tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, February 26, 2018

Buah Bidara Sekilo RM 12

Haritu ada pergi ke pasar Changkat Jering. Niat asal nak cari barang lain tapi sebab takde, belilah apa yang patut di sana sebagai lapik perut kami sekeluarga. Ecehhhhh.


Ternampak buah Bidara. Tu diaaaa, tengok pun terliur rasa. Ada 2 saiz, satu kecil sikit satu besar. Beza RM 2/kg. Yui pilih yang besar supaya puas makan. Kahkahkah.






Sebenarnya macam ini kali pertama makan Buah Bidara segar. Sedap juga, macam makan epal. Tak manis/masam. Sedap untuk ditelan. Yui beli setengah kilo ja sebab yui je yang makan. Mak abah tak makan sangat.


Tengok buah ini,
teringin plak kat buah Staq. Yang kecil kuning masam manis tuu. Terliur saat taip nama buah. Adoiiii!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Ann Ishak said...

uisss dah terasa ngilu gigi bila tengok buah bidara ni :D

anak denesor said...

aah buah staq! hehe

Dunia Zumal said...

Zumal tak pernah makan buah bidara ni, tapi buah staq pernah juga tapi secara kebetulan je...

Anum Abdullah said...

pernah dengar nama buah bidara ni tapi tak pernah nampak lagi rupa dia macam mana..

Hans said...

teringin pula nak makan buah bidara nih

Norlaili A Wahab said...

Fuhhh....lama tak jumpa buah bidara ni ;)

Jahirah said...

susah kot nk dpt buah ni...mcm rare..
kalau buah staq tu rasa mcm dkt nk musim dah ni...

Busyra Takiyudin said...

buah bidara mmg sedap!. kalau mak busyra p pekan hari, msti dia beli buah ni.