tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label musim buah. Show all posts
Showing posts with label musim buah. Show all posts

Monday, February 26, 2018

Buah Bidara Sekilo RM 12

Haritu ada pergi ke pasar Changkat Jering. Niat asal nak cari barang lain tapi sebab takde, belilah apa yang patut di sana sebagai lapik perut kami sekeluarga. Ecehhhhh.


Ternampak buah Bidara. Tu diaaaa, tengok pun terliur rasa. Ada 2 saiz, satu kecil sikit satu besar. Beza RM 2/kg. Yui pilih yang besar supaya puas makan. Kahkahkah.






Sebenarnya macam ini kali pertama makan Buah Bidara segar. Sedap juga, macam makan epal. Tak manis/masam. Sedap untuk ditelan. Yui beli setengah kilo ja sebab yui je yang makan. Mak abah tak makan sangat.


Tengok buah ini,
teringin plak kat buah Staq. Yang kecil kuning masam manis tuu. Terliur saat taip nama buah. Adoiiii!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 19, 2017

Macam mana nak tahu berapa isi manggis?

Wah wahh wahhh, manggis dah ada. Senang cari, senang dapat gituu. Haritu beli kat pasar malam, 1 kg RM 6, 2 kg RM 10. Belilah tak sampai 10, buat hilang kempunan.




Psssst,
Tau tak macam mana nak tahu berapa "butir" manggis dalam tu? Kalau tak tahu, caranya tengok bontot manggis tu. Kalau ada 6 "bunga" , 6 butir juga dalam tu. Cer tengok gambar atas, tu contohnya. Kalau dah tahu, diam-diam aje. Lama dah nak habaq tapi kali ni baru kesempatan sambil update blog yang makin sendu.


Ok sekarang dah tahu kan?
Yui memang suka pilih yang ada 5 ke atas sebab tahu saiz kecil dan senang telan. Hahahaha.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 09, 2017

Bila gian tengok NANGKA

Agaknya tengah musim kot. Sebab dalam Aeon ada jual, pergi pasar malam pun ada. Hari Khamis lepas beli dalam Aeon, RM 6 sepaket ( adalah dalam 6-7 ulas ).




Yang gambar atas ini Yui beli di pasar malam. 2 bekas RM 5. Ok sangatlah harga tu kan. Nasiblah rasanya ok. Tapi Yui pernah rasa ada lagi yang lebih sedap.


Kata deme nangka ni angin tapi dengan Yui alhamdulillah tak rasa gitu.


Apa pun,
Alhamdulillah atas nikmat diberikan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 22, 2016

Musim buah rambutan

La ni dah musim buah
Durian, manggis, rambutan


Dah masuk kali kedua 
Makcik bagi buah rambutan dari kampung
Sekali bagi penuh plastik sampah hat besaq tuu




Buah rambutan kalau takde tangkai tak tahan lama tau
Maka, mak aku rajin kupas siap-siap
Tambahan dia tau anak dia ni "pemalas" nak gigit kopek buah tu
Hahahahah !!


Tengoklah
Seperiuk penuh buah rambutan dah di kopek
Buh dalam peti ais


Pergggh, nikmat!


p/s : Kopek a.k.a buang kulit




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 15, 2016

Bila tekak teringin sangat manggis

Awal-awal musim manggis, aku tak faham apesal tekak nak sangat
Yelah, bertahun-tahun tak makan


Udah teringin, beli juga
1 kg RM 10
Dapatlah dalam 11 biji saiz sederhana


Nasib baik sedap
Puas makan
Aku sorang hadap dekat 7 biji
Yang lain bagi mak
Hahahaha!




TIPS : Nak kenal berapa ulas dalam sebiji manggis


Tengok bontot manggis
Berapa jumlah "bunga", itulah jumlah yang ada
Macam gambar kat atas, ada 6 

Eh fahamke?
Tak faham sudah, haha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 12, 2016

Cempedak goreng RM 4

Pergi pasar malam, nampak plak orang dok goreng cempedak. 
Walau baunya tak seharum macam biasa. 
Beli juga sebab teringin punya pasal.




3 biji kecil RM 1
Sayangnya yang ini tepung lagi tebal dari isi


Heeee, hampa sikit
tapi tetap habis sebab takmow membazir


Esok lusanya,
makcik bagi cempedak sebiji terus
ALLAH kabulkan doa aku tuu
DIA tahu aku hantu cempedak
Harap sempatlah merasa
Sedapnyaaaaaa!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^