tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Thursday, December 01, 2016

ST 6 [2016] - Biskut Gery Saluut Malkist



Fenomene biskut Grey plak weii
Apa rasanya?
Tunggu review Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 23, 2016

Resepi : Nestum Walnut Bersalut Susu

Aku taktaulah nak namakan apa tapi meh nak cerita sikit apa rasanya. Dalam tu rasa nestum + walnut. Rasa koko dan luarnya disalut dengan susu. Pergh, giigt rangup aje tau.


Inilah biskut yang mak aku ulang kali suh buat. Haaaa, okay mak, anakmu dah buatkan. Mak makan bagi habis tau. Ekekeke.




Bahan-bahan dan cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan tersebut ya )
1 cawan nestum dan hancurkan ( Yui ramas guna tangan aje )
1/2 paket kacang walnut ( tumbuk guna lesung untuk hancurkan sikit )
250 g butter
1/2 cawan gula halus
Sedikit esen vanilla
Kacau dengan sebati dan masukkan 2 sudu serbuk koko
Lepas itu baru masukkan nestum & walnut

Satukan bahan di bawah
2 1/4 cawan tepung gandum 
1sb tepung jagung
1 sb emplex ( kalau takde emplex gantikan dengan tepung beras )
Kalau rajin ayakkan bahan ni

Bahan tepung di atas masukkan dalam bekas tadi
Uli guna tangan hingga doh tak lembik dan melekat pada tangan

Bentukkan ikut suka hati korang
Yui bujurkan aje 
Bakar dalam 20 minit suhu 170" ikut oven masing-masing
Dah masak, biar sejuk kejap

Untuk salut
1/2 cawan susu tepung + 1/2 cawan gula ising
Golekkan aje dan masuk dalam bekas


Siap!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 21, 2016

Resepi : Semperit Jalan Tar

Yang ini pula biskut ketiga aku buat. Rupa hodoh tapi rasa tetap ada. Hahahah. Dinamakan semperit jalan tar sebab nipis dan bergerutu. Alaaa, macam jalan raya kekdahnya.




Bahan-bahan & cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan )
1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Guna senduk dan kacau kesemua bahan atas

Tambahkan 2sb susu tepung ( untuk lebih sedap )
1 cawan tepung gandum ( guna cap Ros )
1 cawan tepung jagung 
Kedua-dua tepung dimasukkan dalam adunan dan kacau rata

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 2 cawan tepung kastard sambil uli dengan tangan
Uli hingga doh tak melekat pada tangan ( tambah tepung tu sikit sikit ok )

Guna acuan yang korang suka
Untuk atas, calitkan guna kuning telur ( yui campur tu pasal jadi warna gitu, haha )
Bakar dalam 20 minit 170"suhu

Siap!


Resepi lain yang boleh anda cuba


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 18, 2016

Biskut Yui vs Famous Amos



Belah kiri : Biskut Yui
Belah kanan : Famous Amos

Dua-dua sedap !!


Saja nak buat perbandingan
Lalalalaa
=___=


RESEPI : BISKUT CHOC CHIP 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 16, 2016

Resepi : Biskut Choc Chip

Biskut kedua yang aku buat selepas Semperit Nutella haruslah biskut kesukaan aku dan jeng jeng iaitu Choc Chip. Tahun sebelum ini aku dah bagi resepi , tapi takpe ini kita buat ikut resepi orang lain pulak.




Ini pula resepi Choc Chip versi tahun 2016



Untuk tahun 2016 versi lebih gelap dan rapuh
Hanya guna senduk 
=___=


Bahan-bahan dan cara-cara

Perlu guna cawan ajaib masing-masing ( ikut je sukatan cawan tu )
3/4 cawan butttercup
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Sedikit esen vanilla

Kacau semua bahan di atas guna senduk. Tak perlu mesin. Jimat elektrik. Hahaha
Masukkan 1 biji kuning telur ( tapi aku tak masukkan pun )

Bahan untuk diayak
2 cawan tepung gandum ( jenama ros )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Masukkan 1 cawan yang diayak ke dalam adunan tadi
Campur dengan 1 sb tepung beras ( sebagai ejen perangup ). Kalau ada emplek tak payah letak tepung beras, guna salah satu saja ya

Tambah 1sb serbuk koko
Tambah 1 cawan baki yang diayak tadi dan gaulkan hingga sebati

Masukkan chochip ikut suka banyak mana ( lagi banyak lagi sedap )
Masukkan badam flakes sebab lebih rangup ( tak perlu sangai )
Campurkan semua dan gaul hingga sebati

Masukkan dalam plastik dan ikat ketat doh tersebut
Letak dalam peti ais bahagian biasa selama 45 minit

Cubit manja sebab nanti akan mengembang
Jangan lupa sapu buttercup pada bekas baru letak doh yang dicubit manja tadi


Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'
Biarkan suam dulu baru susun masuk bekas


InshaaALLAH sedap dan rangup!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 15, 2016

Resepi : Biskut Semperit Nutella

Jeng jeng jeng. Inilah biskut pertama yang aku buat. Seawal jam 7.30 pagi dah get ready dengan bahan. Semangat tau sebelum balik SS beli. Hahahaha.


Aku buat pagi Ahad 12/6/2016 bersamaan Ramadhan ke-7.




Bahan-bahan & cara-caranya

Pastikan ada satu cawan ajaib. Maksudnya ikut sukatan cawan ini sahaja naaa.
1/2 cawan buttercup *
1/4 cawan susu pekat *
Sedikit esen vanilla *

( kacau guna senduk semua bahan bertanda * hingga sebati )


1 sb tepung castard masukkan dalam adunan atas
1 cawan tepung jagung ( gaul rata )
Masukkan lagi 1 cawan tepung jagung sikit sikit sambil uli perlahan sampai doh jadi lembut

Bahagikan kepada 2 adunan
1 doh biarkan original
1 doh lagi tambahkan 2sb Nutella & 1sb serbuk koko & gaul hingga rata


Sekarang dah ada 2 doh, gabungkan dan bentuk ikut suka anda
Letak hiasan di atas
Bakar 20 minit suhu 170' atau hingga nampak masak


Tips :
Kalau adunan lembik tambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan balik doh





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 14, 2016

Page Facebook rujukan untuk buat biskut raya 2016 - Azlina Ina Fans

Sebelum aku tunjuk hasil biskut yang aku buat, aku nak bagitahu kat mana tempat yang aku rujuk. Bukan takde buku resepi sendiri yang aku tulis tapi aku malas cari. Lagipun dah ada internet, gunakan sebaiknya. Heeeee. Mukadimah panjang!


Untuk tahun 2016,
Page Facebook pilihan hati aku adalah Azlina Ina Fans


Suka cara penyampaiannya secara santai dan kadangkala buat aku tergelak besar sambil uli doh. Punyalah semangat, aku catat apa bahan yang perlu. Baca ulang kali dan mulakan sendiri mengikut step yang diberi.


Kalau korang tak percaya, boleh tengok sendiri. Macam-macam resepi ada tinggal rajin atau tak sahaja. Aku pilih mana yang mudah sahaja untuk aku buat. Ekekekeke.


Oh ya, resepi kek pun ada wei. Kecur ayaq lioq!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 24, 2014

Almond Crunchy Cornflake

Apa yang membezakan dengan resepi sebelum ini, aku hanya tambahkan cornflake. Gengam & hancurkan sedikit cornflake kemudian taburkan sebelum bakar.






Kalau beli siap almond crunchy di pasaran, memang agak mahal. Kenapa? Modal pun tinggi ya terutama harga tepungnya. Jadi nak lebih jimat & dapat lebih banyak, anda boleh cuba sendiri.


Mudah & cepat disediakan. Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 23, 2014

Biskut Semperit Susu

Ini kali kedua aku buat. Kali ini versi kuning. Malas nak buat double, aku buat single. Alhamdulillah ini antara biskut yang mudah juga disediakan.






Mula-mula buat macam tak percaya tak payah guna gula tapi bila makan, best ok! Harus percaya sebab biskut semperit susu ini tak perlu guna gula.


Silalah cuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 22, 2014

RESEPI : Biskut Kacang



Tips dari mak :
1 ketul butter = 4 cawang gula + 4 biji telur


Resepi biskut ini dari mak tersayang. Aku buat ikut sukatan di atas  ( tips ) tapi bahagi kepada dua sebab nak buat jenis yang lain pula. Hihi.


Untuk atas biskut, just calit sedikit telur, jadi bila masak akan kekuningan. Lepas itu tabur pula kacang yang telah dihancurkan. Kalau taknak pun takpe, ikut suka.


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI : Biskut Famos Amosss Celup

Nak beli yang original agak berkira sikit ( walau kadang beli juga sebab teringin ), apa kata buat sendiri. Lagi best sebab kita boleh letak sebanyak mana coklat cip yang kita suka. Lagi banyak lagi mableeesss.




Bahan-bahan
1) 250 gram butter
2) 225 gram gula pasir
3) 175 gram gula perang
4) 2 biji telur
5) 250 gram coklat cip ( lagi banyak pun boleh )
6) 200 gram walnut
7) 120 gram tepung jagung
8) 500 gram tepung gandum
9) 7.5 gram serbuk penaik


Cara-cara
1) Pukul butter & 2 jenis gula hingga sebati ( guna mixer )
2) Masukkan telur sikit demi sikit
3) Dengan guna spatula, masukkan coklat cip & walnut, gaul sebati
4) Campur bahan selebihnya & gaul rata
5) Guna sudu untuk bentukkan atau bulat kemudian leperkan sedikit
6) Bakar selama 20 minit dengan suhu 150'c


Tips :
1) Bentukkan kecil-kecil sahaja sebab biskut akan mengembang
2) Cara nak tahu biskut masak? Tengok bahagian bawah biskut ( kekuningan/keperangan bila masak )
3) Apabila keluarkan biskut, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas


Itu sahaja. Selamat mencuba.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 21, 2014

RESEPI : Biskut Arab Kalerpul



Ini antara biskut paling simple untuk korang sendiri cuba. Hanya 3 bahan. Just gaul & bentukkan kemudian bakar. Settle!


Perwarna tu korang boleh lebihkan sikit agar lebih terang. Kalau macam aku buat, dah jadi pudar. Resepi asal, lepas bakar dan sejuk taburkan dengan gula halus. Disebabkan aku malas, so aku biar.


* Boleh masukkan kacang di tengah ( ikut kreativiti )


Tips nak satukan ketiga-tiga warna?
Ambil sikit-sikit, gabungkan. Buat memanjang & cubit kemudian bulatkan. Itu sahaja.


Adunan seperti di atas dapat lebih kurang 60 biji. Kalau bulatkan lebih kecil mungkin dapat lebih banyak. Bergantung kepada cara anda.


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 16, 2014

Resepi : Biskut Lidah Kucing

Cuti Nuzul Al-Quran ku manfaatkan dengan mencuba biskut lidah kucing. Macam biasa resepi aku ambil dari rakan di resepi ringkas. Walau nampak leceh tapi kepuasan itu menjadi keutamaan.




Cara-cara

1) Ayak tepung jagung, tepung gandum & emplex
2) Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit putih telur
3) Masukkan pula tepung yang diayak & putar hingga sebati
4) Bahagikan adunan ( ikut berapa warna nak letak )
5) Dengan gunakan piping beg atau plastik yang dipotong halus hujungnya, bentukkan biskut lidah kucing
6) Bakar selama 15 minit dengan suhu 150'c

* Putih telur perlu 100 ml ( anggaran 3 biji telur gred A )


Tips sediakan biskut lidah kucing :

1) Jarakkan biskut ketika piping sebab bila dimasak akan kembang
2) Apabila keluarkan dari oven, biar seketika sejuk. Kemudian baru masukkan dalam bekas. Kalau terus masuk biskut akan jadi lembik
3) Jangan terlalu lama masak takut warna akan menjadi pudar. Jadi, rajinkan diri jenguk oven
4) Griskan sekali sahaja tray anda
5) Boleh beli tray khas di kedai bakery ( RM 15.90 ) atau boleh cuba cara aku seperti di atas


Resepi memang mudah tapi masa yang diperlukan? Ya ampun lama bangat. Hahahaha. Tapi takpelah sebab suka tengok colourfull jadi aku gigihkan juga.


Percubaan pertama alhamdulillah berjaya. Baru ku faham kenapa biskut ini dijual mahal ( 30 sen sekeping ) padahal bila masuk mulut rangup begitu sahaja. Ekekekeke.


Aku tak pasti kenapa biskut ini dinamakan lidah kucing walhal lidah kucing tak semeriah warnanya. Nasib baik sedap. Hahaha.


Selamat mencuba!


* Aku hanya mencuba biskut yang mudah, bahan yang senang dicari & senang disediakan. Berjaya atau tidak itu lain cerita yang penting aku dah cuba. Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 24, 2014

RESEPI : Biskut Semperit Susu Mambles

Sejak aku sertai group FB Resepi Ringkas, mood rajin itu semakin membara terutama apabila melihat resepi yang sangat ringkas & menggunakan bahan yang mudah dicari. Tambah bila tengok hasil dari mereka yang sangat menarik membuatkan hati semakin meronta untuk mencuba. Eh, over kan? Hahaha.




Aku dah siap screenshot ikut resepi dalam group & itulah biskut hasil tangan keras aku. Ngehngeh. Versi macam-macam warna. Yang rajin, malas & nak habiskan adunan cepat. Tak sangka begitu mudah.


Korang nak bakar guna pemanggang ajaib pun boleh cuma aku tak pernah cuba sebab guna oven comel di rumah itu ( menunggu masa nak rosak ). 


Biskutnya masuk dalam mulut & mencair dengan rasa sempurna. Pergggh! Layan ok. Silap-silap tak sempat simpan sebalang sementara susun dah ngap habis.


Selamat mencuba ya!


* Bahan semua gaul sahaja ( aku guna spatula ). Kemudian baru acuan/bentukkan ikut citarasa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 24, 2013

Tempahan biskut lidah kucing area Ipoh, Perak

Aku pun first time nak mencuba. Walau nama biskut agak "kejam" sebab aku pencinta haiwan terutama kucing tapi sebab biskut comel daku relakan nak merasa. Muahaha!




Colourfull itu menarik. Yang gelap itu rasa coklat. Masuk ke dalam mulut rasa rapuh & cair. Nyummmy. Sesuai sangat nak buat santapan petang atau saat dah tak tahu nak makan apa.


Orang Ipoh, yang nak merasa sendiri biskut lidah kucing, boleh terjah FB Nurul Nurda. Bincang dengan beliau sendiri sebab ada tempat yang boleh COD.


Kek karamel pelangi beliau sangat ohsem! Must try sebab aku dah berkali repeat order.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^