Mula-mula tengok cerita ini bersiaran, menyampah dengan perangai Armel. Ego, degil, angkuh, berlagak & banyak lagi sikap negatifnya.
Dapat pula pasangan yang sudah nampak sempurna di mata tapi sayangnya diperlakukan sebegitu. Ketabahan seorang lelaki yang sabar dengan keletah isteri. Siapa yang tak nak ada pasangan macam Zill?
Ada rupa
Ada kerjaya
Ada baik budinya
Untungnya kalau dalam real life dapat pasangan sebegitukan? Hargai sebaiknya.
Apa yang aku dapat simpulkan melalui cerita rindu awak 200% ialah PERUBAHAN. Manusia boleh berubah dari negatif kepada positif. Mungkin ambil masa tapi sekurangnya berusaha. Jangan pandang orang yang melakukan kesilapan, selamanya akan membuat silap. Tidak!
Sedangkan yang baik mampu menjadi jahat. Berlakon/berpura-pura.
Apa pun, tahniah buat para pelakon rindu awak 200% kerana berjaya buatkan diri ini rasa sakit hati, cemburu, geram & macam-macam lagi. Watak korang menjadi! Mehmehmeh.
Ramai orang jadikan gambar Zill sebagai wallpaper telefon termasuk sepupu aku yang dah ada anak. Aku? Tak sampai ke arah itu ya. Hehehe.











