tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label menteri malaysia. Show all posts
Showing posts with label menteri malaysia. Show all posts

Wednesday, February 03, 2016

Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai MB Kedah

Desas desus dunia politik bukan aku tak ambil kira tapi rasa "annonying" tambah-tambah kalau kita rakyat marhen pun nampak dan terasa kita ditindas sedikit demi sedikit.


Berita terkini


=====================================


ALOR SETAR – Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-11 berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah kehilangan sokongan majoriti ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam (Selasa),” kata beliau kepada pemberita.
Beliau malah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu turut dibatalkan.
Mukhriz turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bakal dilantik sebagai Menteri Besar ke-12.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Mukhriz yang dilantik sebagai pengerusi yang mengambil alih daripada Ahmad Bashah turut menyatakan kesetiaan kepada UMNO walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Sementara itu portal AgendaDaily melaporkan, dalam kalangan ADUN BN sendiri telah mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa malam.
Mesyuarat tersebut dikatakan ada kaitan dengan persiapan BN negeri Jelapang Padi itu menjelang perubahan pucuk pimpinan Kedah pada Khamis. 
Sumber : SINI
======================================
Bertabahlah, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Ini semua mainan dunia !



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 31, 2015

Isu 3 kerja untuk seorang

Mesti korang dah baca viral yang tengah hot sekarang kan? Ala yang 3 kerja dalam satu masa atau erti kata buat lebih dari 1 kerja!


Tapi kan tapi tauuuu.
Kerja yang dinyatakan tak rasa macam kerja pun. Macam lebih kepada pegang jawatan semata. Haaaaa, padahal orang bawah yang tungkus lumus buat kerjakan? Lalalala. Aih kang cakap lebih ada pula yang bangkang.


Malas celoteh lebih, cuma nak habaq meh kita buat lebih dari satu kerja. Tingkatkan ekonomi hidup yang semakin parah!


Apa pun, surirumah adalah kerja terbaik. Banyak kerja dalam satu masa!
Tengok mak aku saja dah cukup. Kesian dia. Gigih sebagai seorang isteri & ibu terbaik buat kami.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^