tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, April 09, 2014

Pengalaman temuduga sebagai pengurus

Entry semalam sedia maklum aku bagitahu aku hadiri satu temuduga dan ada yang bertanya perihal pengalaman atau cerita temuduga berkenaan. Ok dalam entry khusus untuk menjawab dan ditambahkan dengan luahan perasaan dari diri sendiri.


Sebenarnya aku dipanggil untuk temuduga sebagai pengurus. Skop kerja sama seperti kerja sedia ada cuma owner syarikat berbeza & jawatan ditawarkan berbeza.


Alhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar & soalan diajukan alhamdulillah dijawab sebaiknya. Apa yang menjadi masalah adalah dari segi gaji permulaan yang mungkin ditawarkan.


Jujur memang aku up gaji lebih sikit dari sedia ada tapi gaji sebagai pekerja biasa. Tak tahu pula diberikan untuk jawatan pengurus. Sebab gaji aku letak memang rasa tak relevan untuk jawatan sebagai pengurus.


Contoh :

Gaji basic : RM 1700
Gaji dipohon : RM 2000 ( sebagai pekerja biasa )


Ditanya berapa sewa rumah. Katanya kalau mereka up gaji aku lebih dari gaji sekarang, aku masih dapat jimatkan duit melalui rumah sewa & minyak kenderaan. Aih! Serius rasa membara sedikit hati sebab terfikir kenapa perlu diungkit benda macam itu? Tahu tak dia berapa hutang kita, kenapa kita mohon sebegitu?


Yang buat aku rasa tak valid, dengan gaji mungkin antara RM 1800 - RM 2000 adalah untuk jawatan pengurus. Eh! Bukan demand ok. Tempat kerja sekarang gaji pengurus 2 atau 3 x dari angka itu. Besar tanggungjawab pengurus.


Dari cara mereka interview aku seperti mereka tertarik dengan pengalaman yang aku ada. Siap tanya berapa lama notis berhenti, kursus dan lain-lain. Atau aku yang perasan? Hahahah.


Aku mohon kerja itu disebabkan mak aku. Katanya tak payah duduk rumah sewa, tak payah berjauh. Jadi aku ikut kata mak dan bila aku ceritakan apa yang terjadi, mak suruh aku teruskan dengan kerja sedia ada. Hihi, itu aku suka.


Keputusan temuduga tak pasti bila diketahui, kalau ada perkembangan aku akan update. Jujur aku terpaksa tolak dengan baik andai ditawarkan kerja tersebut. Banyak aspek yang difikirkan balik dan aspek-aspek itu penting untuk masa depan juga.


Aku suka kerja sekarang. Rileks, memudahkan, ada insentif, ada bonus, ada kenaikan gaji & macam-macam lagi. Alhamdulillah.


* Pengalaman itu penting buat kita & maaf sebab terlebih membebel. Ikut hati panjang lagi nak karang. Huhu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

19 dak comei sayang YUI:

adna^madhiha^ said...

caya la..jnji relex n enjoy..

Rizziela said...

betul tu
saya g interview pun soalan yg sama

1. Kenapa high jump sgt gaji yg dipohon?
2. Kalau kita bagi gaji sama dgn gaji skg ..boleh tak?


Ko tgklah keje ko nak bg tu..kalau setakat nak bagi keje data entry & filing oklah..x high jump...dah keje pun mencabar..gaji pun kenalah mencabarkan?

Ayu Zan said...

yui.. kdg2 kite keje gaji besar tp mood xsedap, stress tlebih xbest gak..kan kan

- AZIE - said...

kena wat pk betul2 sebelum wat keputusan ni..gud luck utk yui

Liza Licha said...

kalau tak berbaloi dengan apa yg yui dapat skrang bettr not to accept the offer. all the best Yui

AnneRaini said...

dah betul dah tu yui...kalo keje pengurus tp gaji mcm pekerja biasa buat apa... org lain syok xpening kepala kite stress dgn tggjwb.

Azhafizah Md Nor said...

dengan adanya pengalaman kita boleh demand gaji kan :)

Nurzakiah Hanum said...

INSYAALLAH

Tihara said...

bagus lah yui, share experience..
kata hati ibu biasanya tepat, insha Allah

Cho Zila said...

elok juga berfikiran begitu.. takkanlah gaji pengurus gitukan... tapi Ipohkan Yui macam2 boleh jadi... (akakkan keje kat Ipoh lama)...
apapun terpulang pada Yui jugak...

diana said...

kalau Yui tolak nanti mesti depa sedar ianya sebab gaji..bagi depa sedaq sikit..hehehe

Huny eda said...

alhamdulillah dengan rezeki yang ada dear..baikk kerja yang rilex, jangan nak gaji besar gak, tp tension..karang berkerut muka gak tiap pagi..hihihi

ct kektus said...

tapi kalau pengurus, selalunya gaji lebih dari 2000 tau. huhuu

kalau selesa dengan tempat sekarang, stay je lah yui. :)

Cik Anita said...

Pergi intebiu ke merata-rata memang syok. Sebab boleh dapat pengalaman!

Kadang kena tau gak, kenapa jawatan tu kosong? Jugak kena tahu adakah kekosongan di situ kerap berlaku?

hee

najihahfara said...

kalau pengurus tu oklah gaji 2000 keatas. lagiun kita dah ada pengalaman kerja kan. ape pun good luck :)

Syazana Zainn said...

bg kite if jawatan pengurus dlm 2k mmg x worth it la yui

normally if company cikai2 pun at least 3k utk pengurus

kalau company besar jgn kata laaa. mau 4-5k

eima said...

klu tu campony kecik tak yah la.... better stay kat tmpt skrg yg ade mcm2 benefit ... kerana nk kejar jwtn ... tp tak berbaloi wat pe .. kan

Yana Libra said...

better pilih company yg lebih banyak benefit..pape pun fikirlah masak2 :)

ayut said...

Klu dh ad pgalaman xpe yui nak demand..pttnya dia pon kena paham org dh ad pglaman gaji knala besar ckit..pastu pengurus plak.ikit gaji market la pttnya..xpela..xamik pon xpe..