tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label puasa 2015. Show all posts
Showing posts with label puasa 2015. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Ramadhan 1436H Nurul Yui

Alhamdulillah dapat menikmati Ramadhan 1436H dengan baik. Tak banyak berbeza dari tahun lepas tapi tahun ini dapat juga "sekat diri".


SAHUR
Sahur biasanya akan aku makan 1 atau 3 biji kurma & segelas air.
Biasanya air susu & makan vitamin c ( kadang malas telan )


Nasi tidak akan aku makan ketika bersahur. Sebabnya kalau makan juga, seawal jam 10 pagi perut berdondang sayang. Aku tak pasti kenapa sampai macam itu tapi itulah diri aku. Makan benda lain takpe tapi jangan nak sumbat nasi.


BERBUKA
Alhamdulillah sepanjang berpuasa berbuka di rumah sendiri. rumah sewa dan kampung.
Makan di luar hanya sekali bersama teman semalam 12/7/2015.


BAZAR RAMADHAN
Bab ini aku pecah rekod sebab berjaya kawal diri atau buat tak reti. Hoho.


1 Ramadhan pergi bazar di SS tapi hampa dengan apa yang dibeli. Kecewa sebab makanan dan kuih yang dibeli langsung tak menepati citarasa. Kuah caroi, kuih inti kemain pelik.


Ikutkan dalam 4 hari sahaja aku pernah pergi bazar. Memang pecah rekod sendiri!


AMALAN
InshaaALLAH moga amalan di bulan Ramadhan ini diterima ALLAH, inshaaALLAH.


Beginilah serba sedikit kisah daku di Ramadhan 1436H.
Moga dapat bertemu di Ramadhan akan datang. InshaaALLAH.


Cuti Raya tidak ada. Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 26, 2015

MENU BERBUKA SI BUJANG RAMADHAN 1436H

Setakat ini hari pertama saja aku pernah pergi bazar. Tapi bila dah balik Ipoh, duk dengan kawan-kawan, mood nak pergi bazar belum ada ditambahkan lagi dengar perkara kurang enak tentang apa yang dibeli.


Jadi sepanjang puasa, lebih suka masak walau ringkas.
Orang kata masakan bodoh tapi asal kami kenyang cukuplah. Jadi semalam saja masak tempe goreng, terung & telur dadar cream.





tempe yang dibeli tak berapa ok bila digoreng



potong - rendam dalam air garam - goreng


Senang saja menu orang bujang. 
Nak jaga aku senang aje, ada ikan rebus goreng + bawang + cabai + kicap makan dengan nasi panas pun dah cukup selera!


Saja up entry ini sebab takde idea lain. Boleh gitu?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 24, 2015

SUNNAH DI BULAN RAMADHAN



Sumber : UZAR




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 19, 2015

JADUAL WAKTU SOLAT/BERBUKA PUASA IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG SIPUT, KUALA KANGSAR






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 18, 2015

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN



Sumber : UZAR



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Maaf, maaf sebab ingatkan kelmarin saja nak cuti rupanya terlajak semalam pun cuti sekali.
Cuti tambahan sempena kurang sihat.


Satu hari semalam tak makan, malam baru keluar dengan member rumah, lagi lancar terus order nasi goreng daging pedas & tomyam poktek.


Hasilnya?
Malam tak tidur lena, perut rasa memusing.


Sahur pertama di bulan Ramadhan
Hanyalah sedikit susu. Lepas itu memerut saja kerja aku sampai 3-4 kali!


Kesimpulannya, kalau sehari tak makan, jangan mengada nak terus makan pedas yui oii!
Inilah hazabnya. Huhu.


BUAT PEMBACA BLOG CORAT CORET NUSHA
YANG BERAGAMA ISLAM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^