tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 07, 2018

Makan Best : Mr. Dakgalbi, Station 18 Ipoh

Dah berbulan Mr Dakgalbi ni buka di St 18, Ipoh tapi Yui banyak kali tak berpeluang masuk. Yelahhh, benda baru buka memang confirm jadi viral. Sampai kena beratur kat luar tunggu turn, memang taklah cara Yui =)


Jadi bila suasana dah reda, baru kita cuba okay. Kebetulan rakan opis pun nak makan, elok sangatlah tu. Kami makan waktu rehat Jumaat. Ngam la dengan time yang ada.


Lokasi terletak dalam Aeon St 18, Ipoh berdekatan Padini. Senang je cari.




Jenis cermin di mana orang luar boleh tengok macam mana korang makan, macam mana pekerja layan customer dan gaul apa patut untuk menu terbabit. Kira buat tarikan kepada orang lain nak masuk. Bagus marketing begini.




Yang cheese tu memang menambat hati sungguh bila tengok. Rasa kecur air liur. Sedap jeeee walaupun baru tengok gambar. Heeeeeee.


Kami berdua sepakat pilih menu UTAMA mereka iaitu Cheese Ring Dakgalbi  RM 72 & Ice Lemon Tea x 2 RM 8. Katanya boleh makan untuk 2 orang tapi bagi Yui sebenarnya 4 orang pun boleh makan oiii. Banyak sangat. 



Konsep mereka. mereka ada serve kita untuk gaul semua yang ada atas tu. Bila dah selesai baru dibiarkan untuk kita nikmati setiap menu yang ada. Rasa macam "raja" kejap dilayan sebegitu. Eceeehhhh.




Keliling tu adalah CHEESE 
Walaweeeehhh!




Oh ya, uols kalau taknak order air pun takpe sebab setiap meja akan disediakan air sejuk. Plain water gituu. Takpayahlah minum manis kannn?? 


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5
Rasa 4/5
Akan datang lagi


Dan sangat berpotensi untuk repeat lagi, nak rasa menu lain. Hehehe.




Wajah-wajah awek korea
kahkahkah!



Fb Page : Mr.Dakgalbi

Mr Dakgalbi ( Ipoh Aeon Station 18)
Lot G-61 Grd Floor Ipoh Station 18
No 2 Susuran Stesen 18
31650 Station 18 Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

3 dak comei sayang YUI:

Nour Adieb said...

Nasib baik baru lepas makan 😆

aisyah elsa said...

saya memang teringin nak makan sebab tengok review orang lain tapi saya ni duduk kampung je susah sikit. by the way, saya first time datang sini and terus follow sebab nak tahu entry seterusnya, saya suka content blog ni. saya followers ke 3225

Azhafizah Md Nor said...

Teringin nak pergi makan kat sini style camni ramai-ramai mesti meriah.menu pun nampak sedap. makanan korea ni ada yang best ada yang kurang tekak xleh terima..hihi