tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, March 06, 2017

Bila keluarga anjing jalanan berjaya diselamatkan

Secara tak sengaja Yui terdengar bunyi suara anak-anak anjing
Bila jenguk belakang pejabat, masyaALLAH
Kasihan sungguh melihat ibunya


Dalam 2-3 hari Yui bagi makan
Jumaat lepas terdengar suara sayup-sayup
Bila Yui perhati betul-betul
Nampak seekor anak anjing termasuk dalam longkang
Bermakna dalam 2-3 hari juga dia tak dapat susu ibunya




Daif sangat keadaan mereka
Dengan ibunya sakit
Kaki tempang
Badan anak dipenuhi kutu






Yui rekod video mereka dan ambil gambar
Dengan harapan ada yang berdekatan Ipoh akan ambil mereka
Entah macam mana ramai yang share
Alhamdulillah, yang jauh dari Selangor sanggup datang Perak
Untuk selamatkan family anjing ini




Lega semuanya dah selesai
Harap mereka gembira di samping keluarga baru


Perkembangan mereka semunya Yui ceritakan di FB
Terima kasih yang banyak membantu
Sekarang baru Yui lega dan boleh berniaga macam biasa
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 dak comei sayang YUI:

Cik Nor said...

baiknya yui..:)

noor azlan said...

Usaha yang sangat bermakna kepada makhluk Allah SWT, semoga Allah SWT memberi rahmat setimpal kepada Yui... Syabas...

Anum Abdullah said...

kesian nya tengok anjing tu..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

alhamdulillah... terbaik la..!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagusnya Yui..
Ada nilai2 murnia dalam diri..
tak kira apa jua haiwan..
mmg perlu kita selamatkan..
kerana mereka jua makhluk Allah.

Mia Liana said...

wahhh.. baiknya hati yui



psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

- Mia Liana -

Ana Fatihah said...

Bagusnyaaa! Besar pahala tu Yui. <3

Seorang Syed said...

Alhamdulillah diorang selamat. Bagusnya yui, the power of social media. You have done a good job :)

EkaTikah said...

alahai, kesiannya anjing tu. nasib ada kak yui. kalau org lain, entah apa jadi kat anjing tu

Nour Adieb said...

anjing pun makhluk Allah. teringat kisah yg pompuan bg minum sekor anjing tu. tahniah Yui, tindakan Yui share kat media sosial buat family anjing tu selamat 😄