tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 15, 2012

TIPS : Nak dapatkan BE dari Nuffnang

Agak lama tak beri tips kan. So kali ini, memandangkan haritu ada sis lynda tanya tips nak dapatkan BE dari Nuffnang. So,kat sini aku kongsikan tips dapatkan BE versi dari pelbagai blogger. Cara sama mungkin olahan entry adalah berbeza. aku tak pandai nak olah pasal Nuffnang ^__^




1) Tips nak dapatkan BE versi  Sis Mia

2) Tips nak dapatkan BE versi  Nadia

3) Tips nak dapatkan BE versi Putri

4) Tips nak dapatkan BE versi Cik Tom

5) Tips nak dapatkan BE versi Apit 


Dah sampai 5 versi aku bagi contoh. Terpulang versi mana satu yang korang nak baca okay. Alhamdulillah, lebih setahun berblog baru aku dapat BE pertama. Banyak bersabar sungguh sampai pernah aku curang. =p


Masih terngiang-ngiang di kepala aku hal pagi tadi, hampir-hampir kemalangan!! Ya ALLAH, moga dijauhkan. Aminnnn. Korang hati-hati juga ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hampir-hampir terlanggar!

Ya ALLAH, hingga sekarang jantung ini dup dap dup dap dengan kadar 180km/j <-- banyak sangat tunggang moto! Pagi tadi, hari ini dalam sejarah, aku hampir-hampir telanggar bontot honda civic warna putih di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.


Ceritanya bermula apabila macam biasa, aku akan berada di bahagian sepatutnya posisi motosikal berada. Cuma aku berada di belakang kereta sebab kesesakan lalu lintas tapi still dalam jarak yang sepatutnya Orang dok berpusu-pusu ke tempat kerja. Takkan plak sesuka hati aku nak cilok sana-sini even aku tahu boleh!


- nak nek moto camni plak la -


Elok-elok tunggang, tiba-tiba kereta honda civic itu brek mengejut. Aku?? Apa lagi, brek tangan + brek kaki sekali diguna!! Ya ALLAH, lagi sikit aje nak dummm. Bunyi brek pon kuat. Alhamdulillah, elok pula tayar moto aku pusing bek ke kiri. Dan nasib baik takde yang follow dekat belakang aku.


Pas elok tayar pusing ke kiri, aku teruskan perjalanan macam bese. Hati dah cuak semacam. Rasa nak sumpah seranah kereta itu tapi tak berdaya mulut ini! Aku rasa, kalau perempuan lain jadi cam aku, mesti dah berhenti tepi, tak berdaya nak bawa lagi. Kenapa bukan aku?? 


Sebabnya abah aku ada di depan sikit. Tak jauh dari aku. Hikhik. Sebenarnya aku taknak dia perasan aku hampir excident. Dia nek motor juga pagi ini. Aku taknak dia pokpek plak. Hahaha. Tapi alhamdulillah, selamat semuanya tadi.


MORAL 

1) Pastikan kenderaan diperiksa sebelum guna
terutama brek,tayar & minyak =p

2) Jangan ada hati nak dekat walau sesak sekalipon!

3) Teruskan perjalanan kalau takde pape, buat-buat tak jadi =)


n/y : Aku takleh bayangkan kalau tadi
jadi sesuatu yang buruk.
Syukur, ALLAH masih sayangkan aku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 29 # - Terima dan beri TEGURAN


Kalau diri sendiri tak boleh TERIMA teguran,
jangan ada hati nak BERI teguran pula 


- dari FB dari diri sendiri -

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 14, 2012

" 10 Soalan 10 Jawapan "


Hye semua, bersiaran lagi melalui Gf.fm  
apa kau ngarut ni yui!


Sebelum melalut lebih lanjut
jom kita teruskan dengan aktiviti GF seterusnya




Aktiviti GF terkini

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
 Kenal Mas sebelum dia wujudkan Geng fiQ'Ra
bermakna ku tahu kewujudannya melalui Mas la


2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
Kenal lebih ramai kawan
Lebih ramai kawan,lebih kita kenal ragamnya


3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Nurul Farehah Binti Ahmad Shah <-- full kan?? ^__^
 Nama besh,watpe nak tipu-tipu kan, hikhik



4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
Tahun ni umur aku 24 tahun
Lau genap, 18/10 baru la 24 ya <-- nak hadiah!!


5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
 Sudah pasti mahu jadi insan berjaya
Dalam hati ada plan nak berbisnes
dan alhamdulillah, setakat ini secara kecil-kecilan
buat bisnes craft [ blog craft yui ]


6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
Sedaya upya mempertahankan hak diri ini
Sudah tidak salah, haruslah kita perjuangkan
Andai itu hukumnya, terima dengan redha kerana
hukum ALLAH lebih adil dari hukum dunia!


7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
Percaya juga tapi bukan kita tahu isi hati setiap orang
Bersyukur kawan-kawan alam maya aku
semuanya baik-baik macam kamu yang baca ini =p


8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
Suka, contohnya merempit a.k.a bawa moto laju
eh cabaran ke tu?? haha
Jangan risau, aku bukan "minah rempit"


9) Awak makan sehari berapa kali?
Selalu pagi makan kuih, kadang-kadang tak bekpes
tengahari nasi + sayur atau makan lauk saja
petang, ikut mood nak atau taknak
 kesimpulan dalam 2-3 kali sehari
 
10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
 1) Memberi yang terbaik buat keluarga
2) Menunaikan umrah/atau haji jika mampu
3) Beritahu yang aku sayang mereka semua & mohon maaf
4) Memohon agar mereka doakan kebahagiaan aku " di sana"
5) Minta mereka semua halalkan apa yang pernah diberi

Okies, settle kan?? 
Alhamdulillah, rasanya tak pernah ketinggalan
lagi aktiviti GF ~


- SELAMAT MEMBACA -


Jom join churp churp
Game MAGNUM fashion royale
Dapatkah LG Prada melalui Celcom






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^