Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan pembeli tapi
sebagai langkah berjaga-jaga.
Selidik dulu latar belakang penjual emas terutama yang melibatkan online
Bandingkan harga dengan harga semasa ( setiap negeri berbeza )
Ambil nasihat orang yang lebih arif
Buat keputusan dengan bijak
Ini contoh loket palsu. Emas palsu biasanya boleh kita jangka dengan fizikal tapi tak semua. Ada juga yang tidak dapat dikesan oleh ujian densimeter. Jadi kita perlu guna secara manual.
Sekarang, kecanggihan terlampau banyak sehingga emas palsu sukar dikesan.
Bila dikorek/dibuka, boleh dapati tungsten dan magnet didalamnya.
Luar disaluti emas.
Jadi, berhati-hati.
Ambil langkah, beli barang terus cuba ke arrahnu/pajak gadai untuk dinilaikan.
Banyak lagi contoh barang palsu yang dapat dikesan. Sebab itu tak semua barang akan diterima untuk gadai. Risiko!












