tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label sikap. Show all posts
Showing posts with label sikap. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Bermasalah dengan manusia

Wahh, lama tak bersiaran tiba-tiba update tajuk macam ni kan. Hahaha. Yup. Yui tengah alami sekarang dengan akak rumah. Bermasalah dengan 2 orang budak baru. Eh bukan budaklah kalau umur dah 25 dan 27. Tahap mak.


Satu je masalah,
PEMALAS UNTUK BERSIHKAN RUMAH. Ewahh, kau ingat bayar sewa tu semata duduk keluar masuk ye? Nak cuci seminggu sekali pun malas.


Memang kenalah direct dan habis semua yang dipendam terkeluar itupun masih guna ayat yang baik. Takpe, sekarang Yui dan akak rumah masih sabar sebab nak tengok mereka keluar dari rumah. Itupun kalau reti malu lah.


Rumah kosong asalnya.
sekarang dah ada macam-macam. Kami bagi guna tapi dah perangai macam tu, siapa pun takkan tahan.


Ni dugaan sebelum Ramadhan dan kita tengok ENDING macam mana.


Kalau tunjuk bukti ayat deme cakap,
lagi sakan tahu macam mana perasaan kami yang hadapinya.


Potong mood
Hahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 03, 2016

Seronok menjadi "bahan"

Tak tahu nak mulakan macam mana.
Tak tahu nak sampaikan.
Yang aku pasti,


Diri ini dah menjadi "bahan"
Untuk orang lain perli, tertawa, simpati


Ikutkan hati syaitan
Lama dah aku balas kembali
Tapi aku masih ada akal
Masih mampu sabar
Masih mampu menahan air mata dari keluar


ALLAH,
Berat rasanya diri ini
Apakan daya
Aku doakan yang terbaik


Aku berharap ALLAH beri kekuatan pada diri ini
Untuk hadapi hari mendatang


Aku insan biasa yang lemah
Yang mengalirkan air mata saat diri rasa sangat tertunduk !!


Takpe, Yui kuat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 21, 2016

Semak Balik Solat Kita






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 18, 2016

Marah Anak Sulung




Sebagai anak sulung,
Yui akui itu diri Yui
Sebab itu tak suka marah
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 08, 2016

Tips dalam hubungan jarak jauh




Sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 19, 2015

Bila tiada entry untuk hari minggu

Aku rasa dah beberapa minggu masuk je Sabtu & Ahad, blog ini sepi tanpa sebarang entry. So sad!


Entry autopublish pun aku tak buat. Giler pemalas sungguh sekarang ini. Apalah hang punya peel Yui oi. Padahal bukan takde masa langsung. Ko faham tak kalau penyakit M dah datang??


Heeeee, takpe pelan-pelan kayuh.
Maaf naaa kepada yang singgah, kome nampak entry lama ajeee. Aku usahakan!


Eh, ini pun entry kan?
Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 08, 2015

WW 9 [2015] - Jenis kawan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 06, 2015

KENAPA PERKAHWINAN DAHULU LEBIH KEKAL?


Sama-sama menjaga hubungan yang ada sebaiknya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 20, 2014

Perempuan merempit tidak dibenarkan

Aku ni masih lagi "merempit" sejati. Motorsikal adalah salah satu harta dunia aku. Kereta? Belum lagi. Belum terasa nak beli sebab aku jarang drive. Mehmehmeh.


Ok berbalik pada tajuk di atas, siapa yang tak benarkan? 
Haruslah MAK aku sendiri.
Dia tahu anak perempuan dia kaki tunggang motor.


Jadi setiap kali soalan berbaur sebegini di tanya termasuk depan abah
"Kenapa orang tengok laki tu bawa LC laju je. Orang bawa setakat 120k/m pun rasa slow!"
Kata abah "Dia ada tambah blablabla. Dalam RM 300"
Kata mak "Hang tak payah nak laju-laju nurul. Tu tak cukup laju lagi ka.Bahaya!"


Ok, mak aku dah warning. Padahal memang itu realiti, bawa LC sekarang macam bawa Kriss 100 aku yang dulu. Sama je kelajuan. LC dulu juga yang best. Tak menyesal tukar tapi terkilan sikit. Huhu.


Korang nampak tak, mak aku tak bagi aku bawa laju-laju.
Kalau bawa dia, aku akan jadi penunggang yang sopan even kadang-kadang terlajak.
Aku kena dengar cakap dia sebab nasihat orang tua adalah sangat-sangat berguna!


Sampai adalah kawan lelaki tegur aku ketika berhenti di lampu isyarat
"Wei! Laju hang bawa motor!"
Aku rasa biasa je. 


Jadi, aku nak merempit adalah tidak dibenarkan! Merempit biasa sahaja sudah. Akulah perempuan itu.


Agaknya satu hari nanti aku akan upgrade tak LC aku tu? Mehmehmeh.
Tengok keadaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, August 17, 2014

Emosi

Kadang emosi kita sentiasa elok, stabil & harmoni tapi tiba-tiba diganggu hanya oleh sedikit perkara lain. Nampak macam tak reti nak kawal emosi tapi penyebab itu mampu merubah segalanya.


Lagi emosi bila kita sedang bergembira, ada perkara yang buat kita dukacita. Kadang kita tak tahu benda itu nak jadi, kadang benda itu sengaja diwujudkan.


Aduh!
Emosi sungguh
Tak terkawal
Tak tertahan


Emosi, biarlah emosi positif sahaja
Hindarkan emosi negatif
Nyah kau jauh-jauh!!


Emosi pula aku hari ahad ni
Huh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 05, 2013

ST 100 # - Pertolongan & ucapan terima kasih

Saat kita memerlukan pertolongan
Ada yang sudi bantu
Bila selesai
Adakah kita telah mengucapkan terima kasih kepadanya?
Atau 
sekadar menyelamatkan diri sendiri semata-mata walau atas bantuan orang lain?


Ucapan terima kasih tidak susah
Yang menjadi susah bila mulut itu sukar meluahkan 
Biasakan diri dengan mengucap terima kasih
InshaaALLAH kita minta tolong pasti ada yang laju membantu


Bantu membantu amalam mulia
Tapi jangan salahgunakan bantuan diberi
Apa pun ucapan terima kasih 
harus dihulurkan


Biasakan diri dengan mengucapkan perkataan itu
Peringatan untuk diri sendiri




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 05, 2013

ST 90# - Bila perasaan TIDAK SUKA hadir

Bila orang mungkin tak sukakan kita
Ada sahaja cara dia nak cari salah kita
Ada sahaja yang tidak kena dimatanya
Ada sahaja yang buat dia tidak tidur dengan lena


Nampak yang buruk sahaja
Walhal pernah ada kebaikan bersama
Pernah ada rasa suka dan duka


Ingatlah, saat kau menggali keburukan orang lain
Fikirkan juga kebaikan yang pernah dia lakukan
Kenangkan kembali, renungkan sedalamnya


- ini bukan luahan hati tapi sekadar memerhati -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 17, 2013

Kasih sayang suami dan isteri

Kes terkini penderaan dalam lif. Yang tendang bagai itu. Pasti ramai tahukan? Bila aku tengok video full rasa macam nak angkat kaki letak di muka si panas baran! Geram betul.




Tengok kucing-kucing aku ini. Berkasih sayang sahaja. Takde pula aku nampak angkat tangan letak di pipi. Ini manusia yang ada akal, tak payah nak guna kekerasan kalau betul pun ada salah silapnya. Molek-molek buat kerja.


* Aku benci orang yang panas baran tidak bertempat!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 27, 2013

Penat & letih

Penat bila berulang benda yang tak diinginkan
Letih bila berulang perkara yang masih sama


Allah, kuatkanlah diri ini
Agar terus sabar dengan apa yang jadi


InsyaALLAH
Pasti ada hikmahnya

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 15, 2013

Cara bersahur ketika berpuasa

Memandangkan sekarang mood berpuasa, maka haruslah banyak entry berkenaan puasa. Korang tak kisahkan? 


Macam mana cara korang bersahur? Takpe aku bagitahu cara aku dulu ya. Tapi sila jangan gelak bila dapat tahu cara aku dan kenapa aku bersahur macam itu.


1) Makan apa sahaja kecuali nasi dan pelbagai jenis mee
Kenapa aku tak boleh bersahur dengan nasi? Sebab nanti perut aku cepat berkeroncong. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya.


2) Minum dengan kuantiti yang sedikit
Ala kadar macam sekotak air pun sudah memadai. Kalau lebih nanti kerap pula pergi toilet. 


Jadi, sahur aku cara mudah. Paling ringkas makan kurma. Paling berat makan kentang goreng tak pun seketul kuih. Cukup sehingga berbuka.


Korang pula bersahur macam mana? Mak aku WAJIB ada nasi. Katanya takde nasi nanti dia tak boleh buat kerja. Hihi.


* Time bersahur sikit tapi time berbuka nauzubillah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 08, 2013

Ragam pelanggan dan layanan kita

Aku tak pasti nak kategorikan aku harus angin atau buat rileks. Serious selama ini aku cukup berlembut dengan mana-mana pelanggan kerana bagi aku pelanggan harus dilayan sebaiknya. 


Sebagai contoh aku dah tetapkan waktu pembayaran harus sebelum petang Jumaat, jadi haruslah pelanggan ikut waktu ditetapkan. Walau barang yang nak dipos hari Isnin. Bagi mereka Sabtu Ahad boleh lagi nak pergi bankin tapi bagi aku?


Time itulah aku nak packing, time itulah aku nak siapkan order, time itulah aku nak pergi kenduri, nak balik kg. Bukan semata-mata hari minggu nak ngadap packing semata. Belum masuk lagi peel pelanggan yang duk juga bayar Sabtu Ahad.


Padahal dah bagitahu if payment selepas Jumaat, aku pos hari Sabtu. Ada juga pelanggan bayar dan aku tetap packing. Berlembut punya pasal. Tapi hari ini, pagi-pagi pelanggan bayar. Mesej aku. Aku cakap pos Sabtu terus dia mesej seperti mengeluh katanya lambat.


Jawapan aku? Aku dah tetapkan waktu, dah siap mesej ingatkan semalam. Kenapa pagi ini baru buat. Barang yang nak dipos bukan aku yang lakukan tapi abah aku. Bersyukur abah aku nak tolong. Mesej aku masih bernada lembut.


Sekarang pelanggan itu diam. Pandai-pandaila. Aku boleh return balik duit kalau tak sanggup tunggu sebab aku tahu rezeki ada di mana-mana.


Kadang-kadang perkataan customer always right dah tak relevan lagi


* Maaflah bebel panjang di pagi Isnin =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, June 23, 2013

Bosan

Bosan bila lama menanti
Bosan bila lama bersabar
Bosan bila sudah lama tapi tak datang hasil


Bosan? 
Tahu tak apa yang sebabkan bosan
Sebab itu mungkin dari diri sendiri juga
Tidak pandai ubah dari bosan kepada ceria
Tidak pandai ubah dari duka kepada gembira


Nyah kau bosan!
Itu semua godaan syaitan!



 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 20, 2013

Jauhkan rasa keegoan itu

Keegoan yang tinggi yang ada pada manusia takkan berkurang jika diri sendiri tidak berusaha untuk hindarkan.


Bila akal menguasai diri, emosi mengganggu pemikiran, maka serba serbi jadi tidak kena. Bahkan keegoan yang semakin tinggi membuatkan syaitan semakin gembira bergelak sakan. Manusia mudah leka.


Ya ALLAH, hindarkanlah perasaan itu jauh dari diri ini. Jauh dari sifat yang pastinya mendatangkan keburukan.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 13, 2013

Bersikap tenang dan sabar

Aku sangat respect pada insan yang mampu bersikap tenang walhal besar dugaan yang dihadapi. Boleh bersikap tenang walau badai melanda diri. Boleh bersikap tenang walau diri sendiri makan hati.


Jarang nak jumpa insan sebegini. Sifat sabar tebal dalam diri. Ya ALLAH, apa pun dugaan yang kau beri, kuatkanlah diri ini. Moga tenang hadapi hari mendatang. InsyaALLAH.


Ya, aku seorang yang ceria. Ya, aku sedih tapi jarang ku ceritakan kerana aku masih mampu menyembunyikan perasaan itu dengan satu senyuman. Hanya kaburkan mata manusia tapi ALLAH mengetahui segalanya.


* Masalah peribadi tak boleh bercampur dengan hal lain. Be positif! Itu yang diamalkan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^