tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kek mablesss. Show all posts
Showing posts with label kek mablesss. Show all posts

Friday, January 27, 2017

Secret Recipe Cake Malaysia





Saja cuci mata pagi Jumaat 
Salam Jumaat semua
Salam menjemput rezeki
Berhati-hati walau di mana pun berada




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Serbu Secret Recipe dengan rakan serumah

Kan Yui habaq semalam ada promosi di Secret Recipe beli 1 slice kek dapat 1 lagi secara percuma ( bawah harga belian ). Saja tunjuk kat group budak rumah, laju je memasing nak grab juga. Ekekeke.




Maka selepas balik kerja, balik rumah sewa then pergi sama-sama. Nasib baiklah tak ramai orang yang beratur. Sebab bos Yui habaq, kat Batu Gajah dah habis. Ehhh, boleh plak gitu kann.


Seorang 1 lah beli. Muka riang gembira sebab bakal melantak kek. Muahahaha.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 25, 2017

Promosi Kek Secret Recipe buy 1 free 1 [25/1/2017]


Cer baca t&c dahulu
Bermula jam 6 - 9 malam 
25 Januari 2017





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 24, 2017

Kek Secret Recipe : Beli 2 percuma 1

Haritu Yui ada share pasal SC buat promosi beli 2 percuma 1. Sempena apa tak ingat dah tapi satu hari tuu je. So, rehat tu taktahu makan apa, officemate ajak makan kek. Layankan aje.




Katanya hanya boleh makan situ saja. Tak boleh take away. Aiseeyyy. Mandey nak makan 3 ketul tu. Dulu ye Yui lalu, tapi sekarang tidak lagi. Dah tak berapa gemar dengan manisan dan lelemak gini. Kihkihkih.


Bukan peminat tegar kek dah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 06, 2016

WW 11 [2016] - Air & kek dari Starbuck




Green tea memang terbaik !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 06, 2014

Resepi Bergambar : Carrot Cake Bujang

Siapa suka kek lobak? Aku suka. Lagi best bila buttercream lemak selemaknya. Ada yang jual tak berapa best. Kek pun keras.


Sumber : Resepi Ringkas


Nahhh! Ku kongsikan resepi mudah. Bahan yang mahal tang creamcheese. Yang lain-lain biasa saja. Kalau takut buat kek tak jadi, korang bahagikan kepada 2 bahan di atas. Sekurangnya tak jadi takdelah menyesal tak sudah. Hahahaha.


Wahai mood, segeralah kau ke hati ini. Agar diri rajin untuk mencuba segala resepi yangt telah dikongsi. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 24, 2014

Kek impian 2014 menjadi kenyataan

Masih ingat entry ini? Sungguh ku tak sangka impian ku menjadi nyata. Bos besar belikan untuk aku hari itu. Siap cakap suruh penuhkan dengan macam-macam tapi memandangkan ada flavour aku tak berapa suka, aku ambil mana aku minat.




Aku request nak tulis ayat, boleh pula orang itu kata tak boleh sebab kek tak sama tinggi. Padahal dia boleh tulis di ruang kosong. Dasar pemalas!


Apa pun terima kasih bos besar a.k.a MSHA untuk kek ini. Macam dia baca saja entry aku kat blog. Ku ingatkan dia tak kelebek blog aku. Miahahaha.


Bila kek ada banyak, sayang benor nak habiskan cepat. Boleh gitu?


Bos besar = InshaaALLAH bakal imam




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 21, 2014

Kek hari jadi dari adik

Gigih aku tengok adik perempuan aku buat kek 17 hb lepas. Aku sangka saja-saja dia buat memandangkan dia suka baking even tak berapa pandai macam kakaknya juga. Hahahaha.


Siap beli cream cheese, pewarna, tepung naik sendiri, hiasan bunga. Pergh! Gigih adik aku seorang ini. Sampai ada yang "bantat" atau dikenali tidak naik.




Percubaan pertama katanya. Oklah adikku, sedap juga. Kucing pun join sekali makan. Korang jangan pelik sebab ada antara kucing aku memang makan apa yang kami makan termasuk kuih muih. Selagi tak bagi selagi itu menyempit di tepi kita. Itu peel Muna.


Korang baca wish adik aku. 




Bukan main sedap dia cakap aku kuat bebel. Tapi betul pun dan aku membebel semuanya bersebab. Untuk kebaikan adik-adikku, darah dagingku.


Terima kasih Ana untuk kek ini. Lain kali buat lagi ok. Mehmeh.


Ini kek pertama. Ececeh ada kek keduakah? Tunggu dan lihat.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 15, 2014

Kek impian di hari lahir - Secret Recipe

Aku & kek tak dapat dipisahkan buat masa ini. Dengan donut dah boleh pisah. Miahahahaha! Dulu hantu donat, sekarang hantu kek. Apa saja kek cheese aku bantai. Sodaaap!


Kek impian 2014, teringin nak beli kek secret recipe tapi nak beli campur-campur. Memang aku tak pernah buat. Ala, padahal benda biasa sajakan tapi tak tau pasal apa hati berkenan benor nak buat lagu itu. 


 Macam inilah yang aku teringin!
Pelbagai dalam satu


Tak buat full pun ada 4-5 ketul ok juga. Indulgence, turkish, oreo cheese, strawberry cheese & lain-lain. Waaahhh! Tengok orang gila kek memang akan ingat nama kek. Hahahaha.




Aduh! Tengok gambar dah buat aku terliur. Agaknya kek macam ini aku kena beli sendiri atau ada yang sudi belikan? Kalau buat macam ini, boleh sambut sekali dengan adik & mak nanti. Lambat pun tak kisah.


Ke STALKER nak tolong belikan?


Mehlah belanja den. Stalk blog saja buat apa. Tolong ingat kek impian daku di tahun 2014 ini & belanja ya. Terima kasih.


Jangan terkejut kerana aku mampu habiskan seorang diri
=___=
Hantuuuuuu kek!
Hahahaha


Update :
Memang diet atkins tapi sekarang dah duduk fasa 4
fasa maintain = Makanlah apa pun asal berkawal
Kira tak berapa diet pun boleh dah sebab dah dapat berat yang nak
Alhamdulillah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 14, 2013

Cheesecake meleleh air tangan Yui



Resepi?
Korang lagi hebat dari daku 
=___=


Update : Resepi akan diberi Isnin depan
Ini kek dah siap just tunggu ngap masuk mulut ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 03, 2013

JJCM versi Yui : Tempahan durian crepe & kek coklat cream cheese area Ipoh

Hari Sabtu lepas sempat rembat durian crepe dan kek coklat cream cheese. Dah tahu kawasan akak Crepe House area Meru, Ipoh. Dan pelanggan harus datang terus ke rumah untuk ambil.




Dapat merasa dua ini je dulu sebab terus datang rumah tanpa order terlebih dahulu. Manalah nak tahu family mahu shoping di Mydin. Kalau tahu awal, dah macam-macam aku order. Nampak tak aku tamak? Hihi.


Harga untuk 5 ketul durian crepe RM 10 dan sebekas kek coklat cream cheese RM 6. Saiz bekas macam dalam tau fu fah.


- gambar  kek coklat cream cheese dari FB Crepe House -


Rasanya sangat best terutama durian crepe. Mambleees! Yang kek sebab aku tergoda tengok cheese. Kih kih.


Facebook : Crepe House


Orang Ipoh, bolehlah order. Sila contact terus Akak Crepe House untuk pertanyaan. Korang cuci mata kat FB dia pun best sebab tertarik dengan hasil yang semuanya nampak menarik dan menyelerakan. Nyum nyum.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 25, 2013

Melty yang super nyuummmy!

Order untuk kali kedua dibuat oleh aku kepada sis Yanie Cicha. Sebelum ini order 3 jenis kek { entry }.


Sebenarnya dah lama aku mengidam nak try. Punya meleleh je tengok sis Yanie Cicha dok post kat FB. Maka bila ada kesempatan, terus order!




Rasa yang buat aku tergugat sebab nampak cheese tu. Macam memanggil untuk aku telan. Bila masuk dalam mulut, terasa nyummmy. Ada rasa cheese, coktat melty, creamy dan biskut. Macam biskut marie pun ada.


Satu bekas macam atas hanya RM 5. Ada orang Ipoh nak order? Sis Yanie Cicha duduk area Batu Gajah. If nak deliver pun boleh. Yang penting terus contact beliau ya.


Facebook : Yanie Cicha


Hangpa p tengok dalam album, pasti lagi terliyuqqq nak habaq maiiiii!


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^