tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pekan ipoh. Show all posts
Showing posts with label pekan ipoh. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Makan Best : Konda Kondi Cafe Ipoh

Assalamualaikum. Hai uollsss. Perghhh tenggelam timbul owner blog ni. Hahaha. Oklah, nampaknya dalam hp penuh dengan gambar makan makan dan makaaaaannn, jadi Yui nak coretkan lah di sini buat tatapan yang lain.


Mana tahu, yang berdekatan boleh pergi cuba dan rasai sendiri. Pertama sekali, Yui nak habaq, dah lebih 3x Yui pergi Konda Kondi Cafe di Pekan Ipoh. Kalau dah lebih tu kiranya kena dengan selera dan tekak Yui la gituuu.


Baru-baru ini Yui pergi dengan akak rumah. First time untuknya. Jom tengok apa kami order untuk makan malam. Maaf Yui ingat lupa nama menu dan harga sebab sedap jadi lupa ambil gambar menu. Hahaha!



Yang ini minuman yang ramai akan cari
Kopi dan ada whiping cream
Memang sedap!






Chicken Wing Teriyaki 
Sos tu mamblesss!



Chicken Chop (gril)
Lemon suam



Spagheti Creamy Spicy
Hat ni memang win di hati Yui
Food Truck di Meru pun ada
Memang Yui sarankan hangpa rasa sendiri



Yui yang makin kembang setalam dan akak rumah
Kahkahkah


Jumlah harga untuk menu kami di atas lebih kurang
RM 47


Page FB 


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 09, 2017

BBQ Lamb Ipoh - Roasted & Grill, Jalan Ampang Baru 6

Rabu bersamaan 22/2/2017, ada orang ajak makan grill grill bagai. Special kat situ ada daging itik & kambing. Perghhh mamblesss sangat sebab bukan senang ada kedai yang jual dan masak daging itik. Selalu kedai cayanunalif aje kan.



Maaflah snap gambar takde flash time ni
Hahaha



Air naga & kelapa shake




Opss senget plak gambar



Inilah smokey duck
Ada 3 sos diberikan




Yang ini nasi kambing




Kambing grill


Jangan tanya apa nama menu sebab Yui dah lupa. Hehehe. Keseluruhan sangat memuaskan hati. Tak menyesal kali pertama pergi. InshaaALLAH boleh repeat lagi.


Kedai ini terletak di Jalan Ampang 6, Ipoh. Tak jauh dari Politeknik Ungku Omar. Korang boleh waze, memang senang cari. Semua sedap belaka tapi untuk yang kuat makan, kena order lebih ya. Hehe.



019-507 7207


Orang Ipoh kena cuba ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 27, 2017

Nasi Dagang sedap di Ipoh

Kalau korang biasa tengok Yui update entry Nasi Kerabu, ini adalah owner yang sama. Makcik Kelantan yang berniaga di pasar malam di Ipoh. Yang Yui beli ni di pasar malam Station 18, Ipoh setiap hari Isnin.




Sebenarnya Yui tak berapa suka nasi dagang tapi sebab haritu teringin, beli juga. Heeee, memang tak mengecewakan rasanya. Sedap dan lemak ikan tu.


Harga rasanya RM 4. Berpatutankan?


Selamat Bercuti korang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 29, 2016

Pertama kali makan Ayam Garam

Biasa nampak ayam garam ni dijual di kedai cina. Kalau pergi pekan Ipoh, ada satu kedai tu jual ayam garam, pergghh memang penuh manusia beratur nak beli.



Memandangkan area tempat kerja Yui ada satu kedai cina mualaf, jadi Yui ternampaklah ayam yang dibungkus. Bila ditanya, owner bagitahu itulah ayam garam. Sebab Yui tak pernah cuba, jadi Yui beli seketul.


Harga RM 6 


Bagi tekak Yui,
Rasa ayam ni memang masin tapi tidak terlalu masin. Kuah yang ada dalam perapan tu sudah tentu masin juga. Biji merah itu kalau tak silap ada satu jenis macam bentuk kuaci. Kalau tak silap biji gochi. Yui lupa apa namanya. 


Maka, dah tahulah rasa ayam garam macam mana. Jadi, lepas ini takdelah rasa teruja sangat tengok. Ekekekeke. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 24, 2016

Homemade Baker terbaik di Ipoh (murah&sedap)

Nak juga Yui share dalam blog sebab Yui suka beli dan rajin ulangkali beli. Haaa, nampak tak betapa berkenannya Yui pada apa yang baker ni jual.


Mula-mula tengok gambar dulu tau. Maaf kalau ada yang tension tengok aksi Yui macam ni. Hahaha.



Creamy Egg Tart



Choc Cake Baby Bite
Melty Durian Cheese Cake


Rasa macam dah lebih 3 kali beli. Setiap kali beli memang tak mengecewakan. Sebelum ini pernah cuba Creampuff Durian 24. Itu pun terbaik.


Harga memang dijamin berbaloi. Berbaloi sangat dengan kesedapannya. Korang kena cuba tau.


Mana nak dapatkan?
Orang Ipoh, Perak terutama di Station 18, boleh terus tempah pada sis Roslina Alin. InshaaaALLAH dia akan layan korang sebaiknya. Cakap tahu dari Yui, mana tau kot dapat diskaun. Ekekeke.


Mani-manis Homemade Ipoh Baker
Hp : 017 579 7043


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 25, 2016

Shell Out di Omm Cafe cawangan Medan Istana, Ipoh

Ini kisah lepas. Edisi jalan-jalan cari pasal makan.


Rabu bersamaan 29/6/2016, aku berkesempatan berbuka puasa bersama dia di Omm Cafe. Last minute tempah nasib baik ada lagi kekosongan.




Ini lokasi baru Omm Cafe




Kami order satu set shell out. Cukuplah untuk makan berdua. Air pula free maybe sebab ketika Ramadhan.



Zoom lebih dekat


Secara kesimpulan.
Aku bagi 7/10 bintang. Bahan banyak tapi tang rasa macam kurang sikit dengan tekak berbanding shell out tempat lain yang aku pernah cuba.


Apa pun aku puas hati sebab dapat penuhi kehendak orang tu nak bershell out. Cehhh.




Muka ketika sedang menunggu untuk berbuka
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 07, 2016

Pes Char Kuey Teow yang tetap di hati

Pernah korang makan char kuey teow di luar, tapi semuanya sikit belaka? Maksud aku sikit dari segi bahan-bahan. Pastu kotiau tak nampak, tenggelam. Rupanya sikit seceot. Hehehe.


Oklah,
Kita selesaikan masalah di atas dengan beli pes char kuey teow ini. Memang terbaik sebab aku sendiri dah berulang kali repeat order. Aku bukan jenis senang nak repeat sembarangan melainkan kena sangat dengan tekak.





Trylah search. Yang ini aku beli dan orang tu hantar kat tempat aku. Kiranya konsep COD.





Harga pun berpatutan sangat. 1 botol kecil ini boleh buat lebih dari 8 pinggan char kuey teow. Cara masak pun disediakan. Sebab tu korang nampak chef muda kat situ. Hahahaha.




Kalau rasa nak minta aku belikan, boleh, upah RM 2/botol.  Kalau nak, kalau taknak cari aje sendiri. Senang sekarang semua dihujung jari. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 08, 2016

Makan Best : Shell Out di Station 18, Ipoh

Keluar makan dengan budak-budak rumah. Layan shell out yang tengah meletop sekarang. Padahal, masak biasa aje sebenarnya, disebabkan fenomena & tekak nak mencuba, layankan ajeeee.





Inilah rupa shell out yang ada. Harga RM 26 kalau tak salah, dapat nasi untuk 2 orang. Apa yang ada dalam masakan itu, udang, lala, seekor ketam & sedikit sayur. Kuah memang tak banyak. Kira makan ala kadar saja.


Kami bertiga, jadi aku request tambah nasi lagi untuk seorang. 




Kesimpulan, makanan okay. Tapi kalau rajin boleh masak sendiri. Confirm puas hati! Heeeee. Selamat mencuba!


Lokasi :
Port Ikan Bakar
Station 18, Ipoh
( tepi Aeon Station 18, Ipoh )





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 19, 2015

Pembukaan AEON Mall Klebang Ipoh, Perak pada 21 Oktober 2015

Orang-orang Ipoh atau yang berdekatan, yang tak kerja, yang cuti or yang "ponteng" kerja bolehlah datang ke AEON Mall Klebang pada 21 Okt 2015 sempena pembukaannya.


Ini merupakan AEON ke-5 dalam Perak.


Senarai AEON :
1) Kinta City Ipoh
2) Manjung
3) Station 18 Ipoh
4) Taiping


Banyak tawaran yang diberikan sempena hari pembukaan. Selamat mencuci mata!


Kalau dari SS lebih kurang 20 minit aje. Lagi dekatlah. Huahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 24, 2015

LOKASI SURAU DI IPOH PARADE, PERAK

Kalau tak salah, nama Ipoh Parade sudah ditukar. Apa nama baru? Aku sendiri tak tahu. Sebab aku nak kongsikan benda lain bukan pasal perubahan nama. Hahaha.


Kalau lokasi surau di JJ Kinta City, aku dah tahu tambah pula memang ada signbord arah ke surau. Malangnya di Ipoh Parade, nan hado signboard apa. Berpusing aku cari semalam. Tanya makcik cleaner tapi jawapan macam tak meyakinkan.


Tengok gambar di tepi lif, pun takde.
Ambil inisiatif nak search melalui google, nan hado!
Akhirnya setelah "bertawaf" & putus asa, terus ke meja information.


Lega, dah dapat kenalpasti.
Memang surau di Ipoh Parade agak terpencil. Kalau tengok laluan, memang tak perasan. Jadi aku kongsikan di blog aku lokasi sebenar surau di Ipoh Parade ( setakat April 2015.


Level 3 - jumpa Tutti Fruti - sebelah kiri Beyond - jalan terus dan akan jumpa surau


Alhamdulillah jumpa juga semalam. Surau tersorok tapi lega kerana surau sangat selesa. Cuma keadaan telekung agak tunggang langgang & ada yang berbau. Harap pihak atasan boleh jaga & awasi kebersihan kawasan surau tersebut.


Inilah jadinya bila jarang ke Ipoh Parade. Hahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^