tentang
banner
tutor
fb
home

Sunday, January 06, 2013

Harga normal untuk produk Felinna Beauty

Promosi set Felinna Beauty dah tamat ya 31/12/2012. Maka bila dah tahun 2013, harga kembali kepada asal. Harga juga terdapat pada botol Inchloss dan kotak Vitamin C. Maka tidak patut ada harga kurang atau lebih dari itu ( melainkan belian yang banyak ).




Harga untuk setiap produk Felinna Beauty



1) Inchloss Lotion
RM 75 ( SM )
RM 80 ( S/S )



2) Vitamin C plus Pure collagen ( 30 kapsul )
RM 85 ( SM )
RM 90 ( S/S )



Hanya perlu tambah RM 6 ( S/M ) dan RM 8 ( S/S ) untuk kos poslaju. Sebarang pertanyaan boleh mesej aku terus seperti dalam gambar. Kepada yang dah beli dengan aku, good luck ya =__=


Ikut apa yang disarankan. InsyaALLAH akan ku update antara persoalan yang sering ditanya pelanggan. Nantikan ya.


♥ Pengalaman yui sendiri menggunakannya { entry }
♥ Keistimewaan Felinna Beauty Inchloss Lotion { entry }



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 05, 2013

BLOGWALKING : The End 2012 ..!!

Aku senaraikan secara random atau lebih kepada apa yang aku ingat ya. Nak ingat tiap-tiap bulan memang idakla.


Kenangan tahun 2012 untuk Nurul Farehah a.k.a Nurul Yui :

Jan, Mac, Jun, Ogos & Dis : Jumpa Apek a.k.a Shapit 
Mei : Dah beli tiket Air Asia, nak cuti-cuti InsyaALLAH April 2013
Julai : Buat pertama kali aku beli kucing iaitu Shinchan
Dis : Tukar moto. Jual Kriss dan ambil Yamaha LC warna hitam biru


Itu sajalah kot yang aku mahu kongsikan kepada kalian semua. Tak hebat mana kenangan untuk tahun 2012 ini. Kenangan sedih seperti kematian Kaka dan kucing-kucing lain taknaklah aku ingatkan lagi. Nanti nangis =(


Entry ini bertujuan sebagai tanda sokongan kepada antara kenalan terawal saat aku membina blog iaitu Cik Muda. Jom ramai-ramai kongsi pengalaman. Sambil tu boleh tambah kenalan. Klik {sini} untuk info lanjut ya.


# Ramai blogger yang dah ku kenal lama sejak berblog walau sedihnya belum ku jumpa. Minggu ini takde sesi tanya. Minggu depan lah ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 04, 2013

JJCM versi Yui : {3} Pancake House Ipoh

Ini kali ketiga aku dan rakan opis lunch di Pancake House di AEON Station 18, Ipoh. Kalau sebelum ini try set luch { entry }. Kali ini aku cuba menu lain pula. Still harga untuk lunch punya promotion. 




Lokasi : Pancake House International
AEON Statin 18
Nama menu : House Burger
Harga : RM 14 ++ 


Dagingnya memang tebal. Tak berapa nak liat, kira boleh ditelan. Saladnya walau nampak simple tapi sesedap rasa. Not bad la kata omputih. Kih kih.


# Harini tak tau nak makan tang mana. Rasanya dah habis jelajah dalam AEON tu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Siapa pergi Langkawi nak kirim beli Twix boleh?

Sebenarnya mula "mengidam" selepas housemate beli di Langkawi. Yerlah, sekali rasa aish menusuk kalbu tau. Lagi sedap dari yang biasa. Ada rasa macam biskut yang lembut pabila berada di mulut.




Jika ada yang boleh tolongku, bagitahu ya. Tak taulah pasal apa rasa macam nak sangat. Nak p sana, entah bila lagi. Lama tak p. Terima kasih kepada yang sudi membantu. Nak tahu harga takpun aku bagi je RM 50. Beli lah sebanyak mana yang boleh. Ok tak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^