tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, July 02, 2013

Ubat spray untuk selsema - Afrin Nasal Spray

Member opis ada selsema sebelum ini. Datang pula customer seorang nurse, dia cadangkan beli ubat spray dalam hidung untuk kurangkan selsema.


Disebabkan aku pun tak berapa nak sihat, laju aku cari di Watson. Ada macam-macam jenama. Aku pilih yang harga bawah RM 20. Lagipun nak test keberkesanannya.


- sarapan bersama susu -


Hanya perlu spray di kedua belah hidung waktu pagi dan malam. Kalau tersumbat, elok benar pakai ini. Macam bagi lega sikit.


Harga dalam RM 18. Boleh cari di Watson. Ubat spray ini tidak mengantukkan anda ya.


Bagi aku ubat spray ini okay. Korang cubalah juga nanti jika terkena selsema.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 01, 2013

Review : Bedak sejuk Tanaka

Sebelum ini aku up entry fenomena bedak Tanaka. Aku yang taknak ketinggalan nak rasa fenomenanya pun turut beli bedak Tanaka. Terus grab yang 110gram. Puas hati besar gedabak! Hahaha.




Ambil bau limau. Sedap je baunya. Rasa macam guna axion. Hihi. Dah 3 hari pakai. Sebelum tidur aku pakai dan bangun pagi baru basuh.


Alhamdulillah, okay dengan muka aku. Bila basuh muka, rasa macam lembut struktur kulit muka. Ini tak klentong ya. Ujikaji ke atas diri sendiri. Ibarat kita tak payah pakai foundation pagi itu.


Sehinggakan mak dan abah aku try. Siap suruh order lagi! Apa lagi, bedak aku ditinggalkan di SS untuk mereka pakai. Berkorban untuk mak abah. Kui kui.


Bedak ini juga boleh dijadikan foundation tapi aku taknak. Cukup sekadar pakai malam. Siang masih setia dengan safi & pixy.


* Lain orang mungkin lain kesannya. Aku beli tak sampai RM 20 termasuk poslaju.


Update : Inilah yang Nora Danish guna 
tapi dia dah rebranding rasanya
Sama ja ( kata peniaga itu )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pemenang baru GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang

Disebabkan tempoh "bertenang" sudah tamat, seperti yang aku janjikan, aku umumkan pemenang baru bagi GA Jun 2013 Nurul Yui - Like & Menang.


PEMENANG BERTUAH MILIK NO 11


Maaf kepada peserta no 17 kerana daku terpaksa pilih pemenang baru. Moga pemenang baru dapat PM aku secepatnya di page FB { link }untuk perbincangan bersama mengenai design bantal felt craft saiz A4. Moga design yang diminta mampu direalisasikan mengikut kemahiran jari jemari. Hihi.


Pemenang baru diberi tempoh hingga jam 12.00 tengahari esok. Takde juga, cabut lagi pemenang baru. Nasib baik kertas undi aku tak buang. Hihi.



Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kesesakan lalulintas

Harini perasmian di Balai Polis Sg Siput (U). Makin besar dan luas kawasannya. Jadi, keadaan lalulintas menjadi kelam kabut sedikit.


Al-maklum sahaja, arahan lampu isyarat tidak terpakai jika terdapat polis trafik yang mengawal lalulintas. Dari Sg Siput (U) hinggalah sampai kawasan Klebang, di situ kurang lancar.


Dah lebih 3x lampu isyarat bertukar warna, langsung tak bergerak bahagian aku untuk ke Ipoh. Terdengar suara-suara yang mengeluh. Tak salah sebab semua pakat kelam kabut nak pergi kerja. Tak memasal kad merah pulak.


Aku? Eh takpe lagi. Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. So rileks brader! Hihi.


Sepanjang perjalanan nampak banyak kereta polis, motorsikal polis yang mengiringi pegawai besar dari merata daerah mungkin.


* Aku tunggu hingga pukul 12.00 tengahari, takde juga pemenang lapor diri, cabutan untuk pemenang lain akan ada. Sabar menanti ya. Dah 3 hari.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^