tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label raya 2017. Show all posts
Showing posts with label raya 2017. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

Raya 2017 - Balik kampung di Parit Buntar

Minggu pertama syawal hari Sabtu, mak memang dah ajak semua balik ke kampung termasuk menantunya. Hehehe, motif paling utama sebab nak kenalkan menantu juga. Yelah, waktu deme kahwin, orang kampung mai awal, takdan tengok pengantin. Sekarang masa yang sesuai pakej beraya terus.



Inilah adik beradik Yui yang sebenar
Kami berempat
Baju hitam tu adik ipar Yui 


Jarang balik Parit Buntar sebab hanya ada pakcik-pakcik aje di sana. Ini belah mak sebab mak Yui seorang je perempuan dalam adik beradik. Rumah yang wajib kami pergi, memang kami pergi terutama rumah Toklang. Yui anggap toklang ni macam atok Yui sendiri.



Bongsu, Yui, mak & adik bawah Yui




Ok hat ni kena tekankan, adik yui pakai tapak tebal, maka terjadi perbezaan ketara. Tak boleh jadi betul tengok gambar ni, dia tinggi sikit je dari Yui. Hahahaha.



Bersama satu-satunya mak Yui tersayang
Syurga Yui sekarang


Kami pergi 3 rumah sahaja, otw balik singgah ke Taiping rumah Tokcik pula. Perjalanan alhamdulillah berjalan lancar. Nak bergambar kat bendang tak boleh sebab bukan musim kering kontang lagi. Hehehe. Kalau tak, memang jadi port la.




Takde gambar abah kan? Sebab takde nak selfie dengan dia kali ni. Kihkihkih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 04, 2017

Raya 2017 Wakil Anak-anak bulus - Lela

Belum habis beraya?
Wahh wahhh untunglaaah beraya sakan ya
Hehehehe




Untuk tahun 2017
Wakil anak-anak bulus 23 ekor ialah Putri Lelatul Majnun
a.k.a LELA


Selamat Hari Raya komeeee
Raya kan sebulan
Hihihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 29, 2017

Raya 2017 Nurul Yui & Keluarga

Tahun 2017 ada berlaku perubahan dalam keluarga Yui. Raya pertama tahun 2017 tak lengkap sekeluarga untuk bergambar. Adik perempuan Yui dah berkahwin dan adik lelaki Yui perlu bertugas di hari raya pertama.



Bongsu, Abah, Mak & Yui


Yang menarik raya 2017,
Yui pakai sedondon dengan mak. Hehehehe. Tak pernah-pernah dah berusia macam ni nak sebiji sama bajunya. Rezeki Yui lebih tahun ini, Yui belanja semua baju raya untuk mereka. Alhamdulillah. 


Yang ini plak gambar raya 2016 kami lengkap ( pertama kali ada gambar sekeluarga ). Walaupun kami tak berkumpul bersama tapi yang penting saling mengingati itu dah cukup bersyukur. Inilah kehidupan dunia.


Selamat Hari Raya korang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebelum Yui lagi sibuk dan terus sibuk
Yui ambil kesempatan ini untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Mohon maaf andai ada salah silap selama kita kenal
Halalkan segala ilmu yang ada
Halalkan makan minum andai pernah bersua/berniaga


Moga selamat pergi & balik ke halaman kampung tercinta
Jaga diri dan sentiasa berhati-hati


Macam biasa Yui masih beraya dengan keluarga tercinta sebelum ada keluarga sendiri
InshaaALLAH



SELAMAT HARI RAYA KORANG 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^