tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Bermasalah dengan manusia

Wahh, lama tak bersiaran tiba-tiba update tajuk macam ni kan. Hahaha. Yup. Yui tengah alami sekarang dengan akak rumah. Bermasalah dengan 2 orang budak baru. Eh bukan budaklah kalau umur dah 25 dan 27. Tahap mak.


Satu je masalah,
PEMALAS UNTUK BERSIHKAN RUMAH. Ewahh, kau ingat bayar sewa tu semata duduk keluar masuk ye? Nak cuci seminggu sekali pun malas.


Memang kenalah direct dan habis semua yang dipendam terkeluar itupun masih guna ayat yang baik. Takpe, sekarang Yui dan akak rumah masih sabar sebab nak tengok mereka keluar dari rumah. Itupun kalau reti malu lah.


Rumah kosong asalnya.
sekarang dah ada macam-macam. Kami bagi guna tapi dah perangai macam tu, siapa pun takkan tahan.


Ni dugaan sebelum Ramadhan dan kita tengok ENDING macam mana.


Kalau tunjuk bukti ayat deme cakap,
lagi sakan tahu macam mana perasaan kami yang hadapinya.


Potong mood
Hahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 08, 2017

Angpau dan kudapan dari tuan rumah

Walaupun CNY dah lepas, tapi aunty rumah ni tiap tahun tak pernah lupa nak bagi angpau dan kudapan. ALLAH, baik sungguh dia walau kita lain agama dan bangsa. Terbaik!!

.


Malam tadi dia datang rumah nak ambil duit sewa, terus dia bagi 1 beg plastik penuh dengan barangan seperti di atas. Ada limau, kerepek ngaku, kuih kapit dan angpau sorang satu. Heeeee, semoga makin murah rezeki aunty ni.


Tak kedekut langsung!
Mudah berurusan dengan tuan rumah macam ni. Alhamdulillah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Serbu Secret Recipe dengan rakan serumah

Kan Yui habaq semalam ada promosi di Secret Recipe beli 1 slice kek dapat 1 lagi secara percuma ( bawah harga belian ). Saja tunjuk kat group budak rumah, laju je memasing nak grab juga. Ekekeke.




Maka selepas balik kerja, balik rumah sewa then pergi sama-sama. Nasib baiklah tak ramai orang yang beratur. Sebab bos Yui habaq, kat Batu Gajah dah habis. Ehhh, boleh plak gitu kann.


Seorang 1 lah beli. Muka riang gembira sebab bakal melantak kek. Muahahaha.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 27, 2016

Rezeki tuan rumah bagi

Tuan rumah sewa Yui orang Cina. Tapi aunty itu memang sangat baik. Bila ambil duit sewa rumah, kerap juga bawa buah tangan. Contoh macam gambar bawah.




Ambil dari kebun. Kadang buah-buah lain pun dia bagi. Musim raya cina pun dia dok bagi kerepek bagai. ALLAH, mana nak jumpa tuan rumah macam itu? Lain agama dan bangsa dari kita tapi sangat baik.


Bagi buah ambra pakej bagi juga serbuk asam, banyak plak tu.


Terima kasih aunty.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 19, 2016

WW 18 [2016] - Kek Hari Lahir dari rakan-rakan serumah



Terima kasih akak-akak
Muahciked 
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 18, 2016

Yui & Mat Oyen



Ketat je muka Mat Oyen
Dik Seri cium pun masih tengok kamera
Hahahahaa


Kucing rumah sewa




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 31, 2016

Jeruk betik masam pedas




Rezeki tuan rumah kutip sewa. pastu dia bagi jeruk betik ni. Buat sendiri ni. Fuhhh, rezeki jangan ditolak. Hehehe.


Terima kasih tuan rumah yang sentiasa bermurah rezeki bagi macam-macam.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 19, 2016

Dapat angpau & kudapan sempena tahun baru cina

Aku menyewa di Station 18. Tuan rumah orang cina. Tapi yang kutip duit sewa adalah kakak kepada tuan rumah sebab dia je yang ada kat Ipoh. Yang lain ada di luar negara.




Tiap-tiap tahun tak pernah miss nak bagi kudapan macam ini bila tiba tahun baru cina. Kadang time ambil duit sewa, ada ja buah dari dusun dia. Kira suka memberi ni. Bukan senang nak dapat orang macam ini tambahan berlainan bangsa.


Angpau pun memang akan dia bagi kat setiap orang dalam rumah. Fuhhh, rezeki tu. Amaun tetap sama dari dulu sampai sekarang.


Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun aku menyewa situ. Masih setia di rumah itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^