tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, January 29, 2018

Banyak perubahan di tahun 2018

Alahai, dah nak hampir ke penghujung bulan Januari 2018. Cepat je rasa masa berlalukan? Atau Yui yang "tak sedar diri"? Hahaha.


Yup,
Banyak jugalah perubahan jadi. Antara perubahan besar ialah Yui secara rasmi dah jadi Mak Long. Heee, adik Yui dah selamat melahirkan baby girl pada 16/12/2017 yang lepas secara normal di Hospital Ipoh.


Takde gambar rasmi Yui paparkan sebab menghormati keluarga adik. Biar Ibu dan Baba nya rasmikan dulu gambar ke umum.


Adik bongsu Yui pula dah pindah ke rumah sewa bujang. Berdekatan dengan tempat kerja. Makin sunyilah mak Yui nanti. Dan takdelah dengar mak terjerit subuh kejut dia bangun. Hehehe. Tak pindah jauh, dalam 30 minit sampai, tapi hati ibu haruslah terkenang benda yang selalu dia hadap. Tak dinafikan, Yui pun sama.


Baru 2 perubahan Yui cerita?
Jadilah 2 ni dulu sebab keduanya berkaitan keluarga Yui. Family first.


Yui sendiri?
Belum ada perubahan apa-apa. Kihkihkih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

14 dak comei sayang YUI:

Warisan Petani said...

Tahniah dah jadi mak long.

Ann Ishak said...

semoga ada perubahan baik2 untuk yui tahun ni, amin :D

fiza linolie said...

Takpe Yui... Setiap org rezeki Allah bagi datang dlm bentuk pelbagai. Allah x zalim dgn hambanya... Yang ptg sentiasa bersyukur, In Shaa Allah... Pasti ada ganjarannya.

Hans said...

semoga tahun ini lebih berjaya dan bermakna :)

Gja said...

Tahniah yui dpt anak buah.

Pha Is said...

dah naik pangkat jadi mak-mak dah.. hahaha... tua dah.. hahaha

Eka Tikah said...

wahhh, tahniah utk adik akak. hihi. kite nak tunggu perubahan kak yui jugak ni. :P

Fatimah Nabila said...

hai mak long yui, timm tahun ni dah jadi maksu timm utk 13 org anak buah..hihi

Siti Yang Menaip said...

haaaai knock2.. iols datang visit ni..
Yui.. ada notice hosting kat title tu tutup separuh tak nampak Yui tulis apa..

Norlaili A Wahab said...

tahniah yui & family. akak ni ha dah ada cucu sedara lagi hehehe

anak denesor said...

yeayyyy cik yui kembali bersiaran...ai jenguk jenguk dlu xde update pon..sekali ade datang mai komen sukanyaa

Anonymous said...

Salam yui, akak suka baca blog yui, terutamanya pasal emas, yui kongsikan manfaat emas secara santai, harap ada lg, post pasal emas

Siti Yang Menaip said...

oookay image hosting da tak ada.. yeay yeay =D

Azhafizah Md Nor said...

Hai Mak Long Yui. a ah kan, cepat sungguh masa berlalu..skang dah nak hampir pertengahan bulan februari