tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, January 05, 2016

Cultured Milk Drink : Calpis Mango

Rajin tonton rancangan Juara Parodi? Selain dari mendapat tajaan Aurawhite, aku perasan ada air jenama Calpis.


Mula-mula memang aku tak tahu kewujudan air ni. Lagi-lagi bertambah confuse dengan jenama Caliph. Sebutan macam lebih kurang. Heeeee.




Yang aku nampak ada 2 perisa. Original & Mango. Aku pilih mango sebab aku suka! Takdelah, sebab lama tak makan buah, ambillah yang ini.


Harga sebotol besar 1 liter lebih kurang RM 4+. Sedap juga airnya. Lain sikit dari jenama air kultur yang ada di pasaran.


Korang cubalah, lain orang lain tekak!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Isnin punya penangan!

Tu dia tu dia, semalam punya penangan, seharian kerja menghadap pc. Tak sempat nak curi masa nak update entry lain. Mehmehmeh.


Dengan sorang mc. Orang pulak baru keluar asb, bonus, semua pakat hentam kromo nak buat hari Isnin juga. Huuuuu.


Harap hari ini lebih tenang dari semalam. Nak jugalah santai-santai.


Harini aku jejak balas blog korang ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 04, 2016

Menyegarkan diri di pagi Isnin 2016

Isnin pertama di tahun 2016. Banyak benda bakal & terjadi pada hari Isnin ini. Tak gitu?


Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah
Ada yang sambung bercuti
Ada yang mc
Ada yang masuk lambat akibat terlebih cuti
Ada yang bersemangat nak kerja
Ada yang lemau di pagi hari
Ada yang tak sabar dapat bonus

Dan macam-macam lagi. Korang kategori mana?


Aku kategori biasa-biasa. Pagi lemau tapi kejap lagi ok. Hahahahah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 01, 2016

Entry pertama di tahun 2016

Tengah senang lenang bercuti macam che'? Kita serupa. Hehehehe.


Cuti 3 hari lagi. Isnin nanti macam biasa, mood lemau akan ada. Dasar pemalas!


Secara tak langsung, ini entry pertama di tahun 2016.
Mengharapkan apa yang diimpi akan tercapai walau kadang ia hanya angan semata-mata.


Selamat Tahun Baru 2016 semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^