tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label shellout. Show all posts
Showing posts with label shellout. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Resepi Mudah : Shell Out Lebih Jimat

Ini antara menu buka puasa minggu lepas. Yui pertama kali sediakan Shell Out gaya orang bujang versi paling mudah untuk disediakan.


Setelah Yui google resepi, Yui ikut cara yang mudah dan ikut citarasa Yui. Bahan pun yang basic dan inshaALLAH sentiasa ada di dapur korang juga.


Bahan-bahan :

1) Kerang ( ikut suka kuantiti )
2) Udang ( ikut suka kuantiti )
3) Sotong ( ikut suka kuantiti )
4) Sos cili & sos tomato
5) Sos Tiram & kicap pekat
6) Cili Kisar ( beli yang dijual paket )
7) Sayur ( Brokoli, lobak )
8) Sedikit air
9) Bawang besar & bawang putih ( untuk tumis )
10) Serbuk lada ( jika nak lebih pedas )
11) Sedikit garam


Cara-cara :

Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebati. Taburkan garam, serbuk lada dan masukkan air, jangan banyak sebab sotong nanti akan keluarkan "air' sendiri.


Yui hanya rebus kerang sahaja terlebih dahulu ( buka cangkerang sebelah ) .


Dah nampak naik bau bahan tumisan tadi, baru masukkan kerang, sotong dan udang. Kemudian masukkan sayuran yang ada. Gaul sebati dan biarkan tumisan tadi meresap.


Siap!


Jujurnya,
memang sedap dan mudah. Jimat banyak tau. Bahan pun kita boleh letak ikut tekak masing-masing. Bahan basah Yui beli di pasar borong, jimat sesangat dan berbaloi harganya.





Dapat letak ketam, lala pun syooookk oooo! Sorry sebab Yui olah resepi ikut gaya sendiri dan versi malas. Hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 25, 2016

Shell Out di Omm Cafe cawangan Medan Istana, Ipoh

Ini kisah lepas. Edisi jalan-jalan cari pasal makan.


Rabu bersamaan 29/6/2016, aku berkesempatan berbuka puasa bersama dia di Omm Cafe. Last minute tempah nasib baik ada lagi kekosongan.




Ini lokasi baru Omm Cafe




Kami order satu set shell out. Cukuplah untuk makan berdua. Air pula free maybe sebab ketika Ramadhan.



Zoom lebih dekat


Secara kesimpulan.
Aku bagi 7/10 bintang. Bahan banyak tapi tang rasa macam kurang sikit dengan tekak berbanding shell out tempat lain yang aku pernah cuba.


Apa pun aku puas hati sebab dapat penuhi kehendak orang tu nak bershell out. Cehhh.




Muka ketika sedang menunggu untuk berbuka
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^