Bulan puasa macam ini kalau pergi bazar, pergi pula bahagian kuih-muih, agak tergoda tengok kemeriahan kuih itu. Lagi best bila tengok kuih cara biasa atau cara berlauk, perghhh iman! Sedapnyaaaaaa.
Jadi, melalui resepi yang ada di Kelab Diet Atkins, aku sendiri cuba buat "kuih cara" dengan gaya diet atkins. Lepas gian tengok rupa. Psiko diri sendiri. Muahahahaha!
Ikut resepi, inti ditekan cantik
Disebabkan taknak membazir aku letak menimbun
=___=
Bahan-bahan ( 1 orang )
1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit tuna
4) Sedikit sayur hijau ( guna bayam lebihan untuk sup )
5) Sedikit daun sup ( bagi wangi )
6) Sedikit mayonis ( kewpie merah/swiss bear rendah carb )
7) Sedikit lada hitam
9) Sedikit sos cili ( nandos antara rendah carb )
Cara-cara
1) Rebus telur hingga masak & kupaskan
2) Goreng telur hingga kekuningan kulitnya
3) Potong telur 2 bahagian & korek kuning telur
4) Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan lain & kacau hingga sebati
5) Sumbat semula dalam putih telur tadi
Itu sahaja. Senangkan? Kalau nak jadi cara berlauk, boleh gunakan daging cincang ( buat kari/goreng berlada ) kemudian taburkan atas telur. Jadilah cara berlauk.
Amacam? Sape kata diet atkin tak boleh makan sedap-sedap? Sup bayam aku buat simple sahaja sebagai rutin nak makan sayuran hijau setiap hari.
Selamat mencuba.






