tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 21, 2018

KEJUTAN ISTIMEWA BUAT TERSAYANG DENGAN FLOWER CHIMP

"Ucapkan dengan bunga!"

Uols kalau nak cipta dan wujudkan kenangan manis terutama dengan insan-insan tersayang, BUNGA adalah pilihan terbaik. Paling menarik bila anda boleh buat pesanan penghantaran dihujung jari sahaja. Itulah yang ditawarkan oleh FLOWER CHIMP. Menarik bukan?



Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM 89 serta menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih dari 80 daerah di dalam Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Maka tidak hairanlah Flower Chimp menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 petang.


"Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan 5 kali ganda berbanding tahun lepas" kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Flower Chimp juga berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.




Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. "Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019" tambah Lotz.




Lotz dan rakan kongsi /Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang turut mendalami sendiri peniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina.



Kata Frassa "Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin , dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina". 










Mudah sungguh dengan adanya perkhidmatan seperti Flower Chimp. Uols hanya pilih mana yang berkenan dan buat pesanan. Urusan lain akan diuruskan mereka. Jadi, dah tiada alasan untuk buat kejutan pada tersayang.













Uols kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Flower Chimp :



Flower Chimp di Malaysia
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp


Flower Chimp di Indonesia
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp.id


Flower Chimp di Filipina
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp.ph













guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

7 dak comei sayang YUI:

ajax85 said...

Cantik bunga 2

Norlaili A Wahab said...

wah…..boleh add on coklat juga lah. terbaik ni :)

Nina Mads said...

cantik bunga2 ni tp tak pernah dpt bunga

Dunia Zumal said...

Wah perkhidmatan yang menarik...

anakdenesor said...

tapi bukan kat seluruh negara..igt nak gak wat sepris kat mak..anta kg tapi xde ag kat pahang

Cuya said...

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/


singgah sini :)

Azhafizah MN said...

dah popular dah flower chimp ni. flower bouquet dia besar besar semuanya. kalau dapat memang best