tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kebajikan haiwan. Show all posts
Showing posts with label kebajikan haiwan. Show all posts

Wednesday, April 05, 2017

Kucing ke 25 dimandulkan : Labi

20 Mac 2017 Labi pula Yui bawa ke veterinar untuk urusan spay. Alhamdulillah, Labi adalah kucing betina terakhir dalam rumah di SS yang berjaya dimandulkan. Bukan apa, kos pemandulan seekor RM 80, memang terasa tapi gigih juga kumpul sebab untuk kebaikan mereka.



Wajah sebelum dicucuk pelali





Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik 
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.


Labi pun sama peel macam Silver. Selepas dimandulkan jadi lebih manja. Nak juga dibelai lebih lama. Labi ni antara kucing yang "agresif" sebab dia takkan dekat dengan orang yang dia tidak kenal. 


Banyak kelebihan bila mandulkan kucing. Bukan untuk suka-suka tapi lebih kepada kebajikan mereka. Tambahan Yui sedar Yui tak berapa mampu, jadi Yui mandulkan untuk elak pembiakan yang lebih banyak.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :

2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun (hilang tidak dapat dikesan)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :

1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )
9) Sepet ( anak Seri di rumah sewa )

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 06, 2017

Bila keluarga anjing jalanan berjaya diselamatkan

Secara tak sengaja Yui terdengar bunyi suara anak-anak anjing
Bila jenguk belakang pejabat, masyaALLAH
Kasihan sungguh melihat ibunya


Dalam 2-3 hari Yui bagi makan
Jumaat lepas terdengar suara sayup-sayup
Bila Yui perhati betul-betul
Nampak seekor anak anjing termasuk dalam longkang
Bermakna dalam 2-3 hari juga dia tak dapat susu ibunya




Daif sangat keadaan mereka
Dengan ibunya sakit
Kaki tempang
Badan anak dipenuhi kutu






Yui rekod video mereka dan ambil gambar
Dengan harapan ada yang berdekatan Ipoh akan ambil mereka
Entah macam mana ramai yang share
Alhamdulillah, yang jauh dari Selangor sanggup datang Perak
Untuk selamatkan family anjing ini




Lega semuanya dah selesai
Harap mereka gembira di samping keluarga baru


Perkembangan mereka semunya Yui ceritakan di FB
Terima kasih yang banyak membantu
Sekarang baru Yui lega dan boleh berniaga macam biasa
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 14, 2017

Kucing ke 23 dimandulkan : Sepet anak Seri

Ini sebenarnya kucing di rumah sewa. Taknak perkara lama berulang lagi, di mana maknya, Seri terlepas keluar. Seharian tak balik, tapi "terlekat" juga dia. Aduhhhh. Kecil lagi ketika itu. Dah beranak sampai 6 ekor bulan 9 lepas.


2 anaknya (betina) telah diberi pada yang sudi jaga ketika mereka sudah putus susu. Bila kenangkan kembali, tak sanggup rasanya sebab Yui menangis depan orang yang ambil mereka. Tak sampai hati tapi bila fikir kemampuan kami, relakan juga.


Maka tinggal 4 ekor. 1 ekor jantan dan 3 ekor lagi betina. Bila sudah sesuai untuk kasi, Yui bawa ke veterinar Jumaat 10/2/2017. Bawa yang jantan dulu sebab kos lebih rendah. Sekurangnya lepas ini takde plak yang tiba-tiba bunting.



Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik 
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 40


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.


Alhamdulillah,
Sepet cepat mamai, sedar sepenuhnya malam dan sihat berlari aktif keesokan hari. Mudah sangat menjaga kucing jantan. Korang pun boleh buat kalau taknak lebih banyak pembiakan terjadi.


Jangan jadikan alasan TIADA MASA untuk buat atau kekurangan duit kerana anda boleh berusaha jika sememangnya tekad. Tidak perlu menjadi PENTERNAK BERJAYA. Bila beranak banyak, open adopt. Bagi alasan terlalu ramai. Tak sampai 3 bulan jadi lagi dan berulang. Fikir balik ok!


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :

2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun (hilang tidak dapat dikesan)
14) Labu 


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :

1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 06, 2016

Kejamnya kau manusia!




Manusia ada akal tapi akal tu tak digunakan sepenuhnya
Bertimbang rasalah pada haiwan yang tiada akal!


Ingatlah,
Setiap perbuatan pasti ada balasan
Cepat atau lambat sahaja









guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 13, 2015

Antara kenapa perlu mandulkan kucing

Biasa bela kucing?
Biasa tengok dia beranak?
Berapa ekor sekali beranak?
Berapa kali setahun dia boleh beranak?


Perhatikan carta berikut. Itulah salasilah keturunan kucing ya. Huhu.




Tahu kenapa orang mandulkan kucing?
Salah satu sebab nak jaga kebajikan. Ada owner yang tak mampu nak bela banyak ( kos kehidupan, masyarakat sekeliling, keadaan ) jadi langkah paling tepat adalah MEMANDULKAN KUCING yang ada.


Apa kesan kalau dibiarkan saja dengan alasan, ALA TAK BAIK, KESIAN KUCING.
Kemungkinan besar anak-anak itu akan terbiar. Tak percaya? P tengok kat pasar, kenapa boleh banyak kucing terbiar. Salah satunya adalah SIFAT MANUSIA yang nak jalan senang. Taknak bela banyak, senang hati buang merata. Huhhh!


Apa hukum mandulkan?
Cari ceramah UIA. Dengar dan fahami. Tak payah nak kondem bukan-bukan kalau sendiri tak tengok.


Setakat ini dah 11 ekor kucing aku mandulkan. Alhamdulillah, satu persatu aku akan cuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 13, 2015

Kucing ke-11 dimandulkan : Kiut

Alhamdulillah 9/7/2015, seekor lagi kucing kesayangan keluargaku berjaya dimandulkan. Aku kena buat cepat sementara adik perempuan bercuti 2 bulan ( senang dia bawa ). Nak harapkan aku, cuti tengah beku sebab ada staf cuti bersalin.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor




Kiut pernah hilang seminggu ( disyaki dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab ) dan dia berjaya jumpa rumah kami. Menitis air mata kegembiraan tengok dia walau keadaan dia saat itu sangat menyedihkan kerana sedang bunting.


Anak dia 2 ekor Che Ta & Zen [gambar anak]. 
Moga baik-baik hendaknya. InshaaALLAH.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka
Muna


Doakan semua dipermudahkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli & menderma khas dana untuk meow.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 23, 2015

HAKIKAT SI KUCING DI BULAN RAMADHAN




Sebab siang hari tidak makan, jadi aku akan sentiasa membawa bekal makanan kucing ( kibbles atau wetfood ). Senang andai terserempak, boleh terus hulurkan.


Kesian.
Itu saja yang aku rasa. Simpati dengan nasib kucing jalanan. Begitu juga haiwan jalanan lain terutama anjing.


Ini juga salah satu cara kita bersedekah.
InshaaALLAH sentiasa amalkan tidak mengira ramadhan atau bukan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 27, 2015

Keadaan terkini Kika



Melihat secara mata kasar, nampak Kika seekor kucing yang sihat. Hakikatnya dia telah disahkan menghidap kanser payu dara.


Perkembangan terkini Kika :

1) Lubang yang terbuka masih sama
2) Mula nampak sedikit cecair keluar dari lubang itu
3) Hanya mahu makan wetfood atau makanan lembut
4) Masih menjawab apabila dipanggil




Ini keadaan putingnya. Warna gelap itu adalah disebabkan semburan ubat yang akan kami lakukan hari-hari untuk mengelakkan ulat.


InshaaALLAH Khamis depan akan buat pembedahan. Walau ku tak pasti berapa % risikonya. Apa pun, usaha itu yang lebih penting. Yang lain terserah pada kekuasaan ALLAH.


Kenapa Khamis?
Sebab aku kena hadiri seminar di KL dari Isnin - Rabu
Hari Khamis aku sudah apply AL


Doakan semua dipermudahkan.


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 18, 2015

Makanan yang diberi kepada kucing

Kak Diana ada tanya dalam [entry], apa makanan yang ku beri kepada kucing-kucing yang dibela. Beli atau buat sendiri?


JUJUR
90% makanan yang diberi adalah makanan beli di kedai kucing
10% kalau aku rajin nak buat wetfood untuk mereka


Jadi, setiap bulan sekurangnya RM 100 - RM 150 akan ada duit untuk kucing. Barang yang dibeli termasuk dry food, wet food, pasir & ubat supplement. In case kucing sakit, itu cerita lain.


Jenama makanan yang aku beri?
Campur-campur. Kucing aku ada yang peel tersendiri. Contohnya Lela, nak kena campur Kiska, Friskies & makanan lain. Kalau tidak, jangan harap dia nak makan! Memilih anak dara tu.


Oh ya, jenama-jenama yang ada di pasaran ada kelebihan dan kekurang tertentu. Contohnya makanan berwarna ( friskies, whiskas, prodiet ) tak elok jika berterusan bagi kerana kandungan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan batu karang pada kucing.


Seeloknya beri makanan premium di mana warnanya coklat.
Contoh jenama makanan premium yang murah, Starpro. Sekarang aku beri Starpro sebagai makanan utama buat mereka.


Kalau berkemampuan, boleh bagi Royal Canin/ Blackwood/ Eureka/ Proplan dan pelbagai lagi ( harga biasanya 1 kg = RM 13 + ).


Orang yang sederhana seperti aku, sudah pasti bagi semampu yang boleh. Ukur baju di badan sendiri.


Apa pun nak bagitahu, makanan utama mereka ialah nasi digaulkan dengan ikan rebus/ikan bilis ( tidak digoreng ). Juga selalu buat campur dengan ayam rebus. Fuh!!! Memang berselera mereka makan.


Aku bagi yang termampu buat mereka. Aku rawat mereka yang sakit. Aku bagi kasih sayangku sebaiknya.


Maaf anak-anak mummy sebab ini sahaja yang terdaya. Moga kalian membesar dengan sihat dan sempurna. InshaaALLAH.


Harga Starpro 18 kg - RM 136
( petshop di Kuala Kangsar )

TAHUN 2017
STARPRO 18 KG - RM 180 +



Nak tengok gambar kucing-kucing aku?

Part 1
Part 2
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 02, 2014

Sangkar yang sesuai untuk seekor kucing dewasa

Ehem-ehem diingatkan terlebih dahulu, entry ini adalah pendapat peribadi dari aku semata-mata dan melalui pengalaman yang ada. Untuk pendapat yang lebih baik, boleh rujuk pada yang arif.


Blogger sis Diana ada bertanya aku berapa banyak sangkar yang aku ada?
Secara kasar sangkar yang ada lebih 10. Saiz sederhana hingga yang mencapai ketinggian orang dewasa.


Tak semua kucing aku duduk dalam sangkar. Ada yang berkeliaran bebas keluar masuk rumah. Ada yang jadikan bilik air sebagai tempat poo & pee mereka. Ada yang poo & pee dalam bekas pasir. Jadi, sangkar lebih memang spare untuk kucing yang beranak.


Berbalik pada soalan sis Diana
Sangkar apa yang sesuai untuk seekor kucing dewasa


Model terpaksa : Lela


Sangkar seperti dalam gambar di atas, ku rasakan antara yang sesuai untuk letak seekor kucing dewasa. Aku ada banyak sangkar seperti itu. Contoh di luar rumah, 2 sangkar ini digabungkan dan letak 4 ekor kucing yang bersaiz sederhana. 


Harga lebih kurang RM 40. Harga bergantung kepada kualiti sangkar. Ada yang jenis tebal. Yang ku beli jenis sederhana. 


Kalau kucing jenis guna pasir, belilah sangkar lebih besar untuk letak sekali bekas pasir. Jadi, kucing ada ruang untuk bergerak ke sana sini. Yang penting perlu ada ruang untuk mereka tidur.


sumber google


Kalau sangkar jenis bertingkat, harga bermula RM 300 biasanya. Juga mengikut kualiti & saiz sangkar. Boleh letak 3-4 ekor. Bahagian bawah boleh letak bekas pasir. Senang untuk bersihkan sebab ada roda.


Senang cerita beli sangkar biasa. Ada bajet lebih boleh beli yang besar. Lebih berbaloi.


Jadi, beginilah pendapat aku. Harap sis Diana puas hati dengan jawapanku. Nanti aku ukur ikut inchi sangkar tersebut ya. Lupa pula haritu =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 21, 2014

Kaka telah selamat dineuter - Pemandulan

Kaka adalah kucing jantan kedua aku neuter pada 19/11/2014. Kucing jantan pertama ialah Shinchan [entry].


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan RM 40



Gambar atas : Selepas neuter ( kurang sedar )
Gambar bawah : Lebih cergas walau mata kuyu


Kaka memang kucing yang kuat. Tak sampai 5 jam pembedahan dia dah bergerak ke merata tempat. Lalu makan. Sangat berbeza dengan keadaan Shinchan dahulu. Syabas sayang, kamu kuat!


Kaka perlu aku neuter memandangkan dia sudah mula memancut tak kira tempat. Lagipun memang niat aku nak neuter & spay kucing-kucing yang ada satu demi satu. Alhamdulillah, duit neuter yang digunakan hasil jualan dari Dana Untuk Meow Yui


Kos neuter kucing jantan - RM 40 ( veterinar kerajaan Sg Siput )


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandulkan kucing jantan :



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 19, 2014

Info pengkasian kucing & anjing dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dah banyak group fb aku perhatikan, bila ada yang cadangkan pengkasian atau kata mudah mandul, terlalu banyak kata-kata negatif. Sampai ada yang ku baca, seolah yang menaip itu tiada akan fikiran. Sesedap rasa.




Aku copy semula kata-kata aku di dalam FB sendiri


Tolong baca & fahami betul-betul sebelum dengan mudah berkata itu ini atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior.
Sedih bila ada manusia yang berkata" Kau mandulkan kucing itu, kau dah sekat nafsu dia "" Mandulkanlah nanti kau sendiri takde anak "" Akal kau letak mana sampai nak buat macam itu "
Aduhai. Orang yang mandulkan kucing tersebut pasti ada sebabnya. Bukan suka hati nak buat. Fikir logik.
Fikir pula keadaan di mana
1) Kucing semakin banyak, lepas itu buang
2) Bila dah mula memancut, buang
3) Bila dah banyak penyakit, buang
4) Bila dah tak cantik, buang
Lagi teruk bila di buang di kawasan tidak sepatutnya. Ada pula jalan mudah, campak ke mana-mana tanpa fikir kucing itu boleh cari makan sendiri, biasa dengan keadaan sekeliling. Ada fikir itu semua?
Kalau kucing bulu lebat/berbaka, dibagi percuma laju sahaja permintaan. Kucing biasa? Ambil masa dan kadang-kadang langsung takde respon. Kesian. Itu juga antara sebab nak dimandulkan.
Bukan suka-suka nak mandul. Ingat itu!
* Yui dalam usaha bagi mengumpul ‪#‎danauntukmeowyui‬. Hasil jualan 100% akan disalurkan untuk tampung kos meow-meow. Boleh rujuk album :
https://www.facebook.com/media/set/…
Sangat Yui hargai andai ada yang sudi war-warkan jualan untuk dana ini. Terima kasih. Semoga ALLAH membalasnya.

Kalau rumah besar, tak mengganggu persekitaran jiran tetangga, haiwan bebas bolehlah bela banyak-banyak. Sayangnya rumah mak pak aku adalah dalam persekitaran rumah teres. Rumah yang tidak mempunyai tanah yang lapang. Dah lebih 4 tahun aku membela, maka sekarang masanya untuk aku kasikan mana yang boleh.

Kalau masih ragu tentang info pengkasian, boleh terus hubungi JAKIM. Itu lebih baik.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^