tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label petua mudah. Show all posts
Showing posts with label petua mudah. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

Tips Kecantikan : Scrub dari beras pulut

Ini mak aku yang ajar. Petua orang tua. Memang mudah dan hasilnya memang superb!! Bahan pun biasanya ada kat dapur.




Bahan-bahan :

1) Beras pulut
2) Sedikit air


Sangai beras. Ala yang golek golek atas kuali tanpa minyak sampai kekuningan. Blendkan bagi hancur. Kalau rajin tumbuklah.


Pastu masukkan dalam piring. Campur dengan air sikit. Bila kita nak guna, kita letak tapak tangan terus gosok bahagian badan yang kita nak. Kalau rasa beras tu dah kering, tambahkan lagi air. Macam tu la seterusnya.


Tenyeh tenyeh dan tenyeh sesedap rasa. Yang mana tak biasa, rupa beras tu nanti kehitaman. Tu namanya daki. Hahahahaha.


Cubalah tau. Aku memang suka sebab satu badan aku tenyeh. Belakang badan boleh buat sendiri? Memang taklah. Jadi, maklah yang tenyeh belakang aku. Terbaik habaq hangpa.


Korang kena cuba dan rasai sendiri perbezaannya ok. Lembuuuuuttttttt badan korang.


Mak cakap,
Dia pernah buat sebelum dia nikah dengan abah. Tu pun orang keliling paksa buat. Ehh !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 06, 2016

Kulit flawless dengan skrub tomato



Tak perlu keluar modal mahal-mahal. Hanya guna bahan yang biasa ada dalam rumah aje kan? 


Yui dan mak dah cuba. Memang best
Sebab mak ada masalah jeragat, saja cuba kat dia. Pegang pipi sebelum dan selepas, memang rasa berbeza.


Apa pun kena rajin.
Kalau sekali cuba dah nak nampak flawless, memang berangan la ya nak !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^