Aku akan buka channel 8TV andai cerita korea ditayangkan menarik perhatian aku. Sekarang cerita yang bersiaran The Great Doctor.
Mengisahkan seorang doktor ( tak pasti dah rasmi or masih praktikal ) yang dibawa masuk ke zaman dahulu kala oleh seorang pahlawan Choi Yong. Doktor itu dianggap sebagai tabib ajaib yang datang dari langit.
Dengan raja yang masih kurang berkuasa, ada pihak yang ingin memberontak. Apa yang buat aku tertarik disebabkan cerita ini berkisah zaman dulu dan zaman kini. Sekarang dah hampir masuk episod 20.
Nak tahu lanjut, bolehlah tengok cerita ini di 8TV setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 8.30 malam. Kalau terlepas pun takpe sebab boleh tengok online. Ye dak?
Aku tak kenal para pelakon kecuali yang lelaki tu. Lee Min Ho eh? Minat sangat tu tidak tapi suka tengok lakonan cerita korea. Best!
Entry bukan review tapi nak bagitahu aku sedang layan cerita ini sekarang. Hihi.