tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label masalah poslaju. Show all posts
Showing posts with label masalah poslaju. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Kronologi penghantaran menggunakan poslaju

Ingat lagi hari itu aku kongsikan mengenai nombor rujukan yang tidak ada dalam sistem web poslaju? Mohon rujuk { entry }. Alhamdulillah barang selamat sampai walau nombor rujukan tidak boleh di semak. Sampailah keesokan hari bila check baru nampak status sebenar. 






Boleh nampak rentetan atau kronologi bagaimana poslaju digunakan? Oh ya, pelanggan boleh semak dengan cara mudah. Kalau keluar detail seperti di atas, inshaaALLAH item akan selamat berada dalam tangan penerima.


Kalau tak terima, kena cepat-cepat inform seller untuk tindakan selanjutnya.



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini

InshaaALLAH sedap!



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 11, 2014

Nombor rujukan tiada dalam sistem poslaju

Kalau anda adalah seorang penjual atau pembeli online, pastinya dah biasa dengan nombor rujukan terutama melibatkan poslaju. Bila kita beli barang sudah tentu penjual akan bagi nombor rujukan agar kita boleh semak di laman web poslaju.



Ini contoh dariku sendiri. Seller bagitahu dah pos hari Isnin tapi Selasa masih belum sampai. Dari Terengganu ke Perak. Apa yang membuatkan "tidak sedap" ialah bila semak nombor rujukan, tiada dalam sistem. 


Ada beberapa kemungkinan kenapa nombor rujukan tidak dapat dijejak :

1) Seller bagitahu terlebih dahulu sebelum pos item
2) Seller masih tidak pos mengikut perjanjian
3) Sistem down


Aku sebagai seorang penjual juga dah biasa dengan masalah macam ini. Bukan apa, kadang-kadang kita dah buat kerja elok tapi ada pula pihak lain buat masalah. Paling utama pos hari ini esok dijamin sampai tidak boleh digunapakai sangat sekarang. Maaf sebab ini memang kenyataan.


Jadi, aku memang bajet dalam 2 hari baru sampai ( ikut kawasan ). 


Apa pun, kita sebagai penjual & pembeli kena ada sifat sabar. Andai melibatkan poslaju, tolong bajet dalam 2 hari akan sampai. Kalau sampai awal itu kira terbaik! Kalau lebih 3 hari tidak sampai, kena terus berhubung dengan seller & pihak poslaju.


Takut berlaku keadaan yang tidak diduga. Itu semua kita tak jangka.


Kadang-kadang guna setem lagi cepat tau. Muahaha!


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^