tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label budak rumah. Show all posts
Showing posts with label budak rumah. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Bermasalah dengan manusia

Wahh, lama tak bersiaran tiba-tiba update tajuk macam ni kan. Hahaha. Yup. Yui tengah alami sekarang dengan akak rumah. Bermasalah dengan 2 orang budak baru. Eh bukan budaklah kalau umur dah 25 dan 27. Tahap mak.


Satu je masalah,
PEMALAS UNTUK BERSIHKAN RUMAH. Ewahh, kau ingat bayar sewa tu semata duduk keluar masuk ye? Nak cuci seminggu sekali pun malas.


Memang kenalah direct dan habis semua yang dipendam terkeluar itupun masih guna ayat yang baik. Takpe, sekarang Yui dan akak rumah masih sabar sebab nak tengok mereka keluar dari rumah. Itupun kalau reti malu lah.


Rumah kosong asalnya.
sekarang dah ada macam-macam. Kami bagi guna tapi dah perangai macam tu, siapa pun takkan tahan.


Ni dugaan sebelum Ramadhan dan kita tengok ENDING macam mana.


Kalau tunjuk bukti ayat deme cakap,
lagi sakan tahu macam mana perasaan kami yang hadapinya.


Potong mood
Hahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Serbu Secret Recipe dengan rakan serumah

Kan Yui habaq semalam ada promosi di Secret Recipe beli 1 slice kek dapat 1 lagi secara percuma ( bawah harga belian ). Saja tunjuk kat group budak rumah, laju je memasing nak grab juga. Ekekeke.




Maka selepas balik kerja, balik rumah sewa then pergi sama-sama. Nasib baiklah tak ramai orang yang beratur. Sebab bos Yui habaq, kat Batu Gajah dah habis. Ehhh, boleh plak gitu kann.


Seorang 1 lah beli. Muka riang gembira sebab bakal melantak kek. Muahahaha.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 19, 2016

WW 18 [2016] - Kek Hari Lahir dari rakan-rakan serumah



Terima kasih akak-akak
Muahciked 
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 19, 2016

Dapat angpau & kudapan sempena tahun baru cina

Aku menyewa di Station 18. Tuan rumah orang cina. Tapi yang kutip duit sewa adalah kakak kepada tuan rumah sebab dia je yang ada kat Ipoh. Yang lain ada di luar negara.




Tiap-tiap tahun tak pernah miss nak bagi kudapan macam ini bila tiba tahun baru cina. Kadang time ambil duit sewa, ada ja buah dari dusun dia. Kira suka memberi ni. Bukan senang nak dapat orang macam ini tambahan berlainan bangsa.


Angpau pun memang akan dia bagi kat setiap orang dalam rumah. Fuhhh, rezeki tu. Amaun tetap sama dari dulu sampai sekarang.


Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun aku menyewa situ. Masih setia di rumah itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 14, 2016

Makan Best : Steamboat & Grill di Rempah Warisan Station 18, Ipoh

Lagi edisi menternak lemak dengan budak-budak rumah. Kemainn sekarang nak mencuba kedai-kedai yang ada di area berdekatan kami. Dah dekat 5 tahun duduk, baru sekarang ada hati nak menjelajah!



Sumber : FB


Sumber : FB




Muka tak sabar nak ngap apa yang di grill
Hueeeeee!



Inilah dua orang kakak serumah


Konsep makan di sini, bayar satu harga, makanlah sampai kembong! Tapi takmau membazir ya. Amalan syaitan. 


Pastikan kalau datang sini, datang dengan perut kosong. Baru berbaloi!! Waktu aku pergi harga untuk dewasa RM 28/orang & RM 18/orang untuk kanak-kanak. Tapiii latest dia update harga 12/1/2016, harga dah turun. Wuuuuuu, banyak turun ok!


Rempah Warisan akan memperkenalkan harga baru bagi tahun 2016.
> Dewasa; RM19 (buffet)
> Kanak-kanak; RM8 (buffet)

Di buka jam 5ptg-12 tghmlm (10.30 last order)
Weekend hingga jam1pagi (11.30 last order)

*sebarang tambahan kuah tidak akan dikenakan charge


Macam-macam ada. Kambing, ayam, lembu, ketam, udang, pelbagai jenis seafood. Ada aiskrim juga [ tapi sayang time aku datang takde ]. Korang yang berdekatan, patut cuba. Boleh repeat lagi!



Sumber : FB



Sumber : FB

Selamat menjamu selera!



Lokasi
36 Medan Stesen 18/3 
Station 18
31650 Ipoh Perak

013-5252115


Berhampiran AEON Station 18, Ipoh


UPDATE : 18/1/2017
DAH TUTUP






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^