tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cara masak. Show all posts
Showing posts with label cara masak. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Resepi Mudah : Shell Out Lebih Jimat

Ini antara menu buka puasa minggu lepas. Yui pertama kali sediakan Shell Out gaya orang bujang versi paling mudah untuk disediakan.


Setelah Yui google resepi, Yui ikut cara yang mudah dan ikut citarasa Yui. Bahan pun yang basic dan inshaALLAH sentiasa ada di dapur korang juga.


Bahan-bahan :

1) Kerang ( ikut suka kuantiti )
2) Udang ( ikut suka kuantiti )
3) Sotong ( ikut suka kuantiti )
4) Sos cili & sos tomato
5) Sos Tiram & kicap pekat
6) Cili Kisar ( beli yang dijual paket )
7) Sayur ( Brokoli, lobak )
8) Sedikit air
9) Bawang besar & bawang putih ( untuk tumis )
10) Serbuk lada ( jika nak lebih pedas )
11) Sedikit garam


Cara-cara :

Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebati. Taburkan garam, serbuk lada dan masukkan air, jangan banyak sebab sotong nanti akan keluarkan "air' sendiri.


Yui hanya rebus kerang sahaja terlebih dahulu ( buka cangkerang sebelah ) .


Dah nampak naik bau bahan tumisan tadi, baru masukkan kerang, sotong dan udang. Kemudian masukkan sayuran yang ada. Gaul sebati dan biarkan tumisan tadi meresap.


Siap!


Jujurnya,
memang sedap dan mudah. Jimat banyak tau. Bahan pun kita boleh letak ikut tekak masing-masing. Bahan basah Yui beli di pasar borong, jimat sesangat dan berbaloi harganya.





Dapat letak ketam, lala pun syooookk oooo! Sorry sebab Yui olah resepi ikut gaya sendiri dan versi malas. Hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 24, 2017

Korean Food - Instant Paste Jjajangmyeon atau Mee Kacang Hitam

Yui memang suka tengok rancangan Korea terutama rancangan komedi atau mengenai masakan. Agak terpengaruh tengok menu Korea selepas kerap tonton Running Man. Nampak tak pengaruh tang mana? Menyelerakan tengok cara mereka makan.


Kadang dah boleh ingat nama menu. Teringin pun ada tapi susah nak jumpa area Ipoh. Dok mengintai FB, ternampak post tentang pes segera makanan Korea. Wahh, bagai mengantuk disorongkan bantal, Yui terus buka page dan komen cari agen area Ipoh.





Agen Ipoh : 013-4367072


Semasa Yui beli, ada promosi percuma mee. Ya ALLAH, sedap tau. Kena sangat dengan tekak Yui. Nanti Yui kongsi cara masak okay. Walau first time cuba, rasa memang terbaik. Harus cuba juga versi kedai sebab nak bandingkan rasa.


Puas hati dapat rasa.
Selalu kat seoul garden/sushi king versi biasa aje menunya. Lepas ini nak cuba chicken wing korea. Wowwwww!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 04, 2016

Resepi Mudah : Paprik Campur

Jujurnya, aku memang tak pandai masak. Tapi bila ada ja menu mak yang aku rasa terlalu suka, aku gigih tanya mak macam mana caranya. Cehhh, rajin kan tanya ?? Hahahaha.


Biasa dah kan kalau makan kat luar, order nasi goreng paprik. Datang paprik kadang ada kuah, kadang langsung kering. Sedap juga telan sampai habis. Tengok bahan mudah sangat.


Jom kita belajar paprik campur yang sangat ringkas.


Bahan-bahan :

1) Lobak, bunga kubis, batang saderi, cendawan, ayam, 3 helai daun limau purut, 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
2) Sedikit sos cili & sos tomato
3) Sedikit air ( untuk bagi kuah ) & sedikit garam


Cara-cara :

1) Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam & sayur yang lain serta daun limau
2) Masukkan air & sos
3) Gaul sebati & tambah garam secukup rasa
4) Siap dan sedia untuk dihidangkan

* boleh campur bahan seperti udang,sotong & lain-lain mengikut citarasa masing-masing. Yang penting kena ada daun limau purut, itu penyedapnya !!




Menu orang bujang macam ini jela ya. Jangan pelik sebab aku pemalas orangnya. Lalalalala. Dah tahu cara, memang senang.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 26, 2016

Resepi Mudah : Jagung Rebus berlemak ( lagi sedap dari yang beli )

Wahh, tajuk kemain berani mati kabor lagi sedap dari yang beli. Eh, memang serius !! Korang tak percaya, harus try resepi mudah kali ini. Memang berlemak cukup rasa, tak payah nak tambah pak aji bagai ( tak elok ).

.
Bahan-bahan :

1) Jagung paket ( beli saja apa jenama sekalipun, yang ini jenama Tesco )
2) Sedikit buttercup ( pastikan jenama ini sebab memang berlemak )
3) Sedikit garam
4) Air untuk rebusan ( ada yang guna cara kukus )
5) Sedikit susu manis ( dalam 1-2 sudu )

Cara-cara :

1) Panaskan air
2) Basuh jagung dan terus masukkan dalam air
3) Rebus lebih kurang 15 minit atau hingga jagung lembut
4) Toskan air ( tinggal air sedikit je untuk hirup )
5) Masukkan buttercup ( untuk setengah bungkus jagung, letak lebih kurang 4 sudu buttercup )
6) Masukkan sedikit gram & susu pekat manis
7) Kacau sebati & siap !!




Korang rasa sendiri jagung tu. Bagi aku ini dah terbaik. Beli kat luar 1 cup hampir RM 3.50. Rasa pulak tak seberapa. Haaaa, buat sendiri. Kos pun tak sampai RM 5 dapat 1 periuk. Huahuahua.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Pes Char Kuey Teow yang terbaik di Ipoh [buat gerenti jadi]

Aku beli, aku buat & hasilnya taraaaaaaaaa.


Sedap sedap. Kalah kat kedai yang kadang hambar je rasa. Krik krik krik. Nasib baik aku jumpa pes char kuey teow ini, memang mudah nak masak!





Aku pernah beli pes di Mydin tapi tak sedap. Macam sos tiram aje. Buat masa ini tak boleh kalahkan pes di atas. Lain dari yang lain.


Botolnya nampak kecil tapi boleh buat lebih 10 pinggan juga!


Mudahnya sediakan char kuey teow. Semudah ABC.


Kalau ada nak, boleh roger che'. Harga che' dapat RM 10, che' jual RM 12 aje sebotol ( ambil kira kos-kos lain sama naaa). Harga tak masuk pos ya. Jadi sesiapa mencari, meh lekaih roger.


Sila SMS 019 233 1810.


Nak lagi sedap, ada tambahan bahan lain yang aku letak. Cara itu akan aku bagitahu pada yang membeli dariku. Hehehe.


Sedap repeat lagi! Gituuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 16, 2015

WW 19 [2015] - Cara masak telur rebus dalam periuk nasi



sumber : FB




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, May 30, 2015

PARAS AIR UNTUK MASAK NASI/PULUT



Cara yang sehingga kini kita guna
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^