tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label update. Show all posts
Showing posts with label update. Show all posts

Friday, November 07, 2014

Whatsapp menunjukkan perubahan baru untuk bacaan penerima

Tak tahu nak letak tajuk macam mana tapi kalau tengok gambar kira fahamlah ya. Benda ini aku perasan petang semalam. Ada yang bagitahu dari pagi. Sejak bila aku tak kisah tapi yang kena ambil kisah apa yang di upgrade oleh pihak whatsapp.




Kalau sebelum ini, tanda dua bermakna dah terima. Baca atau belum si penghantar tak dapat kenalpasti. Tapi sekarang, yang tanda dua terima. Yang berwarna biru, penerima dah baca. Nampak dah apa yang diupgrade?


Benda macam ini bagus untuk mereka yang berurusniaga terutama kepada yang sangat kelam dan tak menyempat nak tunggu respon. So, perhatikan benda ini sekarang.


Walau letak setting - privacy - last seen nobody, takde makna sangat itu semua sekarang. Masih boleh nampak kau baca atau tidak. Aku suka juga benda macam ini, takdelah lagi nak buat istilah menipu ke tidak. Jelas dan nyata.


Lagi satu, kepada kaki klentong/kayu tiga, uninstall sahaja whatsapp. Gunalah aplikasi lain sebelum anda terkantoi. Hahahahaha!


Ada siap cakap whatsapp ini punca pergaduhan. Ala, pokok takkan goyang kalau angin takde melainkan ada tangan asing yang saja menggoyangkan pokok itu. Ada faham?


Apa pun, masih ada cara lain untuk elak si penghantar perasan kita baca mesejnya atau tidak. Caranya? Korang pun tahu. Haha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 19, 2014

Bakal kemaskini bloglist

Dalam berblog, antara benda utama akan aku kelebek adalah update terkini dari mereka yang tersenarai dalam bloglist aku. Sudah semestinya akan aku blogwalking. 


Aku dah perhatikan berbulan-bulan, ada beberapa blogger terus menyepi. Mungkin ada sebab tersendiri. Maka dengan itu akan aku ambil inisiatif untuk update & perbaharui senarai bloglist.


Untuk pengetahuan anda. , mereka yang tersenarai adalah antara mereka yang "kaki komen" & rajin menyinggah. Selain itu sebagai tanda menghargai kerena mereka sudi letakkan blog aku dalam bloglist mereka juga.


Siapa lagi yang ada letak link http://nusha1706.blogspot.com dalam bloglist anda, tolong maklumkan pada aku. Aku akan masukkan juga nanti. Kadang aku ketinggalan. Maaf. Supaya senang untuk aku terjah. Dashboard bukan boleh harap sangat!


InshaaALLAH nanti nak buat segmen ringkas buat mereka yang nak join bloglist kedua =)







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^