tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label BR1M 2016. Show all posts
Showing posts with label BR1M 2016. Show all posts

Tuesday, March 07, 2017

Tidak Layak dapat BR1M disebabkan ada SSM

Hooo yeaayyy, tahun ini 2017 buat julung kali tak layak dapat BR1M atas alasan mempunyai SSM. Haaaa Yui dah lama ada ssm disebabkan nak berniaga sambilan secara sah tapi tidaklah keuntungan ratusan ringgit setiap bulan. Berniaga sambilan, untung RM 1 pun dah seronok.


Yui mula dah rasa 50% je tapi semua jadi kenyataan. Hehehe.
Nasib badan. Katanya boleh buat rayuan tapi adalah beberapa prosuder kena buat. Tengoklah, kalau rajin Yui buatlah. Kita yakin kita layak dapat. Hahaha.


Buat anak anak bulus Yui,
Sorry naa sebab niat hati dapat brim nak spay/neuter hangpa 4 ekor. Takpe, kita ikhtiar cara lain nanti.



Korang dapatke BR1M?
Tahniah.


Yui tak kisah bantuan jika diberikan pada golongan yang benar-benar memerlukan tapi kalau ada yang gaji RM 4k pun dapat, nasiblah kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 30, 2016

BR1M bujang sudah diterima untuk pemegang CIMB

Lapuk tapi saja nak cerita juga
Kan sohsehsohseh cakap bayaran BR1M bermula 28/1/2016
Tapi ada juga yang terima 2-3 hari awal dari tarikh


Contoh terdekat aku sendiri
Selasa petang dah terima
Amaun untuk individu bujang


Tak banyak mana tapi duit itu dah ada hala tujunya
Nak sahut cabaran boleh guna untuk setahun!


Aku buat apa?
Kalau rajin aku share


Kalau dah "layak" terima, dah tau la kan amaun gaji
Sendu sangat
Memang buat lebih dari 1 kerja sekarang untuk menampung kos yang semakin tinggi!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 15, 2015

Kemaskini BR1M 2016 sehingga 31 Disember 2015

Yang mana layak & sepatutnya dapat BR1M, bolehlah kemaskini segera sebelum 31 Disember 2015. Ada perubahan atau tidak memang kena kemaskini.




Aku sendiri sebagai penerima bagi golongan bujang, dah buat & selesaikan apa yang patut. Apa yang aku nampak, agak "leceh" sedikit untuk update. Jadi, nak tolong orang lain, kena bersedia dengan lebih untuk maklumat penerima BR1M.


Contoh :
Dah kena letak nama pewaris.
Bagi golongan bujang, boleh letak nama mak/abah sahaja.
Tidak dibenarkan nama adik beradik.


Jadi, buatlah sebelum terlambat. Ini sebahagian hak anda!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^