tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, February 12, 2016

Kucing ke 16 & 17 dimandulkan - Omei J & Kaka

Lagi aku mandulkan dua ekor kucing jantan. Atas masalah kewangan, perlu mandul yang jantan dulu sebab kos lebih rendah dari betina. Adik aku yang membawa memandangkan dia cuti sementara nak masuk praktikal.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 40




Aku belum kenalkan lebih mendalam tentang Omei J yang adik aku bawa balik dari UUM. Kaka pula adalah kucing yang aku jumpa berkeliaran sekitar pejabat. InshaaALLAH nanti aku ceritakan lebih lanjut kisah mereka.


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

4 dak comei sayang YUI:

miss eimanhikmah said...

mandulkan kucing utk kebaikan semua..good job..

AMIIZAA@Mieja said...

akak doakan awak dimurahkan rezki, kerana selalu menolong makhluk allah:)

Dunia Zumal said...

Semoga usaha Yui dipermudahkan dan membantu menyelamatkan kucing...

Anum Abdullah said...

wahh...dah banyak dah kucing yg yui dah mandul kan..