Tak tahu nak letak tajuk macam mana tapi kalau tengok gambar kira fahamlah ya. Benda ini aku perasan petang semalam. Ada yang bagitahu dari pagi. Sejak bila aku tak kisah tapi yang kena ambil kisah apa yang di upgrade oleh pihak whatsapp.
Kalau sebelum ini, tanda dua bermakna dah terima. Baca atau belum si penghantar tak dapat kenalpasti. Tapi sekarang, yang tanda dua terima. Yang berwarna biru, penerima dah baca. Nampak dah apa yang diupgrade?
Benda macam ini bagus untuk mereka yang berurusniaga terutama kepada yang sangat kelam dan tak menyempat nak tunggu respon. So, perhatikan benda ini sekarang.
Walau letak setting - privacy - last seen nobody, takde makna sangat itu semua sekarang. Masih boleh nampak kau baca atau tidak. Aku suka juga benda macam ini, takdelah lagi nak buat istilah menipu ke tidak. Jelas dan nyata.
Lagi satu, kepada kaki klentong/kayu tiga, uninstall sahaja whatsapp. Gunalah aplikasi lain sebelum anda terkantoi. Hahahahaha!
Ada siap cakap whatsapp ini punca pergaduhan. Ala, pokok takkan goyang kalau angin takde melainkan ada tangan asing yang saja menggoyangkan pokok itu. Ada faham?
Apa pun, masih ada cara lain untuk elak si penghantar perasan kita baca mesejnya atau tidak. Caranya? Korang pun tahu. Haha.
11 dak comei sayang YUI:
oooo..gtu rupanya..
cara lain tu selalu ada kan Yui.
yang taw je faham kikikiki
x leh tipu lagi kan
tu la smlm prasan ade tanda biru ...
mama tengok sama je... hahaha
dah tak leh bg alasan....sorry baru baca mesej...hihi
ya.. menarik juga.. sekurang2nya tahu msj da di baca kan\\\\\\\\
ya.. menarik juga.. sekurang2nya tahu msj da di baca kan\\\\\\\\
Untuk personal je die kluar biru..untuk group gak keluar..nak buat entry gak la..hehe
telefon tertentu jak kah yg keluar tanda biru di watsap tu??tempat saya teda pula..
Lebih sng nk tahu kan
Post a Comment