam tambah madu dan susu je gitu. Takdelah terlalu manis. 





Apa pun PUAS HATI sebab dapat merasa sendiri. Korang pun kalau nak cuba sesuatu, kena cuba sendiri jangan cepat sangat terpengaruh dengan orang atau iklan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 26, 2017

Review Peribadi : Nestle Omega Plus

Sejujurnya, Yui dah lama tak buat full medical checkup untuk diri sendiri. Rasanya last buat sebelum masuk belajar . Haaaaa, berapa tahun punya cerita kan?


Lepas tu dengan keadaan kaki Yui pernah operation, dulu memang diaorang suggest suruh minum susu tapi Yui plak jarang ambil. Ni haaa, saja gedik nak minum susu Omega. Walau katanya untuk kurangkan kolestrol. tak salah kalau saja ambil.



Beli di Petronas RM 1.7+ sekotak


Pertama kali cuba jenama ini sebab biasanya minum Anlene. Sedap juga rasa Nestle Omega Plus tambahan bila minum sejuk. Dicadangkan ambil sehari 2 kotak.


Oh ya, Yui beli 6 kotak di Tesco RM 12.50. Rugi kan? Baik beli di Petronas. Hahaha.


Korang suka minum susu?
Susu apa biasanya korang telan? 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 01, 2017

Review Peribadi : Nestle Greek Style Yogurt Caramel Banana & Raisin

Selalu dok makan yogurt biasa/perisa yang tak sampai RM 2 nilainya. Kali ini, saja plak nak mencuba sesuatu yang "agak mahal" untuk ditelan dan lebih kepada nak review.




Harga RM 3+


Dengan berani memilih perisa Pisang Karamel & Kismis untuk dicuba. Buat yang tak suka benda pelik, jangan beli perisa ini okay. Kalau Yui takpe, Yui boleh je telan. Hahaha.


Untuk dari segi rasa,
Macam tak berapa kena. Mungkin sebab ada pisang tu kot.


Tapi macam Yui pernah habaq, bila dah cuba baru kita tahu macam mana. Sesuai atau tak dengan selera tekak kita.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 31, 2017

Review Peribadi : Nestle Bliss Edisi Terhad Perisa Kurma Gula Melaka

Benda baru ni rasa teruja juga nak cuba. Kali ini Yui pilih bliss perisa kurma gula melaka. Yui perasan ada satu lagi iaitu ros bandung. Sebab puasa, kurma didahulukan. Ececeh.




Untuk tekak Yui,
Bolehlah. Lebih terasa gula melaka. Tak terlalu manis, sesuai dengan tekak yui yang sekarang tak berapa suka kepada benda terlebih manis.


Harga 1 botol kalau tak silap RM 5+.


Untuk mencuba tak salah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 16, 2017

Nestle Bliss Plus perisa Epal, Buah Prun & Ubi Merah

Kalau Bliss biasa kita dah selalu merasa kan, yang ni Yui beli di Mydin. Saja beli untuk mencuba memandangkan harganya hampir RM 5 untuk sebotol. Tak rajin nak beli kerap, hehehe.




Yui ambil perisa epal, buah prun & ubi merah. Bagi Yui rasanya lebih kepada prun. Mungkin rasa lain tenggelam sikit. Kalau bliss biasa, rasanya lebih kepada yogurt & terasa pekat. Kalau yang ini, macam ala kadar di tekak yui.


Ada beberapa perisa lagi. Kalau rajin Yui akan beli.


Untuk tekak Yui,
Yui suka rasa macam ni sebab tak berapa likat.


Korang dah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 22, 2016

Review Peribadi : Aiskrim Caramelized Macchiato Surprise Nestle

Fuhhhh nama kemain belit sebut
Kuang kuang kuang
Saja test perisa ini
Sebab ada KOPI
lain dari yang lain




Bagi aku
8/10
Sedang sedang je dengan tekak
Lagi suka yang ada badam
Heaven sangat!


Korang pernah cuba?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 13, 2016

Review peribadi : Kit Kat Chunky Cookies & Cream

Aku sekarang jarang sangat nak makan manis manisan ini. Entahlah, sejak terjebak Diet Atkins, aku boleh control benda-benda manis. Contohnya coklat, gula, air manis, kek. Pelik bin ajaib aku berjaya atasi!!


Okay berbalik pada tajuk.
Waktu shopping barang rumah dengan family, mata ni kenan benar tengok Kit Kat plastik biru ni. Macam menyuruh tangan ini capainya & bawa dia pergi dari rak. Waaaah, metafora sungguh!




Bagi aku secara peribadi, bolehlah. Tak semanis Milo Nugget. Jenis Kit Kat ni, boleh ku katakan sedang sedang sedap. Aku lagi suka yang original ala yang ada dalam aiskrim juga tu.


Harga dalam RM 2.50. Nak ulang beli selalu idaklah, sekali sekala takpe.


Lepas ini nak rasa Hersye Cookies. Haritu cari takde stok. Sedap gamaknya sebab stok itu je takde. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^