Lama dah aku teringin nak mencuba "kehebatan" Ephyra. Dan disebabkan minggu lepas ada karnival Raudah di hatiku, maka aku tertarik nak singgah di gerai Ephyra. Teruja baca testimoni dan paling best dapat harga istimewa.
RM 150 dapat 30 sachet, sehelai tshirt, 2 kipas tangan, 2 beg & pamplet. Normal price RM 197 kalau tak salah.
Kenapa aku berani cuba Ephyra?
1) Untuk masalah rambut gugur ( setiap kali sikat mesti ada )
2) Kulit wajah ( nampak ada bintik coklat bila tengok dengan mata halus )
3) Rekahan kulit kaki ( walau tak teruk tapi nak tengok hasilnya )
Oklah untuk 3 perkara utama itu dulu. Yang lain-lain kira "bonus" apabila keberkesanan itu ada. So, sebelum aku pung pang maka kena tunggu dalam 30 hari dulu. Samada berkesan pada aku atau tidak. Maklum saja lain oran lain kesan yang dihadapi.
So Ephyra, tunggula aku review mu selepas cukup 30 hari. Berkesan tak berkesan lain cerita sebab yang penting aku dah berani untuk mencuba pada diri sendiri.
Korang pun pasti dah tahu tentang kehebatan Ephyra. Tak tahu lagi? Bolehlah baca kat sini. Memang banyak testimoni yang berjaya. Memang buat aku lagi teruja!
Ephyra!! Moga kau berkesan untuk diri ini. Aminnn.
* Bukti bergambar sebelum mencuba telah aku ambil. Nak tengok kesahihan =)















