tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label susu. Show all posts
Showing posts with label susu. Show all posts

Tuesday, August 08, 2017

Review Peribadi : Goodday Honey Flavoured Milk

Dah beberapa minggu rasanya perisa baru susu Goodday ni keluar. Ada perisa green tea & honey. Kedua-duanya Yui dah cuba.




Kita fokus perisa madu ya. Untuk tekak Yui, perisa ini macam rasa something but still boleh telan. Mungkin rasa madu tu buat tekak Yui rasa "pelik". Hahahaa. Pelik pun tetap habis ya sebab takmow membazir.


Untuk repeat,
mungkin fikir. Tapi kalau ada yang belanja yui terima seadanya. Kahkahkah. Tapi oklah wei. Rasa lain dari lain. Korang kena cuba sendiri. Mana tahu, jatuh cinta nanti.


Psssss :
Yui lama tak berblog. Ampun blog. Yui cuba dari sekarang untuk aktif seperti dulu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 26, 2017

Review Peribadi : Nestle Omega Plus

Sejujurnya, Yui dah lama tak buat full medical checkup untuk diri sendiri. Rasanya last buat sebelum masuk belajar . Haaaaa, berapa tahun punya cerita kan?


Lepas tu dengan keadaan kaki Yui pernah operation, dulu memang diaorang suggest suruh minum susu tapi Yui plak jarang ambil. Ni haaa, saja gedik nak minum susu Omega. Walau katanya untuk kurangkan kolestrol. tak salah kalau saja ambil.



Beli di Petronas RM 1.7+ sekotak


Pertama kali cuba jenama ini sebab biasanya minum Anlene. Sedap juga rasa Nestle Omega Plus tambahan bila minum sejuk. Dicadangkan ambil sehari 2 kotak.


Oh ya, Yui beli 6 kotak di Tesco RM 12.50. Rugi kan? Baik beli di Petronas. Hahaha.


Korang suka minum susu?
Susu apa biasanya korang telan? 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 28, 2016

Review Peribadi : Dutch Lady PureFarm Coconut Delight

Sana sini ada entry pasal perisa baru susu Dutch Lady iaitu Coconut Delight. Dan kebanyakan bagitahu ada jual di 7Eleven. Oklah, beli lah kat sana walau kotak kecil pun dah RM 2.30. Pejam mata dan bayar sebab nak rasa.




Pendapat peribadi Yui,
Sedaplah juga dan ada juga rasa kelapa tu. Ala-ala coconut shake tapi versi tak berapa pekat. Ekekekeke. Gituuu. Minum sejuk memang sedap tauuuu!


Lepas ini boleh beli yang kotak besar plak.


Korang kena cuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 10, 2016

Review Peribadi : Susu Kurma dari Farm Fresh

Ini cerita sebelum Ramadhan. Sana sini viral pasal susu kurma dari Farm Fresh. Gigih juga cari kat Tesco & Aeon, nan hado! Rupanya ada seller yang jual. Siap boleh cod.




Rasanya aku beli sebotol RM 7. Dah selamat rasa. Bolehlah.


Pendapat aku,
Rasa macam manis gula melaka dalam susu. Mungkin itu hasil bila kurma udah blend sehabisnya. Sebab sebelum ini biasa blend kurma tak hancur.


Secara kesimpulan.
Aku lagi suka susu original. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 08, 2015

Nutrigen Natural Taste Cultured Milk

Tiap kali p mall beli barang dapur dengan family, bila tengok part yoghurt, dadih & sewaktu, pasti aku nampak benda alah ni.


Kelebek botol, tengok berapa ml, tengok harga.
Dalam hati buat perbandingan dengan 5 botol kecil dalam 1 pack tu.
Fikir punya fikir ambil juga, nak rasa namanya. Kang teringat-ingat sape pula gigih nak beli kan??




Buka penutup, terus masuk mulut. Masuk sikit-sikit.
Tak lama, buka lagi.
Ehh, buka lagi.
Tak sampai 10 minit habis! Hahahaha.


Jadi itu maknanya?
Bolehlaaa beli lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^