tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, January 13, 2017

Kebaikan Dilakukan Dalam Diam



Sumber : Kata-kata Hikmah





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 12, 2016

PETUA HIDUP TENANG

🔔Petua hidup tenang🔔

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Sumber : Facebook




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 25, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iphone

Ini kisah benar isteri kepada customer aku.


Tunjuk yang original, bila bayar, diberikan Iphone palsu. Lagi satu tawarkan harga yang tidak munasabah murah & mendesak agar pelanggan segera pergi.


Lokasi : Pasar malam ( tak sepatutnya beli di situ )




Nasihat,
Beli di tempat sepatutnya
Bandingkan harga
Sila kelebek sebelum beredar


Berhati-hati sebab penipuan berada di mana-mana sahaja.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 10, 2014

Vitamin C dan udang boleh bawa maut hanyalah mengarut

Korang pernah terbaca katanya kalau makan vitamin c, jangan pula makan sekali udang. Katanya membawa maut. Lepas itu di FB nampak ada share gambar perempuan yang darahnya mengalir dari hidung dengan banyak. Konon kesan pengambilan dua benda ini.


Mohon anda baca sendiri blog seorang doktor { entry }.


Rupanya bila aku baca blog doktor di atas, baru tahu hakikat sebenar. Kalau tidak selama ini aku duk follow la apa yang di share di FB tanpa usul periksa. Mohon korang baca penerangan doktor di entry tersebut. Baru boleh faham.


Sebab itu yang suka share sebarangan tu belum pasti SAHIH. Banyak sangat penyebaran palsu sekarang. Lepas itu menakutkan orang. Lepas itu yang tak berapa nak selidik pun mengikut sahaja. Macam akulah! Tipah tertipu selama ini.


Punyalah aku makan vitamin c dan hari yang sama taknak makan udang. 


Ceh! Diklentong selama ini.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^