Entry semalam sedia maklum aku bagitahu aku hadiri satu temuduga dan ada yang bertanya perihal pengalaman atau cerita temuduga berkenaan. Ok dalam entry khusus untuk menjawab dan ditambahkan dengan luahan perasaan dari diri sendiri.
Sebenarnya aku dipanggil untuk temuduga sebagai pengurus. Skop kerja sama seperti kerja sedia ada cuma owner syarikat berbeza & jawatan ditawarkan berbeza.
Alhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar & soalan diajukan alhamdulillah dijawab sebaiknya. Apa yang menjadi masalah adalah dari segi gaji permulaan yang mungkin ditawarkan.
Jujur memang aku up gaji lebih sikit dari sedia ada tapi gaji sebagai pekerja biasa. Tak tahu pula diberikan untuk jawatan pengurus. Sebab gaji aku letak memang rasa tak relevan untuk jawatan sebagai pengurus.
Contoh :
Gaji basic : RM 1700
Gaji dipohon : RM 2000 ( sebagai pekerja biasa )
Ditanya berapa sewa rumah. Katanya kalau mereka up gaji aku lebih dari gaji sekarang, aku masih dapat jimatkan duit melalui rumah sewa & minyak kenderaan. Aih! Serius rasa membara sedikit hati sebab terfikir kenapa perlu diungkit benda macam itu? Tahu tak dia berapa hutang kita, kenapa kita mohon sebegitu?
Yang buat aku rasa tak valid, dengan gaji mungkin antara RM 1800 - RM 2000 adalah untuk jawatan pengurus. Eh! Bukan demand ok. Tempat kerja sekarang gaji pengurus 2 atau 3 x dari angka itu. Besar tanggungjawab pengurus.
Dari cara mereka interview aku seperti mereka tertarik dengan pengalaman yang aku ada. Siap tanya berapa lama notis berhenti, kursus dan lain-lain. Atau aku yang perasan? Hahahah.
Aku mohon kerja itu disebabkan mak aku. Katanya tak payah duduk rumah sewa, tak payah berjauh. Jadi aku ikut kata mak dan bila aku ceritakan apa yang terjadi, mak suruh aku teruskan dengan kerja sedia ada. Hihi, itu aku suka.
Keputusan temuduga tak pasti bila diketahui, kalau ada perkembangan aku akan update. Jujur aku terpaksa tolak dengan baik andai ditawarkan kerja tersebut. Banyak aspek yang difikirkan balik dan aspek-aspek itu penting untuk masa depan juga.
Aku suka kerja sekarang. Rileks, memudahkan, ada insentif, ada bonus, ada kenaikan gaji & macam-macam lagi. Alhamdulillah.
* Pengalaman itu penting buat kita & maaf sebab terlebih membebel. Ikut hati panjang lagi nak karang. Huhu.











